Dec 20, 2013

You want respect, give some respect.

Living in this dunya is like give and takes. Whatever you give, you will get back.

So....................,

please treat others fairly and don't hurt anyone. Especially your love one. The physical wound is easy to cure rather than hurt someone feelings. The wound will remains at their heart even though they forgiving you.

The same thing as RESPECT. If you want other people to respect you, please give some respect to them as well..it a easy akhlak but trust me, not everyone can do it..



Dec 17, 2013

Kitab Muhimmah: Ciri Suami/Isteri soleh

KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS : KITAB MUHIMMAH

~Jika suami/isteri buat jahat, jangan nampak jahat suami/isteri sahaja.. Ada yang tersirat yang Allah mahu kita muhasabah..kemungkinan besar kita banyak dosa, banyak buat salah pada Allah swt..inilah kafarah dosa kita di masa lalu...bersabarlah, untunglah Allah bayar di dunia dengan ujian suami/isteri, biar di akhirat kelak kita ringan dan tidak menanggung dosa lalu..~



Dec 12, 2013

RESEPI SAMBAL UDANG MAK MERTUA


Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang selalu orang masak dan rasanya semua orang tahu nak masak sambal udang petai. Tetapi saya tetap ingin kongsi di sini kerana sambal udang petai ala mak mertua saya memang superb dan 'cannot stop' bila makan..hehehe. ok, ini dia resepinya:

BAHAN-BAHAN

- 5 papan petai muda. potong segiempat (mak mertua saya suka masak dengan kulit petai tapi nak buang kulitnya pun boleh).

- 15 ekor udang (saiz sederhana atau besar).

- 1 batang serai.

- Halia sehiris.

- 2 biji bawang putih

- 2 biji bawang merah (kecil)

- 4 sudu besar cili giling (boh)

- garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK

1. tumis bawang putih dan merah serta halia sehingga masak dengan sedikit minyak.
2. masukkan cili giling dan gaulkan sebati.
3. masukkan serai.
4. masukkan udang dan masak.
5. akhir sekali, masukkan petai, garam dan gula secukup rasa.
6. sedia untuk dimakan :-)








HAPPY BIRTHDAY MAK

Dia adalah isteri kepada ayah mertuaku,
Dia adalah wanita yang melahirkan dan membesarkan suamiku,

Dia adalah nenek yang penyayang buat cucunya..

Dia mengasihiku seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri,

Dia adalah Hjh Rokiah Bt. Jantan.

Dia adalah ibu mertuaku yang tersayang,

SELAMAT HARI LAHIR MAK :-)



Dec 2, 2013

2 haribulan doblas...

Kata-kata menarik yang perlu dihayati hari ini:

"Jika tidak mampu untuk menjadi yang terbaik, Jangan menjadi yang tergagal..."

~Muhasabah diri yang kecil lagi hina ini~

Nov 28, 2013

RESEPI DAGING STEAK GRILL

BAHAN-BAHAN

Daging lembu/kambing/ayam           6 potong saiz sederhana/besar (potong berkeping macam steak)
kicap masin                                     3 sudu
serbuk lada hitam                            3 sudu
herba rosemary                               1 sudu
garam                                             secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA

1) Masukkan daging dalam bekas/mangkuk.
2) Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama daging.
3) Perapkan daging selama 1 jam (simpan dalam peti sejuk dan tutup dengan aluminium foil atau penutup bekas.
4) panaskan kuali dengan sedikit minyak zaitun.
5) panggang daging yang sudah diperap tadi sehingga masak/ separuh masak (jika nak halfcook).
6) sedia dimakan bersama sos gravy :-)

RESEPI BAKED POTATO

BAHAN-BAHAN 
(UNTUK HIDANGAN 4 ORANG MAKAN)

5 biji kentang (saiz sederhana/besar) dibasuh bersih dan dipotong 4/6.
(Nak buang kulit atau tidak terpulang. Janji kentang sudah dibasuh bersih.)

2 ulas bawang putih dicincang halus.

1 biji bawang besar (potong membulat)

2 sudu minyak zaitun / 1 sudu butter

½ sudu lada hitam (terpulang samada nak bubuh atau tidak)

Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:


  1. Rebuskan kentang sehingga isinya hampir lembut.
  2. Tos kan dan letak di tepi.
  3. Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu minyak zaiton / 1 sudu butter.
  4. masukkan bawang putih yang telah dicincang tadi.
  5. masukkan kentang yang sudah direbus tadi.
  6. kemudian, masukkan bawang besar dan kacau sehingga masak.
  7. taburkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  8. kalau nak sedap lagi, taburkan cheddar cheese yang diparut di atas bake potato itu ketika dihidangkan.
  9. siap dan sedia untuk dimakan!

Resepi sos black pepper gravy cara ummunizar


BAHAN-BAHAN
(UNTUK HIDANGAN 4 ORANG MAKAN)

2 sudu tepung gandum
1 kiub ayam atau ½ cawan stok ayam/daging
2 cawan air (tuang 1 cawan dulu, kalau terlalu pekat, baru tambah air lagi)
3 sudu minyak zaitun / 2 sudu butter (saya guna minyak zaitun sebab lebih sihat)
1 sudu serbuk lada hitam (kalau suka pedas, tambah lagi 1 sudu)
½ sudu kicap


CARA-CARA MEMBUATNYA :


  1. Panaskan kuali.
  2. masukkan 3 sudu minyak zaitun / 2 sudu butter.
  3. tunggu minyak/butter panas, kemudian masukkan 2 sudu tepung gandum.
  4. gorengkan tepung sehingga warna kekuningan.
  5. masukkan 1 cawan air secara sedikit demi sedikit dan kalau sehingga tepung dan air sebati. (Jika nampak terlalu pekat, tambahkan air lagi).
  6. masukkan 1 kiub ayam / ½ cawan stok ayam/daging. Kacau sebati.
  7. kemudian, masukkan ½ sudu kicap dan 1 sudu serbuk lada hitam.
  8. kacau sehinggga masak. (anggaran masa 5-6 minit).
  9. tuang dalam mangkuk yang sesuai untuk dihidangkan.
  10. siap untuk dimakan!

Nov 26, 2013

PORNOGRAFI.. ‘VIRUS’ IMAN PALING BERBAHAYA




Saya tertarik dengan salah satu kajian penyelidikan yang dibuat oleh Dr Donald L. Hilton. Beliau merupakan seorang pakar neorologi (pakar bedah saraf) di Neurosurgical Associates of San Antonio (NASA), USA. Kajian beliau adalah berkenaan dengan kesan ketagihan menonton pornografi terhadap system fungsi otak manusia. Walaupun beliau bukanlah dari kalangan Muslim (saya mendoakan agar beliau mendapat hidayah Allah swt untuk memeluk Islam), namun beliau amat mengambil berat tentang masalah ‘sosial’ ini. Saya cuba tulis sedikit sebanyak isi penulisan beliau yang sempat saya baca.

Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dengan membaca dan menghayatinya dengan sebaik mungkin. Dan kepada mereka-mereka yang masih ketagih dengan bahan-bahan pornografi dan lucah agar dapat bertemu dengan jalan keluar dari masalah itu. Ini kerana pornografi tidak kira dalam bentuk gambar mahupun video, sangat berleluasa dan amat mudah didapati dalam internet sekarang ini. Ianya terlalu terbuka dan terdedah hinggakan siapa pun termasuk kanak-kanak boleh melayarinya. Wabak ini sudah terlalu kronik dan sekiranya berterusan, ia akan menjadi satu virus perosak manusia terutamanya bagi ummat Islam (ummat Nabi Muhammad SAW)
Dalam tulisan kajiannya, Dr. Donald L. Hilton mengatakan bahawa ketagihan pornografi mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.
Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang akan mengakibatkan individu-individu yang sudah ketagihan tidak mampu mengawal perilakunya. Perubahan pada neorotansmiter otak juga mengakibatkan gangguan pada sistem memori otak yang mana ia tidak berlaku secara tiba-tiba, namun apabila setiap kali ketagihan berlaku, otak akan ditanda dengan tindakan impulsive, ekskalasi ketagihan meningkat dan penurunan perilaku serta fungsi memori otak akan terjejas. Ini mengakibatkan individu itu mudah lupa, sukar untuk mengingat sesuatu perkara dan kesan jangka panjang adalah boleh mengakibatkan Alzheimer apabila usia semakin meningkat. Dan kerosakan otak akibat ketagihan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari ketagihan kokain (dadah).
Terdapat beberapa kesan secara langsung dan tidak langsung pornografi kepada system otak kita:
1. Pornografi memberi santapan 'keinginan mata' dan 'keinginan nafsu' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta ditambah, tambah, dan tambah lagi. Dengan kata mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya sendiri dan membuka pintu terhadap segala jenis sifat negatif seperti mudah marah, bercakap kasar, melakukan pembohongan, sifat iri hati, sikap suka memaksa meninggikan keegoan diri.
2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang itu menjadi penuh dengan seks semata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.
3. Pornografi akan menjadi medium untuk mempraktikkan amalan seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan sebagainya. Ini akan mengakibatkan orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, semakin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.
4. Pornografi membuat seseorang itu untuk lebih suka melayani diri sendiri berbanding dengan orang lain. Masturbasi/onani adalah salah satu contohnya. Ini adalah tindakan memuaskan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sukar untuk menerima dan memberi cinta yang sebenar-benarnya pada orang lain. Pornografi biasanya akan mengakibatkan orang ketagihan untuk melakukan masturbasi/onani.
5. Pornografi akan menjadikan seseorang individu itu menggunakan waktu dan kewangan dengan sangat tidak teratur dan terancang. Sedikit waktu terluang samada waktu bekerja mahupun dirumah akan digunakan untuk menonton pronografi dan memuaskan nafsu mereka. Mereka menjadi tidak bijak menguruskan hal peribadi dan keluarga mereka dengan baik.
6. Dengan sering melayari laman porno atau membeli filem/majalah porno, individu tersebut sebenarnya secara tidak langsung telah membantu perkembangan industri pornografi yang dikelolakan oleh organisasi yang terancang dan mencari wang secara haram. Mereka mempergunakan para wanita, kanak2 yang kebiasaannya menjadi mangsa pornografi ini.
7.  Ketagihan pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.
8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.
9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.
10. Melihat pornografi akan membuat seseorang itu sering bercakap bohong. Ini kerana individu ketagihan ini akan menyimpan sifat ketagih tersebut sebagai rahsia.
11. Pornografi akan membuatkan seseorang itu mempercayai semua penipuan yang ditawarkan oleh pornografi itu sendiri.
Contoh penipuan tersebut ialah :
·         Kebebasan seksual = kebahagiaan.
·         Penyimpangan seksual = normal.
·         Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = wajar.
·         Setiap hari masturbasi = sihat.
·         Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
·         Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
·         Dan pelbagai lagi imaginasi penipuan..
Itu merupakan diantara kesan-kesan apabila seseorang itu ketagihan melihat pornografi. Na’uzubillahi min zalik..semoga kita dilindungi daripada perbuatan tidak elok itu. Bagi yang mengalami gejala ini, saya nasihatkan, berusahalah untuk berhenti daripada terus membuat dosa. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penerima Taubat. Anda boleh lakukan yang terbaik untuk diri anda. Sayangilah diri anda dan orang yang berada di sekeliling anda..Ingatlah bahawasanya Agama Islam melarang keras melihat aurat dan kemaluan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya" [Hadits shahih. Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, dari Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu "anhu]
Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang. Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” (Surah Al-Israa' : Ayat 32)
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela." (Surah Al-Ma’arij : Ayat 29-30)

Bertaubatlah..masih belum terlewat. Janganlah ditangguhkan taubat itu kerana kita tidak tahu bila Allah akan mencabut nyawa kita..mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa mungkin juga sebentar lagi.. Allah amat mengasihi HambaNya yang bertaubat..






