Oct 27, 2010

Ayahanda risau...

Ayahanda sakit lagi...

kali ini lebih teruk, sakit kepalanya semakin menjadi-jadi, tangan kanan dan kaki kanannya kebas dan lemah tidak boleh bergerak. badannya sejuk, mukanya pucat..ingatan ayahanda juga agak terganggu..Ya Allah..runtun jiwaku melihat keadaan beliau.

semenjak isnin yang lepas, saya bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain menjaganya.. memastikan ubat dan makanannya terjaga. tidurnya cukup dan dia mendapat rehat yang secukupnya. Abang pula membelikan alat monitor tekanan darah untuk ayah supaya kami lebih mudah untuk monitor perkembangan tekanan darahnya.

di rumah, saya mengambil alih dan membantu tugas ayah. urusan perbelanjaan, bank, bil-bil, kebun sawit dan beberapa lagi perkara perlu saya uruskan dengan baik. walaupun saya adalah anak perempuan beliau, tetapi saya ingin beliau yakin bahawa saya mampu membantu nya menguruskan hal-hal tersebut.

dalam beberapa hari ini juga, ayah saya sering bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya betapa dia risau akan diri saya. Hanya tinggal saya seorang sahaja lagi anaknya yang belum mendirikan rumahtangga, jadi macam-macam kerisauan yang ayah saya fikirkan. katanya; bagi seorang ayah itu, selagi anak perempuannya tidak selamat berumahtangga dengan orang yang mampu menjaga anaknya dengan baik, selagi itu hati seorang ayah tidak akan tenang. Mula-mula saya tidak ambil serius sangat kerana saya tahu beliau sangat ambil berat terhadap hal anak-anak, akan tetapi jika hampir setiap hari beliau menyatakan kerisauannya itu terhadap saya, hati mana yang tidak gusar...Ya Allah, berikanlah kesihatan buat ayahanda ku tersayang..

"Ya Rahman, Ya Rahim, kalaulah pada ketika dan saat ini juga aku mampu mengurangkan kerisauan ayahanda ini, maka kau permudahkanlah urusanku Ya Allah..Engkaulah yang Maha Merancang sesuatu.."

Oct 26, 2010

Seminar Sinergi Keluarga Bahagia anjuran STC!!!

Pengendalian rumahtangga dan keibubapaan semasa adalah amanah yang sangat mencabar. Ia tidak boleh dijayakan hanya berbekalkan kesungguhan dan kemahuan, tetapi perlu disertakan dengan ilmu pengetahun dan maklumat yang betul. Selain aspek Syariatullah yang mesti dijunjung untuk keharmonian keluarga, cabang-cabang Sunnatullah juga hendaklah dioptimumkan. Sehubungan dengan itu, Saifulislam Training & Consultancy yang telah sekian lama menganjurkan [...]
Pengendalian rumahtangga dan keibubapaan semasa adalah amanah yang sangat mencabar.
Ia tidak boleh dijayakan hanya berbekalkan kesungguhan dan kemahuan, tetapi perlu disertakan dengan ilmu pengetahun dan maklumat yang betul. Selain aspek Syariatullah yang mesti dijunjung untuk keharmonian keluarga, cabang-cabang Sunnatullah juga hendaklah dioptimumkan.
Sehubungan dengan itu, Saifulislam Training & Consultancy yang telah sekian lama menganjurkan bengkel Sinergi Keluarga Bahagia, mengambil inisiatif menganjurkan sebuah program keibubapaan dan pengendalian rumahtangga di dalam bentuk seminar. program yang dikenali sebagai Seminar 3K ini mencakupi aspek Kesihatan, Keselamatan dan Komunikasi.

