Feb 23, 2010

Maafkan insan lemah dan kerdil ini..



Assalamu'alaikum, salam ukhuwwah buat semua...

di awal kalam ini, saya ingin memulakan bicara saya dengan memohon ribuan kemaafan di atas ketidakaktifan saya selama hampir 2 bulan tidak menulis sesuatu di ruangan ini..

Pada firasat saya, mungkin tidak ada insan yang sedar akan ketidakaktifan saya di blog ini..namun, firasat saya nyata meleset sekali...bermula dengan menerima beberapa teguran daripada sahabat2 sehinggalah mendapat sms bertanyakan khabar..adakah saya tidak sihat @ mempunyai masalah.. dan yang paling menyentuh perasaan saya ialah menerima panggilan daripada salah seorang ahli keluarga yang rapat dengan saya. beliau bertanya, mengapakah sekarang ini jarang benar saya menulis di blog sendiri..walhal saya boleh sahaja aktif dalam facebook. beliau berkata lagi, rindu rasanya ingin membaca bait2 penulisan daripada lakaran minda eyamujahidah..dimanakah pula agaknya lakaran2 minda eyamujahidah itu dilakar ya?

tersentuh hati saya...minta maaf..memang saya mengakui segala kekhilafan diri yang sekarang ini jarang meng'update' blog lakaran minda eyamujahidah..insyaAllah, doakan bersama agar eyamujahidah dapat istiqomah..

tidak banyak yang mampu saya tulis pada kali ini..mungkin kerana faktor kurang sihat dan kesibukkan mengejar bermacam-macam dateline..cuma saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua beberapa baris ayat Al-Quran. Ia merupakan kata-kata nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya.. ayat ini banyak memberikan peringatan dan panduan buat diri saya yang lemah ini dalam mengenal erti kehidupan sebagai Hamba Allah...

Bismillahirrahmanirrahim..

يَـٰبُنَىَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَ‌ۖ إِنَّ ذَٲلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ (١٧) وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٍ۬ فَخُورٍ۬ (١٨) وَٱقۡصِدۡ فِى مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَ‌ۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٲتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ (١٩) أَلَمۡ تَرَوۡاْ أَنَّ ٱللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَأَسۡبَغَ عَلَيۡكُمۡ نِعَمَهُ ۥ ظَـٰهِرَةً۬ وَبَاطِنَةً۬‌ۗ وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُجَـٰدِلُ فِى ٱللَّهِ بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬ وَلَا هُدً۬ى وَلَا كِتَـٰبٍ۬ مُّنِيرٍ۬ (٢٠)

[Surah Luqman:17-20]

Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (17)

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (18)

Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (19)

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran. (20)


Semoga kita sama-sama dapat menghayatinya..(^,^)v

-eyamujahidah-
Bangi,bandar ilmu