Jun 3, 2013

Believe it or not hah?!

memang diakui, amat susah untuk kita menapatkan kepercayaan seseorang itu kan? tak kira samada nak dapatkan kepercayan orang lain terhadap diri kita mahupun kepercayaan kita kepada orang lain.

yelah, dalam dunia akhir zaman ini, ada macam-macam perangai manusia yang kita akan jumpa. 

Saya pula jenis manusia yang tidak susah untuk beri kepercayaan kepada orang lain (setelah saya lihat dan yakin pada mereka), namun saya akan bertukar menjadi seorang yang amat susah nak beri kepercayaan pada orang lain apabila orang itu telah berbohong atau mengkhianati saya. Bukan apa, walaupun hati sudah memaafkan, namun luka di hati akan ambil masa yang lama untuk sembuh. Dan saya seboleh-bolehnya tidak akan berurusan atau berkongsi apa pun dengan individu yang telah menghilangkan kepercayaan saya pada mereka. 

Memang ada betulnya kata orang-orang tua, 

"Sekali kamu berbohong atau berkhianat, orang akan tidak mempercayaimu lagi sepenuhnya. Yang pda asalnya percaya 100%, mungkin berubah jadi 50%"

Jadi, cara terbaik untuk kita mendapatkan kembali kepercayaan orang lain adalah dengan berkelakuan baik dan tidak mengulangi perbuatan tidak jujur tersebut. InsyaAllah lama-kelamaan kita akan meraih kembali kepercayaan itu. Ada beberapa cara untuk kita dapatkan semula kepercayaan seseorang. Tetapi jika dah dapat kepercayaan seseorang itu, janganlah pula kita ambil kesempatan atau mensia-siakannya kerana luka kali kedua adalah lebih susah untuk disembuhkan.

1. Sentiasa jujur dan tulus
>> sentiasalah bercakap benar kepada seseorang. Bukan saja kepada pasangan, tetapi kepada kawan, keluarga dsb. kebiasaannya kalau seseorang tu mempunyai maksud yang tersembunyi pada percakapannya, kita boleh memahami bahasa tubuh orang itu.

2. Mengambil hati
>> jangan pandai bercakap sahaja. Buktikan percakapan anda melalui tindakan anda. Misalnya jika anda menyatakan anda sayang kepada pasangan anda, buktikanlah dengan perbuatan anda sekali.

3. Memberikan sepenuh perhatian
>> jika hendak meyakinkan seseorang tu, fokus apa yang hendak diucapkan. Kalau anda seorang majikan dan sedang berusaha meyakinkan klien, bersikaplah secara profesional. Jangan mencampur adukkan urusan peribadi dengan kerja.

4. Sentiasa menghormati orang lain
>> kalau nak dihormati perkara pertama yang perlu dibuat kenalah menghormati orang dulu. Janganlah memandang rendah pada orang lain. Manusia mana yang tak nak dihormati?

5. Bertanggungjawab
>> belajarlah untuk bertanggungjawab. ini bukti untuk orang mempercayai anda.

6. Berpegang pada janji
>> jika sudah berjanji berusahalah untuk menunaikannya.

7. Berpendirian teguh dan konsisten
>> tetapkanlah pendirian anda. Siapa yang tak suka orang yang berpendirian..Orang akan menilai anda dari semasa ke semasa, walaupun tanpa diarah.

(^,^)v semoga mendapat manfaat bersama! Jom layan lagu Percayakan Siti Zaniza ini..ops!! hehehe :P




May 24, 2013

Mak pernah berkata: Apa yang kamu buat, kamu akan dapat balik..

Bak kata pepatah omputih, What you give, you will get back. Yang maksudnya berbunyi lebih kurang begini; "apa yang kamu buat, kamu akan dapat balik. Kalau kamu buat baik, baiklah yang kamu akan dapat. tapi kalau kamu buat jahat, jangan menyesal kalau orang lain buat jahat balik pada kamu.

