Jan 8, 2014

PUREE SUP BEBOLA AYAM MEESUAH

RESEPI PUREE SUP BEBOLA AYAM MEESUAH (UNTUK BAYI)


*Gambar ini sebelum dikisar halus (sebab untuk bayi 6 bulan hingga setahun lebih mesti dikisar takut tercekik)
* Pastikan anak anda tiada alahan pada ayam kerana menu mengandungi stok ayam dan bebola ayam.

BAHAN-BAHAN
3 ketul bebola ayam (saya guna ayamas)
1 sudu stok ayam (buat sendiri / beli yang unsalted)
1 biji kentang dibelah 4
1 biji tomato belah 4 (untuk rasa masam)
1/2 ketul meesuah (guna soohon pun boleh)

CARA MENYEDIAKANNYA

1) Panaskan periuk dengan merebus 2 cawan air.
2) bila dah mendidih, masukkan bebola ayam dan kentang. masak sampai kentang lembut.
3) masukkan stok ayam, tomato dan meesuah. masak sampai lembut.
4) bila dah sejuk, masukkan sup ini dalam blender dan blend sampai halus.
5) sedia untuk dimakan. insyaAllah sedap dan anak anda pasti sukakannya!




No comments: