Mar 28, 2010

Ujian: Antara Berani dan Bijaksana..adakah saya berani & bijak? (T,T)

023.jpg

“Syabas Ustaz kerana berani menyatakan pendirian. Jangan takut diugut. Jangan takut kehilangan rezeki!”, pujuk pembaca.

“Ayuh semua, gunakan amanah ilmu yang Allah berikan kepadamu untuk menentang kebatilan. Apa ditakut pada gertakan manusia!”, semangat seorang lagii.

Semenjak menulis dengan bahasa yang lebih telus, saya semakin kerap menerima saranan sedemikian rupa. Seolah-olah selama ini saya tidak telus kerana tidak tulus. Kerana saya takut atau pengecut.

Lalu kecerahan pendirian saya disambut dengan tepuk-tepuk bahu agar terus berani dan jangan lagi takut.

“Kalau takut dengan ujian, jangan cakap soal perjuangan!”, komen pejuang reformasi pula.

ANALISA KAKU

Ia adalah analisa yang kaku, berkemungkinan dibaca dari buku. Bahawa sesuatu yang bernama perjuangan akan berdepan dengan ujian. Manakala ujian itu pula memang menakutkan. Hilang punca rezeki, kena buang negeri, kehilangan kepentingan diri, malah syahid… cita-cita yang dicari!

Itulah hafalan skema Tarbiyyah terhadap ujian bagi sebuah perjuangan. Seolah-olah perjuangan hanya teruji dengan ujian satu warna.

WARNA BIASA

Pandangan bahawa ujian muncul dalam bentuk ketakutan dan ancaman tidaklah salah. Bahkan Allah SWT sendiri sudah mengingatkan:

albaqarah155.JPG

Demi sesungguhnya! Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar [Al-Baqarah 2 : 155]

Kita belajar dari al-Quran bahawa perjuangan diiringi ujian. Segala musibah yang menguji adalah bukti kezaliman kaum durhaka yang dihadapi, dan mengangkat darjat pejuang yang diuji.

Dibuang kerja…

Diugut dan diancam…

Dipenjara…

Dibunuh…

Lalu kita menyeru manusia dengan bahasa berani. Bahawa keengganan menyahut panggilan perjuangan, mesti kerana TAKUT kepada ujian-ujian itu tadi.

Inilah yang saya katakan sebagai kefahaman yang kaku.

027.jpg

UJIAN YANG ‘TIADA KENA MENGENA’ DENGAN PERJUANGAN

Terkena penyakit yang mengaibkan.

Suami atau isteri seorang pejuang berkelakuan curang.

Anak ditangkap kerana menagih dadah.

Bagaimanakah semua ini boleh dibaca sebagai ujian terhadap perjuangan, jika segala musibah itu datang bukan kerana perjuangan? Bagaimanakah seorang pejuang yang lantang memperjuangkan Islam, tiba-tiba terkena penyakit kulit yang hodoh? Atau menjadi mangsa AIDS akibat suami yang berkelakuan sumbang di belakang, dan memindahkan sakitnya kepada isteri, seorang mujahidah?

Terlalu keji untuk membayangkannya…

Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan ujian terhadap perjuangan, jika bencana yang datang adalah kegagalan rumahtangga? Pejuang menyeru agar masyarakat meninggalkan pergaulan bebas, memilih pasangan hidup yang baik-baik, tetapi kemudian diuji oleh Allah dengan rumahtangganya sendiri musnah akibat perbuatan buruk si suami atau isteri?

Apakah itu masih dianggap ujian terhadap perjuangan?

Apakah kita masih kuat upaya untuk bertemu dengan masyarakat dan meneruskan perjuangan, dalam keadaan diri memikul beban ujian yang mengaibkan itu?

Jangan bermain-main dengan ujian. Tidak semua ujian ada unsur heroic di dalamnya. Bukan semua ujian datang dari Taghut yang ditentang. Ujian boleh datang, dari punca yang tidak disangka-sangka, yang tiada kena mengena dengan perjuangan.

TELADAN KISAH AYYUB ALAYHI ‘AL-SALAM

Ayyub ‘alayhi al-Salaam bukan mangsa makar golongan al-Mala’. Tetapi ujian yang dihadapinya adalah ujian yang terlalu semulajadi. Ujian yang jarang dikaitkan dengan perjuangan.

Beliau diuji dengan penyakit yang menimpa tubuh badan. Penyakit yang bukan sahaja menjadikan fizikal baginda derita menanggungnya, bahkan ia membawa pula kepada kehilangan harta benda dan ahli keluarga.

shaad41.JPG

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayyub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan” [Shaad 38: 41]

Qatadah Rahimahullah menjelaskan bahawa kalimah Nusb itu bermaksud penyakit yang menimpa jasad, manakala ‘Adzaab pula memberikan makna kehilangan harta dan ahli keluarga (Tafsir al-Thabari Taqrib wa Tahdzib 6: 405 – 406]

Namun Allah SWT menjelaskan bahawa Ayyub ‘alayhi al-Salam itu adalah HAMBA-NYA. Itulah ‘alasan’ yang sudah cukup untuk menjelaskan betapa Allah SWT Maha Berkehendak, Bebas mengenakan apa sahaja ujian ke atas orang-orang yang beriman. Kerana kita semua ini HAMBA.

Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh duji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Dia kehilangan diri kerana segala-galanya adalah ketentuan tuannya. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.

Selayaknya kita diuji… bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.

Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

886068-002.jpg

UJIAN PERIBADI

Anda sebagai pelajar yang berjuang bimbang digantung biasiswa, tetapi anda diuji dengan gagal dalam peperiksaan, atau diuji dengan keluarga yang memusuhi Islam.

Anda sebagai pekerja yang berjuang bimbang dibuang kerja, tetapi anda diuji dengan anak yang terpengaruh dengan rakan sebaya hingga menjadi pelesit bangsa.

Apakah anda masih ada muka untuk istiqamah di jalan perjuangan ini, andaikata ujian yang datang bukan kerana anda berjuang?

Syaitan akan membisikkan rasa aib, malu, rendah diri, kecewa… sebagaimana syaitan membisikkan perkara yang sama. Kerana itu Ayyub ‘alayhi al-Salam berkata seperti yang terakam di dalam al-Quran, ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa) penyakit tubuh badan dan azab penderitaan”.

UJIAN YANG BUKAN KEHILANGAN PERIBADI

Pejuang yang lari dari perjuangan kerana mencari kemewahan hidup, serahkan sahaja mereka untuk diuruskan oleh Allah SWT.

Namun bukan semua pejuang yang tidak memakai baju pejuang jenama kita, terus dengan mudah dilabelkan mereka sebagai penakut, pengecut atau gerun dengan kehilangan kemewahan diri.

“Hai, takkan takut hilang glamer kot!”, bahasa orang sekarang menyindir sesama pejuang.

“Rezeki boleh dicari di mana-mana bro. Come on laa!”, seru rakan kepada ‘pendakwah bebas’ agar tidak terus bergerak bebas dengan gelaran pendakwah bebas itu.

Mereka ini tersalah sifir.

Sangkanya pertimbangan seorang pendakwah hanyalah soal makan minum dan keselesaan hidup semata.

Dia lupa bahawa dalam perjuangan bukan hanya BERANI yang menjadi bekal, malah CERDIK dan bijaksana juga sebahagian daripada senjata.

Berani membuta tuli, jangan disangka hero kerana di sisi Islam dia itu mungkin seorang yang dungu dan membinasakan perjuangan dengan keberaniannya.

UJIAN ERA MILENIUM

Di era kehidupan milenium ini, perjuangan menjadi lebih rumit. Kerumitan itu menjadikan kita lebih tercabar untuk mengaitkan rupa bentuk gambarannya di dalam al-Quran, dengan realiti yang semakin berbeza.

Jika di era turunnya al-Quran, pencuri yang dihukum hudud didefinisikan sebagai penjenayah yang mencuri dengan tangan, hari ini pencuri mencuri dengan keyboard. Bagaimanakah pensabitan hudud hendak dilakukan ke atas kecurian seperti ini? Ia memerlukan kepada kefahaman yang dinamik dan ketelitian yang mendalam terhadap apa yang hendak direalisasikan daripada hukuman itu.

compas.jpg

Begitulah juga dalam soal ujian.

Jika di era turunnya al-Quran, jihad itu banyak manifestasinya adalah di dalam peperangan di medan pertempuran. Hari ini musuh mungkin bersarang di dalam kepala dan muncul dalam bentuk yang halus tetapi tetap merbahaya. Maka berkewajipanlah bagi pejuang untuk menganalisa tabiat jalan dakwahnya, agar prinsip amar makruf dan nahi munkar terus berjalan seiringan dengan ujian yang ‘menghiasinya’.

KEHILANGAN PELUANG DAKWAH

Pertimbangan pendakwah bukan hanya pada ujian peribadi, kesakitan, kerugian atau ketakutan. Perjuangan bukan hanya teruji dengan hal-hal yang sedemikian itu.

Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.

Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang.

Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam.

Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Fasiliti kelas satu, minda beku dan biru.

Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri.

Inilah kerisauan terbesar pejuang era milenium.

Prinsip-prinsip dan kepercayaan diri terhadap kebenaran, keadilan, kejujuran, ada masanya perlu diterjemahkan sebagai prinsip dan pendirian politik. Namun apabila pendirian itu menyebabkan kita perlu berdiri di bulatan politik yang membangkang, bulatan itu mengecilkan ruang dakwah kita.

“Jangan jemput dia sebab dia orang belah sana!”, kata seorang pegawai sumber manusia.

“Dia tu, kalau kita sediakan mikrofon, mesti dia nak suruh kita masuk parti dia!”, tegas seorang pengerusi sebuah badan makruf.

Biar pun seorang pendakwah bersikap profesional dalam mengasingkan mesej politik dari mesej dakwahnya, ia tidak sempat untuk dihargai kerana telah tertolak mentah akibat prejudis dan gangguan mental masyarakat. Inilah yang menjadi kerungsingan pendakwah.

TIDAK CUKUPKAH DENGAN KUASA POLITIK?

Bagaimanakah kita mampu mengajak orang kepada memperjuang dan memenangkan Islam, jika orang itu sendiri pun tidak nampak apakah perlunya dia kepada Islam?

Bagaimanakah kita mampu mengajak orang untuk kembali kepada hukum agama, jika agama itu sendiri dipandang oleh orang itu sebagai punca masalah hidupnya?

Maka tidak semua ‘antena’ masyarakat dapat menangkap gelombang politik dan perjuangan.

Ramai yang memerlukan kepada perkara yang lebih asas untuk mengembalikan signifikasinya agama kepada diri. Maka ruang dakwah di masjid, surau, apatah lagi ceramah umum, tidak akan sekali-kali menemukan kita dengan golongan ini. Mereka tidak akan datang, malah tidak pernah terfikir untuk datang.

Jika ada tok guru yang sombong dengan formula “ilmu itu didatangi dan bukan mendatangi”, dakwah tidak mampu bersikap begitu. Dakwah harus datang, dakwah perlu proaktif. Dakwah perlu mencari ruang dan memanfaatkan ruang. Khususnya di era kebejatan minda hari ini, dakwah dan politik terpisah oleh prejudis manusia, prejudis sistem, dan prejudis rejim yang sudah terlalu lama berkuasa.

UJIAN PERLU DIPELAJARI

Justeru, ujian di sepanjang jalan perjuangan ini perlu dipelajari dan diteladani. Ia tidak muncul secara skema mengikut skrip yang dihafal dalam manhaj Tarbiyah yang diberi.

Pendakwah harus sentiasa peka dan mengenalpasti, apakah ujian yang sedang dihadapinya, lantas bertindak sesuai dengan ujian itu.

al-mulk2.JPG

Dia itulah yang telah menjadikan kematian dan kehidupan (kamu) sebagai ujian untuk menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa lagi Maha Pengampun [Al-Mulk 67 : 2]

Kehidupan dan kematian telah dijadikan Allah memang sebagai medan ujian buat kita. Namun kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang, dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu.

Setelah wujud keberanian, bijaksanalah dalam menekuninya!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

*Syukran kepada ustaz Hasrizal di atas artikel yang sangat baik ini. Ia memberikan satu suntikan baru pada diri saya untuk terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan di Bumi Allah.

benar kata ustaz, ujian bukan datang secara sengaja..ada hikmah disebalik setiap ujian yang diberikan kepada kita. (^,^)v

berani dan bijak itu gabungan yang bagus dalam menghadapi ujian yang datang.. jangan mudah menyerah kalah dan melatah. GAMBATTE NEH!!!



Mar 16, 2010

H.A.N.I.S 2010

Jom ramai-ramai memeriahkan karnival Nisa' Kuala Langat 2010.

Maklumat lanjut & pertanyaan boleh terus menghubungi saya, Siti Zaniza Hj Tohar.

see you there!!! (^,^)v

Mar 12, 2010

Jangan perasan diri sibuk,orang lain lagi sibuk

Alhamdulillah, hari ini saya dapat mencari sedikit masa untuk saya singgah dan melawat adik-adik,junior2 pmf yang saya kasihi.

bilik pmf agak sunyi hari ini, biasalah bila petang jumaat seperti ini,ramai yang mengambil peluang untuk balik ke kg halaman masing untuk bercuti di hujung minggu. saya memutuskan untuk duduk di meja hujung bahagian tempat rehat muslimat. dari kedudukan dan posisi saya ini saya dapat melihat beberapa aktiviti dan telatah adik2 saya ini. sebagai seorang kakak, saya rasa dengan peluang2 sebegini sahaja saya dapat turun utk melihat & membantu adik2 sekiranya mereka memerlukan bantuan dan sebagainya.

dari meja saya, saya lihat nun di hujung sudut bilik pmf ada sekumpulan pelajar sedang menjalankan aktiviti diskusi secara berkumpulan. dari pengamatan saya, mungkin mereka sedang berusrah...Alhamdulillah, masih ada segelintir adik2 yang meneruskan usaha-usaha mengimarahkan bilik ini dengan aktiviti usrah. semoga kalian terus istiqomah..tp kena jaga juga adab2 berusrah..kalau boleh,tinggalkan segala urusan sms,call dan sebagainya..matikan phone itu lebih baik sebab time usrah ni lah kita nak berjumpa dan bertukar2 pandangan dan pendapat. kalau kita tidak fokus, usrah tidak berkesan.. :-)

tidak jauh daripada tempat duduk saya pula kelihatan seorang adik sedang merehatkan mata..sambil tangan kirinya memegang handphone seperti hendak menaip sms tetapi sudah tiada tenaga..hehe..mungkin terlalu penat barangkali. semoga Allah memberikan kekuatan dan tenaga buat enti.. (^,^)v


kelihatan juga beberapa adik2 yang sedang khusyuk mengadap laptop masing dengan muka yang serius..dan saya kira mereka mesti tidak perasan akan kewujudan saya di situ..hehe..mungkin terlalu sibuk dengan pelbagai dateline program dan sebagainya..teruskan usaha anda!!

saya sempat bertegur sapa bertanya khabar dengan adik pmf yang kecil molek..sekadar ingin bertanya tentang hasil AGM pmf yang lepas serta ingin tahu juga siapa yang dilantik menjadi pimpinan baru..hehe..melihat telatah adik kecil molek ini,mengingatkan saya kepada kekanda beliau yang merupakan senior saya semasa saya di tahun satu dulu..sama comel,petah bercakap dan perwatakan juga hampir sama..alangkah cepatnya masa berlalu..dan hari ini, adik beliau pula yang menjadi junior saya..hehe..tq nanie temankan kak zan berborak tadi.. :-)

walaupun saya hanya dapat singgah sebentar sahaja, tetapi banyak hikmah yang saya terima. saya bermuhasabah..melihat telatah adik2 ini mengingatkan saya..walaupun saya terkadang merasa diri ini sibuk..(walaupun xde la sibuk mane pun), tetapi bila melihat mereka, saya rasa terkesan..jika kita rasa kita sudah cukup sibuk dengan urusan ummah dan kehidupan, ingatlah, ada ramai lagi insan yang lebih sibuk dan penat daripada kita. oleh itu, jangan cepat merasa lemah dan berputus asa..dan sentiasalah mendidik jiwa supaya bersyukur kerana Allah memilih kita diantara hamba2NYA yang ramai untuk menjalankan kerja2 Islam.. (^,^)v

untuk akhirnya, jom kita sama-sama hayati lirik lagu ini. kalau nak dengar lagunya klik sini

SUNNAH ORANG BERJUANG
Lirik Nasyid :Hijjaz
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Mar 10, 2010

Sabtu yang berlalu..Rabu yang indah..(penulisan rojak)


Alarm phone saya berbunyi..

sudah pukul 6 pagi..hari sabtu yang best..hehe..

'Alhamdulillah, aku masih lagi diberikan nyawa untuk terus hidup di muka bumi Allah ini..' cetus hati saya.

Selepas solat subuh, saya terus membuka buku mathurat kecil, ole-ole dari walimah sahabat saya.. saya membaca mathurat sughra,sengaja mencari yang ringkas..sebab rasa mengantuk yang teramat sangat..baca mathurat pun dengan keadaan kepala tersengguk-sengguk..huhu

di pertengahan bacaan doa rabitah, phone saya berbunyi..

tercatat di situ..

baiti jannati calling..

"ni mesti mak..(saya tersenyum)."

tekaan saya tepat.

"kakak balik tak hari ni? pergi kuala pilah tu pukul brapa? jangan balik lewat sangat nanti sampai rumah da malam..bahaya. pergi sana dengan siapa?

(tiba-tiba terdengar pula suara ayahanda saya di celahan suara emak)
"kakak bawa kereta hati-hati..jangan merempit.."

"Aik..bapak perli eya ea..merempit tu untuk orang yang bawa motor..eya kan bawa kereta.."
nada saya berseloroh..(emak tergelak).

itulah pesanan2 ringkas dan padat insan bernama ibu & ayah... saya sangat memahami kerisauan mereka..mana tak risau, satu-satunya anak yang masih dibawah tanggungjawab mereka ini asyik ke hulu,ke hilir ke sana ke mari..

"insyaAllah, baek mak, baek bapak..eya akan jaga diri"

setelah memberikan salam..saya pun menghabiskan bacaan terakhir mathurat..

planning saya tadi nak tidur selepas baca mathurat kerana mengenangkan kadar mengantuk yang tidak keruan ini..tetapi setelah habis membaca, rasa ngantuk tu tiba-tiba sahaja hilang..

ermm..nak buat ape pagi ni ye? lalu saya mendapat satu idea..haah..masak jemput2 la..best gak pagi2 ni kalau dapat makan jemput2 ngan air teh o.

setelah siap masak jemput2 campak-campak (kentang+bawang besar+telur+ikan bilis), saya pun naik ke bilik untuk menggosok baju...

Dan secara tiba-tiba sahaja...jeng..jeng..jeng..black out plak..huhu..

letrik xde..mujur ada kejiranan yang berhampiran(walaupun xbrape dekat),lalu ape lagi, saya terus menyerang rumah mereka untuk menumpang iron baju..hehe

saya bertolak ke kuala pilah bersama dengan 3 orang kawan teghahari tersebut. semasa pergi..keadaan semuanya ok je.. apa yang saya nak cerita ialah semasa perjalanan balik. selepas sahaja kereta saya melepasi R&R seremban,kereta saya terlibat dengan kemalangan. kemalangan itu melibatkan 3 buah kenderaan..si Putih saya, suzuki swift dan proton wira.

perasaan semasa kena langgar tu hanya Allah sahaja yang tahu..mujur tiada siapa yang tercedera..mungkin cedera mental je kot sebab tengok kereta masing-masing yang remuk..

lama juga saya menguruskan hal kereta tu. syukur kerana ada sahabat2 se'konvoi' dgn saya yang sudi temankan saya di tempat kejadian dan juga semasa di balai polis. sampai di rumah sewa lebih kurang jam 9.30malam.

malam itu terlalu sukar rasanya saya hendak melelapkan mata. dalam kepala saya ni fikir macam-macam perkara..banyaknye benda nak kena urus..hal kereta,insurans,meeting nisa',hal keje...saya sendiri tidak pasti bila saya terlena di dalam kerisauan itu..

Pagi ahad..seawal 7 pagi lagi saya telah keluar rumah untuk balik ke kg. tujuannya, menguruskan hal kereta, attend meeting masjid dan nisa' dan beberapa hal lain.

Alhamdulillah, segalanya berjalan baik..kereta telah dibaiki..meeting smart solat pun berjalan lancar..

Saya balik semula ke bangi pada malam selasa..hari rabu telah menunggu untuk menyiapkan beberapa agenda lain..bendahari,FKAB,Brightness test,databes alumni,surat2 nisa' dan senarai peserta genesis...Indahnya rabu saya (^,^)v

~tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah swt~


"perjalanan mana lagi yang lebih mulia...
kesepakatan mana lagi yang lebih bahagia..
mereka maju ke medan perang bersama-sama..
dan mereka ke syurga bersama-sama pula..."

-eyamujahidah-