Aug 30, 2009

Petang yg gembira..berjumpa saudara2 seMuslim..

Assalamu'alaikum wbrt.

Salam Ramadhan saya ucapkan buat semua.

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan untuk turun bersama-sama sahabat2 Nisa' Kuala Langat dan Pemuda Pas Kuala Langat untuk program ziarah saudara baru di kawasan penempatan orang Asli di Kg. Pulau Kempas dan Busut Bharu, Bukit Cheeding,Kuala Langat, Selangor.

Ini merupakan pengalaman pertama saya menziarahi saudara-saudara semuslim kita daripada masyarakat orang Asli. Alhamdulillah, Allah memberikan keizinan dan peluang kepada saya di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini untuk menziarahi mereka.

Turut sama menyertai saya dalam aktiviti kebajikan ini adalah anak saudara saya yang masih menuntut di salah sebuah kolej matrikulasi di Selatan Malaysia. Alhamdulillah, dia sendiri ingin menawarkan diri untuk menyertai aktiviti ini. semoga saya dapat memberikan sedikit pendedahan kepadanya tentang kepentingan dakwah dan ukhwah Islamiyyah itu ke dalam dirinya.

Maha Suci Allah, walaupun mereka tinggal agak jauh di pendalaman, terpisah dari dunia luar, kehidupan yang serba dha'if dan sukar untuk mendapatkan kuliah-kuliah agama yang berterusan, akan tetapi ada sebilangan daripada anak-anak orang asli muslim ini yang sudah berjaya ke menara gading dan ada juga yang masih menuntut di UIAM dan di Maahad Tahfidz. Subhanallah!! tersentuh hati saya melihat mereka ini..

Namun, menurut pegawai Masyarakat Saudara Kita, masih ramai lagi saudara baru ini yang tidak faham tentang Islam walaupun sudah agak lama memeluk agama Ad-Deen ini. golongan orang asli ini agak ketinggalan dalam menerima arus dakwah Islam. mungkin disebabkan kurangnya perhatian terhadap golongan ini.

Disini saya selitkan ringkasan program semalam yang diambil dari blog pemuda pas kuala langat.

Bukit Cheding,Banting.29 sept 2009- Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma,Dewan Pemuda PAS Kuala Langat bersama Nisa' Kuala Langat telah mengadakan satu program Ziarah Prihatin ke Perkampungan Orang Asli Bukit Cheding. Program ini melibatkan pernyertaan semua Ahli exco DPPKL dan NIsa' menyelami kehidupan masyarakat Saudara Baru Islam di perkampungan Orang Asli ini.

Program Ziarah Prihatin ini juga memberi sedikit sumbangan berbentuk beras dan keperluan harian untuk membantu sedikit sebanyak umat islam di perkampungan ini dalam menjalani ibadah puasa.
Kehadiran Dewan Pemuda PAS ke kawasan ini disambut mesra oleh masyarakat disini dan mereka merasa terharu dengan sumbangan yang di berikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Langat,Ustaz Rizuan Rahmat menyatakan program seperti ini perlulah kerap diadakan oleh badan-badan berkanun dan bukan kerajaan untuk membantu umat islam di pendalaman ini supaya mereka turut sama merasai nikmat kehadiran bulan ramadhan yang penuh berkat.
Program yang bermula pada jam 5.00 petang itu di tamatkan pada jam 7.30 petang.

sumber: http://www.dppklangat.blogspot.com/




Aug 21, 2009

OMAR MENGADU NASIBNYA DIDEPAN ALLAH


Sedang isteri Omar bin Abdul Aziz, iaitu Fatimah sedang terlena tidur di pembaringan, terdengar suara orang sedang menangis keesak-esakan. Dia amat kenal dengan suara itu. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah suara suaminya yang tercinta.

Fatimah membukakan matanya, dilihat dihujung pembaringan, didapati Omar bin Abdul Aziz sedang meletakkan kedua tapak tangan pada mukanya, disamping kelihatan air mata sedang mengalir deras di pipinya.

Melihat keadaan Omar sedemikian, sebagai isteri yang baik, Fatimah menghampiri Omar.

“mengapa kekanda menangis begitu kuat sekali?” Soal Fatimah dengan lemah lembut.

“apakah kekanda menangis kerana ketidak sanggupan kekanda untuk memegang jawatan khalifah ini?” soalan kedua terpancul dari suara yang lembut Fatimah.

Omar melihat wajah isterinya. Dengan linangan air mata, dia berkata,”Ya Benar...” Omar diam sejenak, dan menundukkan mukanya ke tikar sembahyang sambil menyambung, “aku berharap agar kamu tinggalkan aku bersendirian di sini”

Fatimah diam, tetapi hatinya masih tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya yang boleh disifatkan sebagai terlalu ringkas.

“mungkin kekanda boleh menceritakan, apa sebenarnya yang sedang kekanda fikirkan?” Fatimah bersuara lembut dengan nada memujuk.

Dalam linangan air mata, sambil tertunduk muka ke tikar solat, Omar berkata, “sebenarnya, aku telah melihat pada diriku sendiri, bahawa aku telah dibebankan dengan sesuatu bebanan yang terlalu berat. Aku dibebankan dengan satu amanah untuk menjaga rakyatku yang tidak kira apa warna kulit mereka, apakah mereka miskin atau kaya. Sesungguhnya aku tidak tersanggup untuk memikul tanggungjawab ini”

Esakan tangisan Omar itu semakin deras, omar menyambung, “hanya Allah sahaja tempat aku mengadu. Aku berharap, agar Nabi Muhammad yang aku sayangi akan menjadi saksiku di akhirat nanti”, ungkapan Omar disertai dengan tangisan yang semakin lama semakin kuat kedengaran.

“aku terlalu takut jika aku tidak mampu menjawab dihadapan Allah. aku terlalu bimbang, jika Nabi Muhammad SAW tidak mahu menjadi saksi terhadap aduanku pada malam ini” sambung Omar dengan tangisan yang mengesankan jiwa orang yang mendengarnya.

Mendengar aduan Omar itu, isterinya Fatimah juga turut menitiskan air mata.

“pergilah kamu wahai Fatimah. Tinggalkan aku bersendirian disini, mengadu nasibku di hadapan Allah, tuhan yang aku rindui ini” sambung Omar ringkas.

ADUAN NASIB KEPADA ALLAH

Aduan nasib kepada Allah yang dilakukan pada waktu malam; satu pertiga malam merupakan amalan para orang yang soleh. Ia dilakukan kerana, pada waktu malam adalah waktu yang sunyi, yang sudah pasti dapat menjadikan hati manusia itu terlalu hampir dengan tuhannya.

Sebarang kesulitan dan kesusahan, sewajibnya dilaporkan kepada Allah. ini kerana, hanya Allah sahaja yang mampu menyelesaikan segala kekusutan dan kesengsaraan dalam menjalani kehidupan ini.

Keadaan inilah yang dilakukan oleh Omar bin Abdul Aziz yang melihat jawatan khalifah yang dipegangnya itu sebagai bebanan yang tidak termampu ditanggunginya.

Jika kita menyusul dengan kisah rumah tangga Tuan Guru Nik Abdul Aziz, di kala anak beliau yang bernama Ustaz Nik Adli ditahan dibawah tahanan ISA, Tuan Guru tidak pernah sekalipun datang menziarahi anaknya di Kem Kemunting kerana mahu memboikot kezaliman ISA.

Isteri Tuan Guru, iaitu Datin Tuan Sabariah tidak menyangka betapa kerasnya hati tuan guru sehingga sanggup tidak menziarahi anaknya yang ditahan dibawah kekuasaan pemerintahan yang zalim ini.

Pun begitu, Datin tuan Sabariah menyatakan bahawa, walaupun Tuan Guru dilihat seperti mempunyai hati yang keras, tetapi ternyata beliau mempunyai hati yang agak lunak ketika berhadapan dengan Allah di tikar sembahyang.

Datin Tuan Sabariah menyatakan, di suatu malam dia terdengar seperti orang yang teresak menangis. Didapatinya, Tuan Guru sedang berada di tikar sembahyang, dan tangannya sedang menekup mukanya sambil kedengaran dia sedang berdoa.

Dalam doa itu, kedengaran Tok Guru memohon pertolongan dari Allah agar diberikan ruang kasih sayang pada hati Perdana Menteri ketika itu, iaitu Abdullah Ahmad Badawi agar membebaskan anaknya yang bernama Ustaz Nik Adli, kerana tidak tahan kerinduannya terhadap anak yang disayangi itu.


Berkat dari doa yang dipohon oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tidak lama kemudian, anak lelakinya itu dibebaskan dari tahanan ISA yang teramat zalim.

Inilah jiwa yang lunak yang wujud dalam hati para solihin. Mereka amat mementingkan aduan kepada Allah melebihi aduan yang perlu dilakukan terhadap makhluk-Nya.

Mudah-mudahan kita juga dibilang dari kalangan mereka juga. Amin...

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Ustaz_bakistani@yahoo.com

Aug 20, 2009

AKU MEMILIH UNTUK AGAMA ALLAH…


Bismillahirrahmanirrahim…

Entri kali ini agak unik sedikit. Semoga sama-sama mendapat manfaat darinya..(^,^)v

saya memulakan entri ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada seluruh ummat manusia.

Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Sudah menjadi lumrah dunia, wanita solehah, dia adalah idaman semua muslimin di alam ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandangan matamu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Saya secara peribadinya, berdasarkan kepada hadith Baginda Rasulullah SAW itu, sangat-sangat mengharapkan agar bakal pemimpin diri saya suatu hari nanti dapat memahami maksud hadith ini dengan baik.. Ini kerana hadith tersebut bukan sahaja untuk memilih bakal isteri tetapi ia juga adalah sebagai guide line bagi semua wanita untuk memilih bakal suami @ pemimpin bagi diri masing-masing.


Secara ringkasnya, apa yang saya faham mengenai hadith Rasulullah SAW ini ialah, Islam telah mengajar kita bahawa, jika kita ingin menjadi orang yang beruntung (untung dunia dan untung akhirat) maka pilihlah dari segi Agamanya..


Jika seseorang itu memilih untuk tujuan harta yang di idamkan,


Muhasabah lah diri sendiri.. kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu yang telah dititipkan oleh ayahanda dan bonda. Seorang mujahidah solehah itu, tiada harta untuk dipersembahkan, melainkan hanya ketenangan yang mampu disediakan buat suaminya kerana dia memahami pada ayat Allah …


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang didambakan,


Dia keturunan bangsawan? Pahlawan? Jutawan? Dan wan-wan yang lainnya…setakat mana hebat dan mulianya keturunan yang dibanggakan itu? Sampai suatu saat nanti, akan lenyap juga bila sampai di dalam kubur.

ketahuilah jua bahawa kita adalah di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak. Kita adalah sama, dari keturunan ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s. Mulia seseorang itu disisi Allah hanyalah Taqwa..


”… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jua lah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160).

Kecantikan.

Memang tidak dapat dinafikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Manusia suka pada kecantikkan, itu lumrah..tidak boleh dinafikan.. namun, hanya iman dan ‘akal yang sempurna dapat membezakan kecantikkan kaca dan permata. Kalau dalam istilah geologi nya, antara quartz dan germstone. (^,^)

Pada pandangan peribadi saya yang lemah ini, jika kecantikan rupa yang di inginkan seseorang, dia sebenarnya telah tersalah langkah. Ini kerana menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata adalah suatu tindakan paling bodoh @ ayat lembutnya tindakan kurang cerdik. Mana ada manusia yang akan kekal cantik di dunia ini.

Bagi diri saya, kecantikkan dan kehenseman seseorang itu adalah bila mana dia berusaha dan berkorban tenaga, masa dan wang ringgitnya untuk menegakkan dakwah Islamiyyah ini, dan merelakan diri pasangannya untuk menjadi penolong untuk sama-sama membangunkan ummah. Pernikahan adalah medan pencarian ilmu sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Masing-masing kekurangan ilmu, jadi dengan pernikahan adalah suatu ruang atau medium yang baik bagi keduanya sama-sama menimba ilmu duniawi dan ukhrawi.

Baitul muslim yang dibina dijadikan medan mendapat keredhaan Allah bagi membentuk usrah muslim antara suami, isteri dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah SWT, Rabbul ‘Izzati. Alangkah cantik dan hensem nya pasangan yang mengejar redha Allah itu kan..

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Oleh itu, marilah kita sama-sama renungi FirmanNya ini, lalu kita akan tahu hakikat seseorang itu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’: 1)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’:34)

Hakikat perempuan yang penuh barakah

Hakikatnya, perempuan-perempuan yang penuh barakah itu adalah seperti yang digambarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua:

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya"

Saya pasti sahabat-sahabat perempuan saya di luar sana memahami akan konsep yang amat cantik yang diperkatakan oleh Rasulullah SAW ini. Saya juga seperti kalian semua. Kita tidak menginginkan hantaran yang bersusun-susun, mas kahwin yang tinggi yang hanya akan menyebabkan hati menjadi buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.

Cukuplah seandainya, mahar itu adalah sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana Qalam itu mampu memimpin rumahtangga dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Ingatlah, nilaian wanita yang penuh barakah adalah tidak ternilai harga maruah dirinya untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi.

Jadi, hakikatnya, apa yang perempuan-perempuan dambakan?

Bantulah dia dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk diri mereka menyempurnakan separuh daripada agamanya dan memberikannya kebahagiaan dunia dan akhirat. Sebagai contoh paling baik, lihatlah rumahtangga Rasulullah SAW, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Ini kerana AKU MEMILIH UNTUK AGAMA ALLAH…


.::. Ya Allah, gembirakanlah kami dengan redhaMu.::.

Aug 18, 2009

Salam Ramadhan



eyamujahidah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H..

Selamat menunaikan ibadah puasa!!! (^,^)v

Aug 15, 2009

Cemar hati hanya bersih dengan agama Allah SWT.


Oleh: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sesungguhnya Allah SWT perintah dengan wajib manusia supaya makan makanan yang toiyyib (halal). Dalam wahyu-Nya Tuhan letak dahulu larangan makan makanan yang tidak baik sebelum larangan bunuh manusia.

Seperti firman-Nya yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka antara kamu. Dan janganlah membunuh dirimu (membunuh diri dan orang lain); sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu." (Surah An-Nisa ayat 29)

Terdapat dua hukum dalam satu ayat; pertama larangan memakan harta dengan jalan tiada hak (batil). Tegahan kedua larangan membunuh sama ada membunuh diri atau membunuh individu lain.

Kedua-duanya larangan dalam perkara yang mungkar, tetapi Allah SWT letakkan larangan memakan harta dengan jalan yang tidak betul terlebih dahulu daripada larangan membunuh.

Susunan itu menunjukkan agama Islam mengutamakan masalah makan minum dengan cara diredai-Nya lebih dahulu daripada tegahan selainnya.

Sepaling jahat manusia itu tidak akan melakukan pembunuhan, kecuali mesti ada sebab alasannya. Pembunuhan dapat dikawal seandainya manusia dapat mengawal makan minum harta benda daripada penipuan dan pengkhianatan, pencurian serta rompakan.

Masalah harta menjadi kepentingan bersama dalam situasi terkawal itu, dengan sendirinya menutup punca krisis dan jenayah dalam masyarakat. Di sinilah kedudukan ajaran Islam itu adalah agama menyeluruh Allah SWT, tidak boleh di ambil hanya sebahagiannya dan mengabaikan selebihnya yang dianggap merugikan.

Wajib menerima sepenuhnya apa yang disuruh, meninggalkan apa jua yang diharamkan-Nya. Allah SWT letak dahulu larangan makan harta yang tidak baik daripada larangan membunuh, dengan tujuan membesarkan untuk menimbulkan rasa penting dan gerun di kalangan manusia dengannya.

Ini supaya mengutamakan rezeki yang halal selain memenuhi keperluan, ia juga untuk mendapat keberkatan daripada-Nya. Hanya Islam sahaja yang mempunyai ajaran 'berkat', ia ajaran agama yang mesti dijaga dan diawasi sepenuhnya. Ini supaya rezeki yang dimakan dan pakaian halal yang di pakai akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Harta di tangan manusia pada hakikatnya hak milik Allah SWT, justeru Dia mengingatkan manusia ditegah mengambilnya dengan cara yang batal. Harta kepunyaan orang lain boleh dimiliki hanya melalui cara yang diizinkn oleh syariat, iaitu dengan cara jual beli sesama reda atau sedekah.

Dikurniakan harta oleh Allah SWT kepada manusia sedangkan seluruh mereka menjadi anggota masyarakat, mereka mesti saling bekerjasama untuk mengambil manfaat daripada rezeki yang dikurniakan itu.

Sebagai anggota masyarakat mesti menjauhi tindakan ambil harta antara mereka dengan cara yang batal, pada hakikatnya mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Setiap daripada anggota masyarakat tidak upaya hidup sendirian, kerana semua keperluan hidup tidak dapat diadakan sendiri. Makan dan pakaian serta tempat tinggal saling bergantung dengan pihak lain.

Dengan adanya para petani di kalangan masyarakat, orang ramai dapat keperluan makanan terhindar daripada kebuluran. Dengan adanya para nelayan orang ramai dapat makan lauk ikan sebagai sumber protein.

Dengan wujudnya pengusaha pakaian orang ramai dapat menutup aurat, begitulah seterusnya dalam perkara penting lain yang diperlukan anggota masyarakat.

Apabila Allah SWT melarang melalui firman-Nya; jangan memakan harta sesama manusia dengan jalan batil, bererti mengajar orang beriman supaya hidup saling bekerjasama dan bersatu padu.

Inilah perpaduan sebenar yang diajar Allah SWT kepada manusia, ribuan tahun sebelum wujudnya kerajaan manusia dengan teori perpaduannya.

Begitulah kedudukan manusia sebagai anggota masyarakat, antara satu sama lain saling memerlukan mesti tali menali paut memaut.

Allah SWT melarang keras pembunuhan, kerana pada hakikatnya individu dibunuh itu ibarat dirinya sendiri. Dalam erti kata membunuh saudaranya sesama anggota masyarakat, yang saling memerlukan dalam kehidupan hariannya.

Kembali kepada persoalan makanan mesti dalam situasi halal, adapun mendapatkan makanan halal itu fardu daripada asas agama. Setiap sajian yang dihidang untuk diri dan keluarga, tentukan kehalalannya terlebih dahulu. Demikianlah yang dituntut oleh Islam.

Perkara adab kedua yang mesti dijaga sebelum makan ialah basuh tangan, juga tangan keluarga yang akan menikmati sajian itu. Basuh tangan sebelum makan bukannya adat resam atau budaya sesuatu bangsa, tetapi ajaran agama Islam.

Sekiranya waktu basuh tangan dengan niat menjunjung ajaran agama, semestinya tangan jadi bersih serta dapat pahala daripada Allah SWT pula. Allah SWT perintahkan basuh tangan sebelum makan, lantaran ia tidak sunyi daripada kekotoran sewaktu melakukan kegiatan harian di mana jua.

Membersihkan tangan dicuci dengan air, sementara pencemaran hati dibersihkan dengan ajaran agama Allah SWT. - lanh.


sumber: harakahdaily.net.


Aug 12, 2009

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku..


Wahai... Pemilik nyawaku...
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu...
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu..


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku..
Lindungiku dari putus asa..
Jika ku harus mati..
Pertemukan aku denganMu..


video

Bakteria yang degil, nyahkan dia dgn segera..wachaa!!!

>Stenotrophomonas (Xanthomonas) maltophilia

Originally called Pseudomonas maltophilia and later Xanthomonas maltophilia, this organism has now been placed separately within its own genus, Stenotrophomonas. It is a free- living, motile, gram-negative rod that is ubiquitous in the environment. In addition to being recovered from almost any clinical site, S. maltophilia can also be found as a contaminant in various inanimate objects, such as oxygen humidifier water reservoirs and cardiopulmonary bypass pumps. It occasionally causes opportunistic infections and is emerging as an important nosocomial pathogen, with an increasing number of nosocomial infections having been reported in recent years. Not only has infection increased, but the incidence of life-threatening infections is also significantly on the increase. In one study, a crude mortality rate of 43% was reported in all patients from whom the organism was cultured. Risk factors associated with death in these patients included placement in an intensive care unit, age older than 40 years, and a pulmonary source for the isolate.

S. maltophilia can cause a wide variety of disease, including pneumonia, bacteremia, endocarditis (typically associated with open heart surgery or intravenous drug use), cholangitis, urinary tract infection, conjunctivitis, mastoiditis, meningitis, and serious, traumatic or postoperative wound infections. The most common site of recovery is the respiratory tract, although in most patients these isolates do not appear to be clinically significant. The single most important predisposing factor for infection with S. maltophilia is a compromised immune system. In particular, mechanically-ventilated, intensive care unit patients receiving broad- spectrum antibiotics, especially imipenem, and having central venous catheters, are at increased risk of colonization and infection. In one study of cystic fibrosis patients, S. maltophilia had a prevalence rate of 10%, and, interestingly, all of the children were co-colonized with Pseudomonas aeruginosa.

Diagnosis

Stenotrophomonas maltophilia is a motile rod, which possesses multitrichous flagella. It can be easily distinguished from other pseudomonads by virtue of being lysine- and DNAse- positive and oxidase-negative. Rare strains have been found to be slowly oxidase-positive but have all of the other biochemical features characteristic of S. maltophilia. Colonies may appear pale yellow or lavender green on blood agar medium.

Treatment

An important feature in the rising incidence of infections caused by this organism might be its unique antibiotic susceptibility profile. It is inherently resistant to most of the commonly used antipseudomonal drugs, including aminoglycosides and many beta-lactam agents, and use of these drugs can favor colonization by the organism. All strains of S. maltophilia are resistant to imipenem by virtue of a zinc-containing penicillinase. In one study, patients treated with imipenem were 10 times more likely to be found among those infected with S. maltophilia than controls, and all of the fatal cases occurred in patients who had received imipenem. On the other hand, S. maltophilia is characteristically susceptible to trimethoprim-sulfamethoxazole, which is the antibiotic of choice in treating any infection caused by this microorganism.

Aug 10, 2009

Hari ini nak pakai warna apa ya?


Sekadar berkongsi ilmu kaunseling..hehe..

Warna Pakaian mengikut hari..untuk memberikan mood yang sesuai dengan diri anda.. (^,^)v


Isnin - Putih.

( hari isnin adalah hari yang penuh dengan keriangan..hati menjadi bersih dan badan menjadi segar setelah berehat pd hjg minggu..)

Selasa - Pink / Violet.

( hari ceria dan romantik..)

Rabu - Biru.

( penuh ketenangan dan sejuk..warna yang sesuai untuk dipakai dihari rabu,hari yang berada di tengah2 minggu bekerja)


Khamis - Kuning / Oren.

(semangat!!)



Jumaat - Hijau.

(yaumul jum'ah..penghulu segala hari..)



Sabtu - Merah.

(tenaga yang maksimum untuk keluar berjalan2 atau mengikuti program2...)



Ahad - Hitam.

( hitam itu bergaya...smart dan elegan..yeker?)




Cubalah pakai baju mengikut warna seperti di atas...anda pasti lebih yakin..insyaAllah..


Be Careful With H1N1 virus...

Be careful with H1N1. Virus tu very STRONG... Pesakit yang kena memang SUFFER nak RECOVER... NO VAKSIN.. Cuma ada Anti-Viral & Psylogi Mental pesakit itu sendiri untuk MELAWAN.

Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat.

Second Stage

Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena... Masa ni kena kuarantinat hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena.. Hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.

Critical Stage

Lung infection. Bila X-Ray we can see the virus covered the lung. Very scary bila tengok x ray Pesakit H1N1. At this stage pesakit need oksigen with highest level, Strongest Anti-Vral.. very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, immune badan pesakit.

Very H1N1 ni genius virus.. Can HIDE in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is RM1k above. Unable detected in blood as well.. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better WEAR MASK when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec 2009.

So far, hanya lelaki dewasa can fight the virus....
woman might be 70%, children most probably payah nak lawan virus ni.Take care You & Your Family.

[Note : Kepada para Bloggers friends, forwardkanlah PERINGATAN ini untuk semua kawan-kawan kita yang lain. Sesunggunya, H1N1 ini merupakan satu bala dari Allah untuk mengingatkan kita kembali kepadaNYA]

Aug 6, 2009

Last words from Rasulullah SAW..listen everyone..

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah, bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

video

(Ya Rasulullah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia..kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah...

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu...



Aug 5, 2009

Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat Keluargaku

Alhamdulillah... sempat juga saya menyimpan gambar2 dari majlis bacaan yaasin dan solat hajat keluarga saya baru2 nie.. mujur tidak terdelete lagi gambar2 tersebut.

Saya berasal dari keluarga yang besar, jadi jika nak buat satu2 majlis, panggil seluruh ahli keluarga pun sudah penuh satu rumah..hehe...

terima kasih kepada semua yang datang pada malam tersebut..adik beradikku, abang2 dan kakak2 ipar serta adik iparku, dan anak2 saudaraku yang comel.. (^,^) moga kita semua mendapat keberkatan dan naungan kasih sayang Allah swt...









nana and mak uteh... (^,^)v

Dont Be Afraid..Allah sedang menguji kamu..

Assalamu'alaikum sahabat2 semua,


selepas habis menguruskan beberapa hal penting untuk persediaaan program MAWAR hujung minggu ini dan selesai menemani student2 3rd year ke fieldwork di Bidor semalam, barulah saya sempat untuk menyinggah ke blog sendiri....
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

Alangkah dha'if nya diri saya, blog sendiri pun jarang2 dilawati..mujur ada sahabat yang sms dan mengingatkan. syukran ya soheebul kareemah..


walaupun diri agak kelam kabut sedikit dan terkejar-kejar..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

dengan penulisan paper, thesis, menyusun data hasil bleaching clays, mengemaskini lecturer notes yang xterkemas2, design buku cenderamata, mencari2 moderator untuk forum remaja, urusan family-day dan etc.. namun saya bersyukur kerana Allah memberikan saya sahabat2 dan teman yang senantiasa berada disisi, memberikan semangat, kekuatan dan membantu saya dalam segala hal.. arigato gozaimaste!!
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

ini mengingatkan saya, walau dalam sendirian, saya ada pembantu2 yang dihantar kepada saya. Terima kasih Ya Allah...


Mak selalu berpesan pada saya bila dia melihat anaknya seperti mengalami sindrom 'moral down'..hehe


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot


"Jangan takut, Allah akan sentiasa memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka yang sabar. Ujian itu tanda Allah sayang pada kita, Lagi kuat kita kepadaNya, lagi kuat kita diuji..."


~Allah sedang menguji saya dengan MASA...semoga saya dapat melepasi ujian tersebut..Amin..



I am not afraid to stand alone

By Native Deen

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Boling Nisa' Kuala Langat..



Seronok nyer dapat main boling dengan sahabat2 nisa' Kuala Langat ku...

Smoga ukhuwwah fillah kita abadan abada...insyaAllah... (^,^)v

FutSal & BBQ Nisa' Kuala Langat...santai bersama adik2 teencircle