KESIHATAN

“Anak saya yang berumur 4 bulan muntah-muntah dan enggan menyusu selepas terjatuh dari buaian di sebelah siangnya. Apa yang patut saya lakukan?”
“Saya kasihan melihat anak saya selsema dan sukar bernafas. Bolehkah saya berikan dia ubat selsema dengan dos yang kecil untuk meredakan selsemanya itu?”
“Doktor menyuruh saya membawa anak kami balik ke rumah walaupun luka di mulut dan tangannya belum sembuh. Mengapa begitu? Tiada rawatankah di hospital?”
“Saya sedang hamil dan suami saya diserang demam campak. Adakah ia berbahaya untuk kandungan saya?”
Pernahkah persoalan-persoalan seperti di atas timbul dalam kehidupan kita berkeluarga?
Penjagaan kesihatan, terutamanya yang membabitkan anak-anak memerlukan kepada ibu bapa melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan agar mereka bertindak betul terhadap situasi-situasi yang berlaku. Ada sebahagiannya boleh difikirkan dengan mudah untuk tindakan, seperti memastikan adanya simpanan paracetamol di rumah, namun ada juga yang memerlukan kepada ilmu serta maklumat yang khusus.
Seminar 3K, menampilkan Dr. Jannatul Madihah Abu Bakar, seorang pensyarah perubatan pelatih Universiti Malaysia Sarawak yang kini melengkapkan program Clinical Masters beliau di dalam Public Health di Pusat Perubatan UKM, untuk menyentuh secara terpeinci akan hal ini.

KESELAMATAN

“Anak saya dicekup semasa pihak berkuasa menyerbu sebuah kafe siber. Dia tidak pernah ke situ. Kali pertama dia berkunjung, tiba-tiba menjadi mangsa tangkapan. Apa yang patut saya buat?”
“Saya terpaksa minta bantuan kaunselor di sekolah untuk menyembunyikan anak saya sebab suami saya mengamuk dan mengancam mahu mencederakan dia. Macam mana saya nak hadapi keadaan ini?”
“Anak saya cedera semasa mengikuti program lawatan anjuran pihak sekolah. Apakah ada undang-undang yang melindungi anak saya dalam hal ini?”
“Saya tidak pasti, apakah tindakan menghantar anak saya ke Sekolah Tunas Bakti itu lebih baik berbanding ke tahanan juvana sebab di sekolah tersebut, tempohnya jauh lebih lama. Bagaimana masa depan anak saya?”
Persoalan-persoalan tersebut dan cabang-cabang lain yang bersangkutan dengan undang-undang juvana, merupakan ilmu pengetahuan yang wajar diketahui oleh ibu bapa semasa.
Sama ada anak berada di posisi mangsa jenayah, atau pelaku jenayah, kefahaman tentang aspek undang-undang, akan banyak membantu ibu bapa bertindak dengan betul.
Seminar 3K, menampilkan Al-Ustaz Mohd Al-Adib Samuri, pensyarah undang-undang di Fakulti Pengajian Islam UKM, yang sedang menyiapkan pengajian PhD beliau, banyak membabitkan diri di dalam kes-kes juvana semasa. Beliau akan menyentuh secara terpeinci akan hal ini.

KOMUNIKASI

“Anak saya lebih selesa berkurung di dalam bilik. Dia enggan lagi berbual dengan saya hingga sukar bagi saya mengetahui apa masalah yang dihadapinya”
“Suami saya selalu bertengkar dengan anak saya. Beliau marah dengan perbuatan anak kami yang suka menjerit-jerit di dalam rumah serta menangis tidak tentu masa. Bagaimana tindakan saya untuk membantu mereka?”
“Anak saya bertanya tentang seks. Dia mahu tahu bagaimana adiknya boleh berada di dalam perut ibunya dan bagaimanakah caranya adik itu keluar nanti. Apa yang patut saya beritahu dia?”
Sejauh manakah marah, ugutan, pujian, ganjaran dan ‘rasuah’ yang sering saya ajukan kepada anak mempengaruhi jati diri mereka?”
Persoalan-persoalan tersebut amat mencabar terutama bagi ibu bapa mendepani ‘generasi-Z’ ini. Hubungan sosial yang terganggu oleh kemudahan komunikasi berasaskan gajet semasa, memerlukan kepada proses penyeimbangan dengan mengoptimumkan peranan ibu bapa sebagai komunikator yang berkesan.
Seminar 3K menampilkan Al-Ustaz Haji Hasrizal Abdul Jamil (www.saifulislam.com), seorang jururunding motivasi di Saifulislam Training & Consultancy, untuk menyentuh secara terpeinci berkenaan dengan hal ini.
Anda djemput menyertai seminar ini.

PENDAFTARAN

sila layari laman web ini untuk mendapatkan borang pendaftaran:
http://saifulislam.com/?p=8760
 

Oct 25, 2010

Islam membuatkan anda segak & cantik.. (^,^)v


ADAB BERPAKAIAN


Adab adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh Islam. Adab bukanlah satu sekatan daripada kebebasan, tetapi ia adalah suatu panduan/manual yang Allah persiapkan khas untuk manusia. Ini kerana Allah MAHA MENGETAHUI akan keperluan dan segalanya tentang makhluk ciptaan-NYA.


