Jul 31, 2009

Saya benci kezaliman...anda??

Akta Keselamatan Dalam Negeri a.k.a ISA...

apa yang BAGUS sangat dengan akta yang terdiri daripada 3 huruf ini..??

Ia sudah tentu BAGUS sebab dia MEMISAHKAN kasih seorang ibu dengan anak....


[ ibu kepada Mat Sah Mohamad Satray(individu yang telah ditahan di bawah ISA sejak lebih 7 tahun yang lepas) telah kembali ke Rahmatullah, ibu yang menyayangi anaknya itu tidak sempat melihat anaknya dibebaskan. Mat Sah Mohamad Satray ditahan tanpa bicara atas kesalahan yang beliau sendiri tidak tahu. Beliau dituduh sebagai seorang Ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang boleh memberi ancaman kepada negara. Ibu nya menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa anak disisi...dipisahkan oleh kezaliman ISA pada jam 8.30 pagi 27 Mei 2009 ]

Ia BAGUS sebab sampai ke hujung nyawa pun, anak tidak dapat bertemu dengan ayah tersayang...




[ Saudara Shahrial Sirin (masa itu tahanan ISA, sekarang dibebaskan tetapi di 'deport' ke Indonesia) tidak sempat mendampingi anaknya, Aina Mardhiah yang nazak. Beliau hanya tiba dari kem kamunting setelah anaknya meninggal dunia...setelah jatuh sakit selama lebih 48 jam.]

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3738.8


Sangat BAGUS sebab ISA menangkap mereka2 yang 'dipercayai' atau 'dituduh' melakukan jenayah, tetapi tidak diberikan hak untuk dibicarakan...so, tangkap orang sesuka hati.. BAGUS BANGAT SIH..

Ada tahanan yang ditahan dibawah akta ISA ini bertahun-tahun sehingga lebih 7 tahun seperti Mat Sah? Apa kesalahan mereka ya? adakah mereka merompak? mereka membunuh? mereka mengangkat senjata? mereka menyeludup dadah? Kalau ya, buktikanlah kesalahan mereka..bicarakan mereka.. Ini tidak, kesalahan mereka tidak pernah dibicarakan mahupun dibuktikan tetapi mereka didapati bersalah dan dihukum bertahun-tahun.

Dalam tempoh itu, anak membesar, ibu meninggal, ayah telah pergi...isteri bercerai. Siapakah yang bertanggungjawab??

Sebab itulah undang-undang begini...ISA tidak boleh dibiarkan wujud...

Manggunakan alasan 'Menjaga keselamatan negara' tidak membenarkan kezaliman dan ketidakadilan sewenang-wenangnya. Matlamat tidak menghalalkan cara...

tetapi tidak perlulah kita pening2 kepala sebab kerajaan UBN dah memang begitu caranya...
Hanya kerana ianya undang-undang sah, maka apa sahaja boleh dilakukan walaupun menzalimi, menyeksa dan mencabuli hak insan..dan UBN nie xperlu risau, sebab mereka ada lembaga2 berkepala merah ini untuk melindungi mereka dari suara2 rakyat yang mereka geruni...


Tapi kita jangan merasa takut dan bersedih hati kerana kerajaan yang zalim akan sampai masa nya nanti jatuh tersembam menyembah bumi...contoh zaman dahulu kala dah banyak..lihat sejarah peradaban manusia..

Jom, jadilah sebahagian daripada golongan yang menentang akta zalim ini. Siapa yang dikatakan golongan penentang akta ini??

- Mereka yang turun berdemo pada 1 ogos ini di Kuala Lumpur.

- Mereka yang mengorbankan tenaga,wang ringgit dan masa untuk memastikan isteri,suami,anak2,jiran tetangga, kaum kerabat dan seluruh warga Malaysia untuk sama2 turun ke himpunan pada 1 ogos ini.

- Mereka yang menyampaikan dan menyebarkan berita,risalah, blog,laman web dan maklumat2 bukti2 kekejaman dan kezaliman akta ISA ini kepada sesiapa sahaja sehingga ke seantero dunia.

- Mereka yang tidak putus2 berdoa dan memohon supaya Akta ISA ZALIM ini dimansuhkan dan dilenyapkan dari muka bumi Allah ini.

p/s: jika sekiranya anda tiada daya dan kekuatan untuk melakukan perkara2 diatas, paling tidak tanamkanlah perasaan benci dan tidak suka kepada akta ISA ZAlim ini ke dalam diri anda sendiri.. Jangan Biarkan diri anda bersama2 dengan kezaliman...na'uzubillah...saya tahu anda tidak begitu..


Firman Allah,

"Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat (neraka)." (40:52)


"Mereka (tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi zalim) itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya." (3:87)


Jul 29, 2009

Terperangkapkah anda??

