Feb 8, 2011

MEMASAK ITU MENYERONOKKAN!! (resepi eya 1)

SUP CENDAWAN BERKRIM BERSAMA ROTINI (HOME MADE)



BAHAN-BAHAN SUP CENDAWAN
3 sudu tepung gandum 
1 tin cendawan butang dibahagi 2 (satu untuk dikisar halus dan satu lagi potong halus) 

2 sudu stok ayam / 1 kiub pati ayam. (terpulang nak masukkan atau x)
1 cawan susu cair (saya biasa guna susu cair ideal)
1/2 biji bawang besar[dikisar atau dihiris]
2 biji bawang putih[dikisar] 
1 biji kentang saiz sederhana/besar [dipotong dadu kecil] 
serbuk lada hitam/lada sulah
garam secukup rasa
gula secukup rasa
air 3-4 cawan. (kalau nak cair lagi tambahkan lagi bilangan cawan)
2 sudu minyak masak 

BAHAN-BAHAN ROTINI
1 packet rotini
2 sudu olive oil (nak guna minyak kelapa pun boleh)


CARA PENYEDIAAN/MEMASAK
1) masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih sehingga kuning dan naik bau.
2) masukkan kentang(yang dipotong dadu) dan tunggu sehingga empuk.
3) kemudian, masukkan cendawan yang telah dikisar dan tunggu seketika. selepas itu, masukkan pula 1 cawan susu cair dan kacau sehingga sebati.
4) selepas itu, masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan 3 cawan air sambil kacau berterusan.(kalau tak kacau, mungkin akan berketul-ketul). jika nampak macam pekat, tambahkan lagi air ikut sukatan anda. masukkan 2 sudu stok ayam ke dalam sup.
5) masukkan cendawan yang telah dipotong halus dan sedikit garam dan gula secukup rasa.
6) renehkan sup tadi sehingga mendidih dan masukkan sedikit serbuk lada sulah/lada hitam mengikut selera anda.
7) siap untuk dihidang (^,^)v

CARA PENYEDIAAN ROTINI
1) isi kan periuk dengan 1 liter air/separuh daripada periuk.
2) masukkan 2 sudu olive oil atau minyak masak.
3) rebus rotini sehingga masak.

~hidangkan rotini dengan sup cendawan berkrim tadi.
~siap untuk dimakan (^,^)v

SELAMAT MENCUBA!! INSYAALLAH, DIJAMIN SEDAP SEHINGGA MAHU MENAMBAH LAGI..HEHE

p/s: sup cendawan tu boleh juga dimakan bersama roti, mee spageti dan juga lempeng..nyum2

4 comments:

norfaizahmdjais said...

y warna itam 2 ap??? kobis ungu???

Siti Zaniza Hj Tohar said...

warna coklat gelap tu cendawan butang yang telah saya potong kecil-kecil.. (^,^)v

anamuslims@0307 said...

Wah sdapnye.. yumyum.. nt klong balik mak uteh wat lg k...:) dari mana dapt resepi n??

Siti Zaniza Hj Tohar said...

kak long: mak uteh dapat resepi ni dari tv..channel astro afc (asian food channel 703), my fav channel..(^,^)v ~tapi mak uteh reka sedikit resepinya ikut sedap tekak mak uteh..hehe