Sep 30, 2009

Kad kuning tanda amaran



Assalamu'alaikum wbrt..

Saya suka untuk memulakan tulisan saya kali ini dengan memetik beberapa ayat Allah swt. Ayat berkenaan tentang mengapa manusia itu perlu diberi teguran...

Mengapa manusia perlu ditegur ?


Kerana manusia itu sifatnya lemah, mudah tergesa-gesa dan serba kekurangan.
وخلق الإنسان ضعيفا
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah"
(Surah an Nisa : ayat 28
)

"Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa".
(surah al Isra': 11)

Dan Allah juga menyuruh kita selalu untuk nasihat menasihati :

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)

Apa yang hendak saya ceritakan pada entri kali ini ialah berkenaan dengan menjaga batasan pergaulan...semoga saya dan anda mendapat manfaat dari penulisan ini..


Bertunang bukanlah tiket untuk pergaulan bebas.

Anda setuju dengan saya?

terpulanglah pada persepsi masing2, tetapi saya menegaskan bahawa pendirian saya ialah, istilah merisik/cop/bertunang dan sebagainya TIDAK MEMBERIKAN GREEN LIGHT atau LAMPU HIJAU untuk seseorang itu bergaul bebas dengan pasangannya.

Jadi, tiadalah ungkapan:

"boleh i pegang tangan u, kita kan sudah bertunang.."

atau

"bila u nak jumpa i, i ni kan tunang u.. jom kita keluar jalan2 nak?"

Apa yang kita semua perlu fahami disini ialah, tempoh bertunang ialah tempoh utk berkenalan bagi kedua-dua pihak mengikut batas-batas yg diajar oleh Islam, bukannya tempoh untuk melekat macam belangkas 24jam sehari.. Jika ada keperluan untuk berjumpa, bukanlah keluar berdua-duaan seperti pasangan yang telah berkahwin, bawalah bersama muhrim atau teman2 yang boleh menjamin supaya tidak berlakunya sesuatu yang ditegah oleh Islam..ini kalau dah keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, duduk berapat-rapatan, syaitan yang menjadi peneman pun bersorak gembira...'yahoo!! aku dah berjaya membawa anak2 adam ini ke lembah kemurkaan Allah'

so, siapa yang rugi??

Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang telah bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.

Ikatan pertunangan hanyalah satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang.

Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.

Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Atau ayat mudahnya, jangan bertunang lama-lama jika sudah jatuh WAJIB untuk anda berkahwin. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Di sini juga saya suka untuk memberitahu sahabat2 semua terutamanya sahabat2 dari kaum hawa agar jagalah maruah diri kita. lihatlah betapa Allah dan RasulNya memberitahu kepada kita tentang kelebihan2 dan kemuliaan2 seorang wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Firman Allah swt yg bermaksud:

'Wanita diciptakan sebagai penenang dan penyejuk hati. Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya'.
[Ar Ruum : 21]


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :
'Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah'. [HR Muslim].

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang maksudnya…
'Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu'. [Al-Bukhary dan Muslim].

Allah telah berfirman yang bermaksud:

'Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun'. [An-Nisaa : 124]


WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.


Mari kita renungkan kembali betapa Allah dan RasulNya sangat mengasihi dan meninggikan darjat seorang wanita. Oleh itu peliharalah ia dengan baik dan sungguh pun anda telah bertunang/di'cop' atau sebagainya, selagi mana anda belum menjadi yang halal, PELIHARALAH DIRI DAN MARUAH ANDA.

"Buat apa kita mencari dan berbuat yang haram ketika mana yang halal itu sudah hampir dengan kita.."

(^,^) fikir2kan dan selamat bermujahadah!!!



Sep 24, 2009

Open House Aidilfitri Familyku





ASSALAMU'ALAIKUM WBRT...

BUAT SEMUA SAHABAT2 BLOGGERS EYAMUJAHIDAH, SAYA DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT ANDA SEMUA KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KELUARGA SAYA.

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SAHABAT2 SEMUA AKAN MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS INI NANTI..

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS.