Mak saya selalu berpesan pada saya seperti itu terutamanya jika beliau melihat anaknya seperti mahu berbuat sesuatu yang 'nakal' mahupun 'di luar jangka'. Pernah sekali tu, saya merajuk dengan mak (atau secara spesifiknya berkecil hati) tentang 1 perkara kecil (yang sebenarnya tak patut pun saya buat macam tu..saja nak manja2). Kemudian, mak saya cakap begini;

"Kalau kamu merajuk dengan mak dan tak mahu dipujuk, suatu hari nanti kamu akan rasa bagaimana susahnya mahu memujuk orang yang merajuk. Begitu juga jika kamu sakitkan hati seseorang, suatu hari nanti Allah akan bagi kamu rasa sakit hati itu bagaimana.."

bila mak cakap macam tu, saya terus tersedar & ketuk minda sendiri!

May 20, 2013

Nizar hendak disunatkan...bolehkah?

Salam buat semua...

untuk pengetahuan, saya telah lama meninggalkan laman blog saya ini...

bukan kerana malas untuk update, tetapi kekangan masa setelah berumahtangga dan setelah melahirkan seorang anak, jadi tanggungjawab semakin banyak dan kesempatan waktu untuk menulis di blog semakin berkurang.

hari ini cuma nak cerita tentang anak saya. Sheikh Nizar Rayyan membesar dengan sihat, alhamdulillah. kini usianya telah memasuki 3 bulan. Dan semakin membesar, semakin banyak perkara baru yang muncul. Dia sudah pandai senyum dan ketawa, sudah bijak mengajak berbual masalah2 dunia dengan bahasanya yang tersendiri, dan semakin manja dengan ummi dia (yang ni memang xtahan, kadang2 tu pantang ummi dia xde, mesti menangis). Harap2 dia membesar dengan sihat & jadi anak yang soleh.

saya dan suami bercadang nak khatan kan Nizar tetapi sedang mencari waktu yang sesuai. mungkin 28 mei ini kami akan ke annur specialist hospital untuk khatankan dia kerana itu adalah tarikh terdekat yang available untuk pakar kanak-kanak annur menyunatkan Nizar.

Nizar yang nak bersunat, ummi dan abi pulak yang rasa berdebar-debar..hehehe

hopefully semuanya ok dan berjalan dengan baik..


May 10, 2013

RENUNGAN BUAT MEREKA YANG BERGELAR SUAMI DAN ISTERI.


“Assalamualaikum,”
sang suami memberi salam tatkala menjengah di muka pintu usai pulang daripada kerja.

“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.

Wajah suami menjadi kelat.
Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.

“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.

“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.
Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.

SEMUSIM TELAH BERLALU

Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu. Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.

Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.

Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?
Arahan?
Suruhan?
Permintaan?
Larangan?
Kritikan?

MINIT-MINIT PENENTU

Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.

“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.

“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.

“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.

“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.

Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.

DIALOG PEROSAK

Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:
“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.

“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.

“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.

“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.

Suami hanya menjeling di hujung mata.
“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.

Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.

“Agaknya” balas isteri.

Suami terus memerhatikan trafik. Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap. Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta. Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.

RAFAS DAN JANGAN RAFAS

Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.

Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.
Jika negatif ia bernama lucah.
Jika positif ia bermaksud intim.
Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.

Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!
Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.

HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’

Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?
Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.
Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.

“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.
“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.
Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.
“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.
Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.
Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.

TELADAN NABAWI

Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.
“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.
Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”
‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”
Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”
‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:
syair-abu-kabir
Tidak berbekas padanya (kebudak-budakan) susuan ibu atau sakit yang melarat
Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar
Baginda Rasulullah sallallaahu tatkala mendengar syair itu melepaskan apa yang ada di tangan Baginda, bangun lalu mencium dahi ‘Aisyah dan berkata, “kemanisan apa yang telah engkau ungkapkan, adalah lebih mengujakan berbanding pandangan peluhku berbekas kepada dirimu!” [Lihat juga Rahmat-ul-lil-Aalameen: jilid 2, ms. 153]
Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.
Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!
Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.
Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.
Bertindak sebelum terlambat.
Mencegah lebih indah daripada mengubat.
Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.

-petikan artikel dari saifulislam.com-