"minda yang sihat datangnya dari hati yang sentiasa tunduk & patuh kepada Allah swt.."
Jan 23, 2011
LIMAU yang manis dan DOA HIDAYAH untuk mereka... Islam For All
Pagi yang segar...
berkumpul di surau Banting sekitar jam 7pagi...
hari ini, saya bersama rakan-rakan ungu dan hijau melakukan ziarah mahabbah ke sekitar kawasan pasar, kedai dan perumahan untuk menziarahi dan mengucapkan selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan cina yang akan meraikannya tidak lama lagi.
ada satu peristiwa yang menarik perhatian saya sepanjang ziarah ini.
ianya berlaku di deretan kedai makanan, saya bersama 2 orang rakan yang lain memasuki 1 kedai makan cina yang terletak di hujung jalan.
di dalam kedai makan itu, terdapat sekumpulan pakcik-pakcik cina sedang duduk makan.
saya terus menghampiri mereka dan menghulurkan bungkusan buah limau, bagdes dan ang pow kepada mereka serta mengucapkan selamat pagi dan selamat meraikan tahun baru cina.
sambil-sambil itu, saya sempat bertanya khabar dan berborak-borak ringkas dengan mereka. pakcik-pakcik ini merupakan antara warga emas di kawasan tersebut dan salah seorang daripada mereka adalah tauke kedai makan tersebut.
sejurus sebelum saya mahu mengundur diri, salah seorang daripada pakcik-pakcik itu berkata:
"adik, terima kasih ya.. muda-muda lagi sulah lajin buat khidmat masyarakat. bagus la lu orang datang sini, sini olang cina semua suka sama itu parti Islam, itu dacing sudah lama manyak kasi susah sama kita. mereka tak peduli kita punya hal...lagi cekik ada.. kami talak takut sama itu dacing..kami punya undi tetap sama itu Bulan..."
"terima kasih uncle...jangan bimbang, 'Islam for All' uncle. " (saya senyum dan mengangkat tangan tanda mahu beredar) "
"ya..itu betul ma.." (sambil beramai-ramai mengangkat tangan tanda 'good' pada saya)
sambil berjalan keluar, dalam hati, saya berdoa agar Allah swt membuka kan seluas-luasnya pintu hidayah buat pakcik-pakcik itu. mereka sangat lembut hati untuk terima sistem Islam, parti Islam, semoga Allah lembutkan juga hati mereka untuk menerima Islam sebagai agama anutan mereka..segalanya tidak mustahil dengan Allah Punya Kuasa.
~perjalanan berLIMAU diteruskan sehingga tamat pada jam 11.30 pagi tadi...saya pulang ke rumah bersama si Putih dengan hati yang senyum...misi dakwah ini tidak akan terhenti di sini sahaja...kuatkan kami Ya Allah..
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dan berikanlah hidayah buat rakan-rakan non-Muslim kami untuk menerima Islam."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment