Dec 21, 2009

Sambutan Tahun Baru: Antara Islam dan Kufur

Bismillahirrahmannirrahim..

Salam untuk semua!!! (^,^)v

maaf sgt2 sebab dah berkurun lamanya saya tidak menyinggah dan menulis sesuatu di blog sendiri..hehe..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

untuk ketika ini pun, saya masih lg berfikir untuk menulis apa dalam blog saya ini...erm.. sebenarnya saya baru sahaja balik dari rumah kakak, melawat family kakak di cheras..ye la..sudah lama berjanji untuk datang, hari ini baru berkesempatan..ape la saya ni kan..(^,^)

2-3 minggu yang lepas saya agak 'exhousted', pelbagai program dan tanggungjawab perlu dilaksanakan..kem SPIES, re-union fakulti, agm jaringan siswazah malaysia, majlis kesyukuran family dan sebagainya..mujur Allah SWT memberikan saya kekuatan dan pembantu2 tanpa sedar saya dalam menjalankan semua rencana tersebut..Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah dan terima kasih buat pembantu2 tanpa sedar ku..hehe

sedar tak sedar, tahun baru 2010 bakal menjelma esok. dalam pada itu juga, sedar xsedar umur saya telah pun menjengah ke 24 tahun pada 13 Muharram pada semalam (30disember). risau nyer saya..umur semakin bertambah, akan tetapi saya merasakan ibadah saya semakin berkurang..Ya Allah, jangan masukkan saya dalam golongan orang2 yang rugi yang mana mereka menghabiskan detik2 kehidupan mereka di dunia ini dengan menikmati nikmat dunia yang sementara sehingga lalai dalam mengejar kehidupan hakiki di akhirat sana..

sahabat2 yang saya kasihi kerana Allah, di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua tentang isu sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh Islam dan yang dilarang dalam Islam. semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah...

sahabat2...

kebanyakkan negara-negara di dunia ini akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya, kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru.



Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda sekarang, ada yang seusia dengan saya dan ada yang lebih muda dari saya, mereka banyak menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. kenapa ya? Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau". (Al-A’raf: 30-31)


Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.



Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman. Menurut beliau, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

“Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,” katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.

“Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

“Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,” katanya.

Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian, kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka.

Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah dan malaksanakan setiap amal dan kerja buat kita hanya kerana Allah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan dunia.

Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."

Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas sesuai dengan ungkapan “Islam adalah cara hidup.”

Ibadah yang sempurna lahir dari akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat yang dibawa Rasulullah. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu, kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada bermakna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.


Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tidak ada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4)

Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.

Mari kita sama-sama fahami maksud hadis ini:

"Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)

SALAM TAHUN BARU 2010 BUAT SEMUA!!! (^,^)V