TQ (^,^)V

Sep 21, 2009

kenangan aidilfitri 2009

eyamujahidah bersama ayahanda & bonda tersayang, Haji Tohar & Hajjah Noriah

Inilah keluarga besar eyamujahidah. memang besar kan..hehe..

my siblings..cume abg sulung je yg xde dlm gambar nie.. ada org kate muke kami semua cam fotostat.memang la..da nama nyer adik-beradik kan..hehe

utk photo2 raya yg lain bleh tgk kat blog family sy: www.keluargahajitohar.blogspot.com

(^,^)v selamat hari ghaye!!

Sep 19, 2009

Salam Eidul Fitri 1430H...

~dari meja eyamujahidah, mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri, minal aidil wal faizin.. Mohon ribuan kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang menulis di blog Lakaran Minda Eyamujahidah ini.

Jemput datang beraya di rumah eyamujahidah di alamat:

lot 6655, Jalan Camar Putih,
Kg Seri Cheeding, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Sep 15, 2009

Ramadhan Kareem..detik-detik terakhir bersamamu...

Assalamu'alaikum semua!!

Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot apa khabar? harap sahabat2 saya sihat sentiasa...minta maaf sebab lama xupdate blog saya nie.. Maklum saja lah, pada bulan ramadhan ini, saya ingin sangat waktu siang dan malam saya dipadatkan dengan aktiviti2 dan amalan2 sunat yg menarik...bersahur,solat dhuha,dengar tazkirah,tadarus quran,berusrah, berbuka bersama-sama kawan2,solat terawih,moreh,qiamullail dan sebagainya...mesti sahabat2 semua pun sama seperti saya.

Sepanjang kedatangan ramadhan, saya berasa seronok sangat...terutamanya di awal bulan ramadhan..raut wajah seronok tu tidak dapat disembunyikan..serius..sampai ada kawan saya tegur, 'gembira semacam je awak nie, ada yg spesel ke hari nie?'
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot hehehe...

nak tahu kenapa?
sebabnya banyak amalan dan ibadah sunat yang saya susah hendak istiqomah pada bulan2 lain, dapat saya buat di bulan ramadhan ini. saya mudah sangat2 nak belajar untuk istiqomah dalam bulan ini..inilah keberkatan bulan ramadhan yang di dalamnya Allah berikan kerahmatan,keampunan dan dijauhkan dari azab neraka.

pada bulan ramadhan kali ini juga saya pertama kalinya dapat merasai pengalaman menziarahi saudara-saudara semuslim kita di beberapa perkampungan orang asli sekitar selangor. banyak yang saya pelajari, salah satunya ialah dapat menyedarkan saya tentang kepentingan usaha dakwah. golongan muslim orang asli ini memerlukan sokongan dan bantuan dari kita semua yang bergelar saudara se-Islam mereka. muhasabah untuk diri sendiri..huhu..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


Jeng,jeng,jeng....bila tiba di pertengahan ramadhan pula, saya mula berlumba-lumba dengan masa... saya disibukkan dengan urusan kerja yang tetiba datang bertimbun-timbun. test lab yang tak berkesudahan, jurnal-jurnal dan paper2 yang tidak tahu hujungnya, sehinggakan kadang-kadang nak menghabiskan 1/2 juz quran pun agak payah..uhuuu...ujian2... kalau diikutkan hati kecil saya yang bernafsu nakal ini, ingin saja saya meng'karate' semua jurnal-jurnal tersebut
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot lalu mengerat-ngeratnya menjadi cebisan kecil dan melarutkannya dengan oxalic acid sehingga ia hilang dari pandangan mata saya...
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspotyahooooo!!!!!

namun, itu sekadar imaginasi saya saja..realitinya saya xmampu pun nak buat mcm tue..hehe..

pejam celik,pejam celik.. kita dah sampai di penghujung ramadhan... target?? mestilah nak meraih malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu...malam al-qadr...

rasa sedih pula nak berpisah dengan bulan ramadhan ini...ye la, takut2 tiada rezeki untuk berjumpa dengannya lagi pada tahun hadapan..kerana kita sendiri tidak tahu bila saatnya Allah akan menjemput kita..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Bulan ramadhan juga merupakan bulan ujian. Ujian yang diberikan bukanlah untuk melemahkan semangat tetapi untuk manusia berfikir, bersabar dan mendidik jiwa menjadi kental dan tahan cabaran. saya dan keluarga saya juga telah diberikan ujian oleh Allah pada 23 ramadhan yg lalu..ujian berupa HASAD dari manusia. Itulah lumrah dunia...bagi mereka yang sayangkan dunia, jiwa mereka akan sentiasa dipenuhi dengan sifat mazmumah,dengki-mendengki, fitnah-menfitnah dan sebagainya..na'uzubillah..namun, alhamdulillah, kuasa Allah itu menandingi segala-galanya..semoga mereka yang melakukan HASAD tersebut diberikan hidayah dari Allah..