Disini, saya ingin berkongsi dengan semua mengenai cara atau tatasusila berpakaian yang dituntut dalam Islam. Ambillah ia sebagai nasihat daripada seorang yang ambil berat tentang diri anda.

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim. Jika pakaian yang kita pakai itu baik, sopan, kemas dan menepati ciri-ciri yang dianjurkan Islam, insyaAllah kita akan sentiasa nampak segak dan cantik.. (^,^)v ~inilah jaminan Islam.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan juga wanita) iaitu:

1. Menutup aurat.

 
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali muka dan tapak tangannya.

2. Tidak menampakkan tubuh.

 
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit mahupun bentuk badan, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 


“Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh.” (H.R.Muslim)

3. Pakaian tidak ketat.


 
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan.
Selain itu, jika kita berpakaian ketat, ia akan memberikan ketidak-selesaan kepada si pemakai. Nak berjalan pun jadi pelik semacam kan (^,^)v

4. Tidak menimbulkan riak.

 
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (H.R. Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza.

 
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya.

Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: 

“Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim) 

Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki.”(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera.
 
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian.

 
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. 


Allah berfirman bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.”(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai.

 
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: “Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).” (an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas.

 
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan.

 
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ”
(Riwayat Muslim).

11. Selepas membeli pakaian.


 
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
“Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah”.

12. Berdoa.

 
KETIKA menanggalkan pakaian, lafazkanlah: “Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia".


 

Kita sebagai seorang Muslim, semestinya memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.


Pilihlah BUSANA MUSLIM yang BENAR-BENAR BERLANDASKAN ISLAM.


Anda BIJAK, Anda SEGAK, Anda CANTIK, pilihlah cara Islam.. (^,^)v



Oct 23, 2010

bunga-bunga gembira (^,^)v

Rasulullah SAW bersabda :
بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (pelik dan asing) , dan ia akan kembali dagang (asing) juga. Maka beruntunglah orang-orang yang dagang (asing). [H.R. Muslim]


Saya pernah didatangkan dengan soalan-soalan seperti:

"kamu tak penat ke buat kerja dakwah siang malam. tapi masih ramai juga orang yang buat maksiat kat Malaysia ni."

"aktif sungguh awak ni. pelik saya tengok. saya rasa awak tak patut aktif macam ni bila awak sudah berumahtangga nanti. keluarga awak akan terabai".

"awak boleh ke bahagikan masa dengan belajar, jaga keluarga, dan buat kerja dakwah ni. kalau rasa tak mampu, baik tinggalkan yang remeh-temeh tu, fokus kan pada keluarga dan masa depan. jangan menyesal di kemudian hari."

"saya pelik tengok awak ni..tak penat ke?. jangan sampai letih itu, awak tak dapat bangun untuk tahajud dan mula meninggalkan amalan-amalan sunat yang biasa awak buat."

Saya hanya mampu tersenyum bila soalan-soalan begini diajukan kepada saya. senyum itu bukan tanda saya protes, apatah lagi mahu membantah segala nasihat dan teguran mereka. senyum itu kerana saya berasa gembira dan bahagia..mereka SANGAT MENGAMBIL BERAT tentang diri saya. terima kasih Ya Allah, kerana Engkau anugerahkan ku insan-insan ini. kerana atas nasihat dan teguran mereka itulah, membolehkan saya sentiasa akan membuat muhasabah diri dan mengatur segala tindakan dan perancangan yang saya akan lakukan dengan teliti, setakat mana saya telah menjalankan HAK-HAK dan tanggungjawab yang terpikul di bahu ini. tanggungjawab sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai sahabat, sebagai manusia dan sebagai hambaMU. supaya HAK-HAK ini dapat saya jaga dan laksanakan dengan baik.

TERIMA KASIH SEMUA...Saya SAYANG DAN HARGAI anda (^,^)v

Oct 18, 2010

3 bulan penentu...wahai diri, bertabahlah~

Doa Rabitah
By: Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan CINTAMU..

Bertemu dalam ketaatan..
Bersatu dalam perjuangan..
Menegakkan SYARI'AT dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya..
Tegakkanlah cintanya..
Tunjuki lah jalan-jalannya..

Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan kurniaan iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela..
Kuatkanlah ikatannya..
Tegakkanlah cintanya..
Tunjukilah jalan-jalannya..
Terangilah dengan cahayaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Rabbi... bimbinglah kami…
Ya Rabbi... bimbinglah kami…
Ya Rabbi... bimbinglah kami...


Alhamdulillah, inilah antara doa yang terkandung dalam bacaan Mathurat yang kita baca setiap hari... entah kenapa, dua-tiga hari ini hati saya agak bercelaru dan berasa tidak tenang...walaupun saya telah cuba sedaya upaya untuk tidak menampakkan kerisauan itu di depan semua orang, tetapi masih tidak berjaya. akhirnya saya mengambil jalan dengan berdiam diri untuk seketika, bermuhasabah dan mencari masa untuk menenangkan fikiran supaya dapat memikirkan solusi-solusi yang boleh saya ambil bagi menyelesaikan cabaran ini.

 benarlah kata Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 155:

Dan sesungguhnya akan Kami berikan UJIAN kepadamu, dengan sedikit ketakutan (kerisauan), kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang SABAR.


~ada sebahagian manusia yang Allah beri kesenangan untuknya, dan ada sebahagian lagi golongan mukmin yang Allah beri ujian untuk mereka bagi melihat sejauh mana mereka mengakui bahawa mereka adalah Hamba-HambaNYA yang sabar...

~aku terima segala kepayahan dan kesukaran ini untuk mendidik jiwa erti SABAR, dan aku redha atas segala ujian yang hadir demi mengenal makna CINTA-MU Ya Allah....

insyaAllah, akan ada pelangi setelah hujan berhenti.. (^,^)v




Oct 11, 2010

Pantun Nasihat

Usrah ilmu bukan untuk beradu
Detik kesabaran untuk berdakwah
Buruk sangka bukan lah perlu
Jaga lah Islam, Iman Taqwa dan Uhkwah


Jaga hati untuk melihat Islam
Mendampar Ilmu bukan lah riak
Sifat takabur jangan di tanam
Berdakwah Ilmu bukan untuk bertekak

Taqwa dan kesebaran di tuntut untuk berdakwah
Sangkaan buruk binasa lah Ukhwah
Iman dan tawaduq kental beruzlah
Ingat lah hati boelh berubah-ubah

Tanam kan sifat melihat mengunakan mata hati
Diadalam hati mesti lah bersih harga diri
Untuk berdamping di sisi Ilahi
Jaga lah martabat Islam dan harga diri

Menghalalkan cara bukan ikutan
Kebijaksanaan jadikan amalan
AlQuran dan Sunnah menjadi pilihan
Guna lah ia sebaik amalan

Iman di ukur bukan di kaki
Tidak juga didalam bontot
Titik hitam didalam dada jika sebati
Lihat lah diri bukan hanya melutut



Hasil Nurkilan: Ibni battutah/ 11/10/2010

Berikan hadiah untuk diri

Hari isnin yang ditunggu-tunggu telah tiba..

hari ini saya hendak memberikan hadiah untuk diri sendiri...hehehe..setelah kepenatan selama seminggu dengan pelbagai program dan majlis, saya fikir hadiah ini paling saya perlukan untuk diri sendiri...saya akan ke spa muslimah yang terletak di Banting...wahhh..bestnyerrr.. (^,^)v

sebenarnya dapat tahu kewujudan spa ini daripada salah seorang sahabat nisa. jadi, insyaAllah, hari ini saya akan ke sana ditemani dengan 2 orang sahabat saya...

~semoga selepas ke spa itu, badan saya akan berasa lebih segar, bertenaga dan aktif untuk meneruskan perjuangan Islam, insyaAllah...mari la mari..kita ke spa muslimah~ (^,^)v

Oct 4, 2010

ajarlah diri dengan pengalaman itu~

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya ey@ berjaya juga memperbaharui blog lakaran minda ey@mujahidah ini setelah hampir setahun tidak beroperasi secara normal..kalaulah blog ini umpama barang yang disimpan, for sure habuk dah menebal dengan jayanya di blog ini..hahaha..

sedar tak sedar, ey@ sudah memasuki bulan 10 bagi tahun 2010 ini...dah nak hujung tahun dah..dan itu bermakna semakin dekat la dateline bagi thesis ey@. ayaiyai...takut nyerrr...

so, pesanan untuk diri sendiri: ==> jangan malas2 writing thesis, nak enjoy2 boleh..pas abes hantar final draf, enjoy la puas2...hahaha