Nov 20, 2010

Mana Pak Uteh?


Di suatu petang yang cerah dan udara yang nyaman, saya duduk merehatkan minda di bangku hadapan rumah sambil memerhatikan gelagat anak-anak saudara bermain badminton. Kelihatan juga anak-anak saudara yang kecil bermain nyorok-nyorok sambil berkejaran di balik pokok-pokok bunga di halaman rumah saya. rasa tenang fikiran saya..damai rasanya...hilang seketika perasaan tension mengadap tesis dan data-data yang bertimbun itu.

kemudian, datang mardhiah si kecil molek duduk disebelah saya dengan muka yang suram. budak kecil berusia 7 tahun ini bukan sahaja manja dengan saya malah dia sangat suka bercerita dan berborak dengan saya. Malah dialah antara anak saudara saya yang sangat suka bertanya tentang pelbagai perkara. kadang-kadang itu letih juga kepala saya ini nak memikirkan jawapan-jawapan kepada soalan dia..hehehe..

Mardhiah: "mak uteh, kenapa iya tak boleh main badminton? abang asyraf tak bagi iya main.."

Mak uteh:"yeke, takpe, nanti iya main bandminton dengan mak uteh ye. sekarang ni tengah giliran abang asyraf and the gang yang main. sekejap lagi bila mereka dah abes main, kita main pulak ok?"

Mardhiah:" yeah! ok2..iya taknak main dengan abang asyraf, dia main ganas. iya nak main dengan mak uteh ye.."

Muka yang masam mencuka tadi mula menerbitkan senyuman di bibirnya.Alhamdulillah, cara memujuk saya berjaya.hehehe...

Tiba-tiba dia bertanya soalan lagi.

Mardhiah:"mak uteh, pak usu dengan mak usu tak balik rumah atok ke? iya dah lama tak jumpa dengan baby aina."

Mak uteh:" pak usu dan mak usu ada kerja sedikit. tapi pak usu dah telefon atok, dan minggu depan dia balik kampung."

Mardhiah;" ooowhh..best la macam tu. mak uteh, kenapa pak usu dah kahwin dan ada anak tapi mak uteh belum kahwin lagi? pak usu tu kan adik mak uteh? tak salah ke?"

Mak uteh: [gulp..alahai, macamane pulak budak ni boleh terfikir soalan macam ni..fuhhh..] "owh..pak usu terjumpa dengan mak usu dulu, tu yang mereka kahwin dulu dari mak uteh. tak salah  pun.." (sambil senyum)

Mardhiah:" ooo..mak uteh bila nak jumpa dengan pak uteh?"

Mak uteh: [gulp..alamak..makin killer soalan budak ni..] "err..insyaAllah, nanti jumpa lah.. adalah tu kat mana-mana.."(dah blank nak bagi jawapan apa)

Mardhiah:"kat mana?"

Mak uteh: "kat negara Malaysia".(Ya Allah, janganlah budak ni tanya soalan lagi..)

Mardhiah; "owhh..ok.."

~Alhamdulillah..no more questions.. fikiran saya kembali tenang..hehehe.. (^,^)v

1 comments:

MamaNasih said...

ooo... kat negara Malaysia yek? heheh