Ayahanda sakit lagi...
kali ini lebih teruk, sakit kepalanya semakin menjadi-jadi, tangan kanan dan kaki kanannya kebas dan lemah tidak boleh bergerak. badannya sejuk, mukanya pucat..ingatan ayahanda juga agak terganggu..Ya Allah..runtun jiwaku melihat keadaan beliau.
semenjak isnin yang lepas, saya bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain menjaganya.. memastikan ubat dan makanannya terjaga. tidurnya cukup dan dia mendapat rehat yang secukupnya. Abang pula membelikan alat monitor tekanan darah untuk ayah supaya kami lebih mudah untuk monitor perkembangan tekanan darahnya.
di rumah, saya mengambil alih dan membantu tugas ayah. urusan perbelanjaan, bank, bil-bil, kebun sawit dan beberapa lagi perkara perlu saya uruskan dengan baik. walaupun saya adalah anak perempuan beliau, tetapi saya ingin beliau yakin bahawa saya mampu membantu nya menguruskan hal-hal tersebut.
dalam beberapa hari ini juga, ayah saya sering bercerita dan meluahkan perasaannya kepada saya betapa dia risau akan diri saya. Hanya tinggal saya seorang sahaja lagi anaknya yang belum mendirikan rumahtangga, jadi macam-macam kerisauan yang ayah saya fikirkan. katanya; bagi seorang ayah itu, selagi anak perempuannya tidak selamat berumahtangga dengan orang yang mampu menjaga anaknya dengan baik, selagi itu hati seorang ayah tidak akan tenang. Mula-mula saya tidak ambil serius sangat kerana saya tahu beliau sangat ambil berat terhadap hal anak-anak, akan tetapi jika hampir setiap hari beliau menyatakan kerisauannya itu terhadap saya, hati mana yang tidak gusar...Ya Allah, berikanlah kesihatan buat ayahanda ku tersayang..
"Ya Rahman, Ya Rahim, kalaulah pada ketika dan saat ini juga aku mampu mengurangkan kerisauan ayahanda ini, maka kau permudahkanlah urusanku Ya Allah..Engkaulah yang Maha Merancang sesuatu.."
1 comments:
semoga ayah ezan cepat sembuh ya :)
Post a Comment