Jun 6, 2010

3 hari, 3 khutbah nikah dan undangan yang tidak putus-putus..


Alhamdulillah, berjaya mengharungi 3 hari yang menyeronokkan, keletihan dan penuh pengajaran...
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

bermula daripada hari jumaat (penghulu segala hari) pagi-pagi lagi, saya memulakan langkah ke jabatan geologi dan juga ke kolej kediaman untuk menyelesaikan beberapa perkara penting..kemudian, sempat pulang semula ke bilik untuk mengambil 'kelengkapan-kelengkapan' untuk ke Masjid Jamek Kg. Baru dan seterusnya mengambil sahabat2 se'demo' utk ke sana..

kami tiba di sana lebih kurang pukul 1.40 petang. terima kasih saya ucapkan kepada kakak-kakak di restoran tomyam berdekatan dengan Masjid tersebut kerana mengizinkan kami untuk menumpang solat zohor di rumah mereka. Sempat juga pekena nasi goreng kampung bersama sup dan air milo ais di restoran tersebut sebelum ke 'medan jalanan'. :-)

majlis di jalanan selesai kira-kira jam 4 petang. kemudian, kami bertiga pulang semula ke perbukitan ilmu. sampai di rumah teman se'demo' sekitar jam 7 malam. melihat waktu yang sudah agak lewat, saya memutuskan untuk terus bertolak balik ke Banting sejurus selepas waktu maghrib. Ini kerana pada malam tersebut pula saya harus ke rumah sahabat saya yang melangsungkan pernikahan beliau selepas solat isyak.

Alhamdulillah, Saya sempat tiba sebelum imam membacakan khutbah nikah.. dalam keadaan separa sedar itu (mengantuk akibat keletihan), saya cuba untuk memahami dan mendengar isi pengisian yang terkandung di dalam khutbah nikah tersebut. Bagus imam nikah nya, beliau membacakan khutbah tidak terikat dengan teks dan khutbahnya ringkas tetapi padat. Semoga pasangan pengantin dan hadirin yang datang dapat memahami dan menghadamkan isi khutbah tersebut. Alhamdulillah, majlis pernikahan sahabat saya berjalan dengan baik..setelah bersalaman dan mengucapkan tahniah buat pengantin baru dan bersalaman dengan ibu pengantin, saya pun terus pulang ke rumah.

Jam sudah menunjukkan jam 11 malam. melihat paparan di telefon bimbit saya: ada 5 missed call daripada baiti jannati..

"Ya Allah, aku ter'silent' phone rupanya.. aku telah membuatkan ibu&ayahku kerisauan di rumah". dengan segera saya terus menghubungi rumah dan memberitahu saya dalam perjalanan pulang.

Hari Sabtu pula menjelma...

saya dan kedua ibu bapa saya serta kakak saya ke destinasi walimah di Taman Manikavasigam berhampiran dengan taman sri Andalas. kami tiba agak lewat dan setibanya di Masjid berkenaan, khutbah nikah telah pun dibaca... ini merupakan majlis pernikahan anak saudara saya (anak sepupu). Alhamdulillah, setelah selesai upacara pernikahan, kami beramai-ramai ke rumah sepupu untuk majlis kesyukuran... ramai sepupu-sepapat, makcik2, pakcik2, sanak saudara serta para jemputan yang datang. ayah membantu di bahagian menyambut tetamu manakala mak dan kakak saya di dapur. dapur merupakan tempat 'hot spot' soalan2 panas,
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotjadi saya seperti biasa..., cuba untuk mengelakkan diri dari segala persoalan2 'panas' yang dilontarkan oleh makcik-makcik saya dengan menyorokkan diri membantu sepupu di bahagian mengisi 'doorgift' di dalam bilik..cubaan saya berjaya dengan amat cemerlang sekali..hahaha

kemudian, dalam pukul 1.00 tengahari, saya meng'escape' kan diri seketika untuk menghadiri majlis jemputan walimah sahabat saya di Jalan Kebun, Shah Alam. mujur lokasi walimah nya tidak jauh dari rumah sepupu saya ini. mak, ayah, dan kakak juga turut sama ke walimah sahabat saya kerana mereka kenal dengan sahabat saya ini. setelah itu, kami pulang semula ke rumah sepupu dan dalam pukul 5 petang, kami pulang ke rumah.

Majlis walimah masih belum habis dalam diari kehidupan saya pada hari Sabtu itu.. ini kerana setelah selesai solat maghrib, ibu& ayah mengajak saya pula ke majlis walimah anak qariah kampung dan walimah anak perempuan rakan karib ayah saya di Banting dan juga di Jenjarom..

Bangun di pagi Ahad dengan persediaan ke majlis walimah lagi....

dengan 2 kereta, kami berkonvoi ke Jeram, Selangor untuk menghadiri majlis pernikahan dan kesyukuran anak perempuan bongsu kepada besan mak&ayah saya. Kami tiba di Balai Islam Jeram pada pukul 10pagi.. Majlis pernikahan bermula pada pukul 10.30pagi. Perkara paling saya tidak boleh lupa ketika berada di majlis pernikahan yang ini ialah imam nikahnya tersalah baca nama pengantin..mujur si pengantin lelaki tersedar..hahaha..sangat kelakar.. tok imam tu beritahu pada hari ahad itu, seramai 5 pasangan pengantin yang akan beliau nikahkan..tu yang sampai tersalah tengok borang sebab terlalu ramai..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

hehehe..kelakar je... Alhamdulillah.. majlis nikah berjalan dengan baik..

saya menjangkakan bahawa ini merupakan majlis walimah yang terakhir pada hari ahad itu, rupa-rupanya tidak... mak memberitahu bahawa makcik saya telah menunggu kami di Sungai Burung untuk menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak saudara makcik saya...saya hanya mampu tersenyum..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot



setelah selesai menghadiri majlis di Sungai Burung itu, kami sempat singgah ke kampung di sawah untuk melihat keadaan rumah sawah dan pakcik saya. Alhamdulillah, di sana saya sempat merehatkan minda yang padat setelah mengharungi 3 hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti. kami bertolak pulang ke Banting selepas solat asar~


sepanjang 3 hari ini...banyak pengalaman yang saya tempuhi dan pelajari...

pengalaman paling best = aktiviti di jalanan (jumaat petang).

kejayaan yang boleh dibanggakan = mendengar 3 khutbah nikah..

pengalaman yang kurang best = bengang dengan 'sebahagian' hadirin yang bising ketika khutbah sedang dibaca. rasa macam nak 'sound' je..

respon dari pemerhatian = sangat tidak elok pengantin buat acara baling gula-gula or duit pastu budak2 kecil kutip2...bukan akhlak yang baik. kalau nak bagi gula-gula or duit, boleh je.. letak dalam bekas or sampul (angpau) pastu bagi pada kanak-kanak yang hadir by hand dan salam dengan pengantin..kan nampak lebih elok..

benda baru jumpa = pokok blueberry kat depan rumah pengantin di Sungai Burung. terkagum sebentar...

perkara yang mengundang rasa pelik di hati = orang yang sanggup menghabiskan masa dengan berborak panjang tapi tiada masa untuk solat..apekahhh~



last but not least... selamat pengantin baru buat mereka-mereka yang melangsungkan perkahwinan semasa cuti sekolah ini.. maaf jika ada undangan daripada kalian2 yang tidak dapat saya hadir..bukan sengaja tetapi kekangan masa.. :-)


~eyamujahidah