Walau apapun, ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi ini untuk tiba ke penghujungnya..marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah swt. jadikan detik-detik terakhir bersamanya adalah masa-masa yang terindah.. kerana kita tidak pasti bilakah lagi kita akan bertemu dengannya...


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot~eyamujahidah

Sep 2, 2009

Diriku di 'tag'

Assalamu'alaikum,

Salam Ramadhan Kareem,

Terkezut bila membuka blog sendiri pagi ini. seorang sahabat telah menge'tag' saya.

Terima kasih buat samuderatinta yang menge'tag'.

1) Anda rasa anda hot? ( Do you think you're hot ?)
Kadang-kadang, bila mana tengah wat keje kat laptop tetibe letrik mati ataupun internet men'slow' kan diri..hehehe...

2) Upload gambar kegemaran anda. (Upload your favourite picture)


3) Kenapa suka gambar ni ? (Why do you like this picture?)
Kat kuala krai. mase tue fieldwork tahun 2. suke sebab sume orang sun burn..hitam beramai-ramai (berjemaah)...hahaha

4) Bila kali terakhir anda makan pizza ? ( When was the last time you eat pizza? )
Tak ingat. maybe last 2 month kot..mase tu kak chek (hosmet) dpt free kupon dari domino's pizza...

5) Lagu terakhir yang anda dengar.( The last song you've been listening to )
Look into my eyes from Outlandish. Dpt phone call dari my mum. Sebab ringtone lagu ni... (^,^)v

6) Apa yang sedang anda buat selain selesaikan tag ni ? ( What else have you been doing besides answering this tag? )
Mendengar bacaan Al-Mathurat dari Bazli UNIC...beli cd kat warta.

7) Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda? (Apart from your own name, what other name you would like others to call you ?)
Nama-nama lain yang kawan2 biasa panggil..zan, cik zan, cik siti dan zaniza... nama eya itu hanya untuk family sahaja. harap maklum. (-,-)

8) Do tag five other persons

[1] Banchik
[2] Cheekylulu
[3] Mujahid
[4] Samuderatinta
[5] Merahitamkehidupan

9) Siapa orang no. 1 ? ( Who's on the first place in the list ?)
Saudara Hairul Nizam Hj Tohar. abang kandung saya. kami sama-sama berada di satu jalan dakwah yang sama. Banchik tue nama panggilan dia dalam family sebab dia anak ke 5. walaupun muka nampak cam cool je, tp kuat melawak..hehehe

10) Orang nombor tiga dalam hubungan dengan siapa ? (Who's on the third place ?)
Mantan pimpinan ISIUKM, sahabat di fst dan teman seperjuangan dalam JASA. rajin update facebook tp dah lame meninggalkan blog beliau...mengapekah begitu ea? hehe..mungkin kerana sekarang ini sibuk dengan urusan keja dan master..(^,^)v

11) Kata sesuatu berkenaan orang no. 5 ( Say something about person on the 5th place)
Teman serumah dan se'geologi' dengan saya..hehe..suke panggil dia cik bai. Mase mula-mula kenal dia, takut jugak sebab muka cam serius jer..tp bile dah kenal, hahaha..kita serupa je cik bai..hehe..

12) What about the 4th person ?
Senior saya di fst dulu dan senior fst pertama yang saya kenal masa interaksi ISIUKM,satu lujnah kebajikan& akademik dengan dia.. dan skang ni plak jd senior saya juga dalam BKHES JASA.. menunggu2 bilakah senior saya ini akan walimah..hahaha.. (^,^)

13) Who's the 2nd person ?
Junior saya di geologi. kenal ngan dia mase dia kat matrik lagi. kecik molek je tp klakar bile dengar dia ketawa.hehe..Rajin bertanya dan sangat sibuk orangnya..sibuk2 juge aida, study molek2 deh..(^,^)v


p/s: rase ngantuk semase menjawab soklan2 ini...hahaha..