(sekadar gambar hiasan)


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata,

"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok pada mulanya, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.

"Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, ZINA tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, seks sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, HIBURAN yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup, AMALAN RASUAH menjadi satu kebiasaan, dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham murid-murid?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .

"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan melalaikan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. mereka telah banyak mengalami kekalahan dalam peperangan. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran masing-masing di kepalanya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Beringatlah sahabat-sahabatku semua...ingatan ini juga buat diriku..

MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...


MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN,HIBURAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..


ALLAH TAK TANYA KAMU BERJAYA ATAU TIDAK, TAPI ALLAH TANYA KAMU BUAT ATAU TIDAK.


INGAT!!


KITA UMMAT AKHIR ZAMAN..

SEDARKAN KAWAN2 DISEKELILING ANDA…



TIDAK KIRA APA LATAR BELAKANG SEKALIPUN..JANGAN SEMPITKAN DAN MEMILIH SASARAN DAKWAH KITA.


KENAPA??


HEY..SEBABNYA ISLAM FOR ALL… (^,^)v



Jul 28, 2009

Where is the UMMAH?? where is my brothers n sisters??


Surah al-Saff ayat 10 – 12:


Maksudnya:


“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman ( syurga) yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.”



Imam Hassan al-Bana:


“Islam mewajibkan jihad ke atas penganut-penganutnya bukanlah bertujuan untuk mencari permusuhan di antara sesama manusia. Bukan pula untuk membuka jalan ke jurang tamak dan haloba kepada harta benda dunia secara merampas dengan kekerasan. Sebaliknya jihad itu diwajibkan semata-mata bertujuan untuk menjamin keamanan dan perdamaian dengan menunaikan perutusan agama yang diamanahkan Allah ke atas diri tiap-tiap muslim. Amanah menyampaikan risalah agama yang memberi petunjuk kepada manusa menuju ke arah pintu gerbang keadilan dan kebenaran.”



video

Jul 27, 2009

Syaaban Bulanku - Rasulullah Sallallahu'alaihi wasallam

Bismillahirrahmanirrahim...


Sedar tak sedar, bulan Rejab telah pun berlalu pergi meninggalkan kita, dan kini Syaaban pula menjengah tiba, menuntut keperluan hakiki seorang manusia. Bulan Syaaban merupakan bulan kelapan dalam taqwim Islam, dan bulan yang dikenali sebagai bulan Nabi Muhammad saw.

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

”Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa”

Apakah antara peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan ini?

Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat solat manusia daripada masjid al-Aqsa di Baitul-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya:


''Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersolat berkiblatkan BaitulMaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar".

Justeru,mari kita memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini:



Puasa sunat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban”
(hadis riwayat Bukhari)


Ia juga sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan untuk kita menunaikan puasa wajib pula.

Banyak melakukan amalan taqwa dan taat.

Menahan dan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan dosa.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


" Barangsiapa mengagungkan bulan Syaaban dan bertakwa kepada Allah s.w.t. dan melakukan ketaatan kepadanya dan menahan diri berbuat maksiat, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan memberi keamanan kepadanya dari kemalangan-kemalangan mahupun penyakit-penyakit yang terjadi pada tahun itu seluruhnya ".

Menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan ibadat-ibadat.

seperti membaca Al-Quran, bertaubat, beristiqafar, berzikir dan sebagainya.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:


" Barangsiapa menghidupkan malam daripada dua hari raya dan malam pertengahan daripada bulan Sya'ban, hatinya tidak akan mati, manakala hati-hati orang lain mati ".

Memperbanyakkan sembahyang-sembahyang sunat.

seperti sembahyang sunat hajat, sunat tahajud, sunat taubat, sunat tasbih dan lain-lain lagi.


Bersedekah.

bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim.

Melakukan amal-amal kebajikan serta memohon keampunan dua ibu-bapa.
Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Memohon restu kehadrat Allah s.w.t. semoga terhindar dari segala bala bencana, mala petaka dan huru-hara bagi diri sendiri, ahli keluarga, kaum muslimin dan muslimat, bangsa dan negara.

Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. disetiap bidang amal kebajikan yang kita laksanakan.


Beramal lah menurut keimanan masing-masing kalau tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya, lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal-amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, kerana yang akan pergi tidak pulang lagi.


“ Sesiapa yang menghendaki(dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikkan dunia itu (sekadar yang kami tentukan) dan ia tidak akan memperolehi sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”
(Surah as-Syura: 30).



Jul 22, 2009

MAMIP 2009...Here i come!!!

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (3: 190-191)



















This is the image from SEM showed to us the sheets of kaolinite minerals. Its beautiful.. isn't it? (^,^)

Praise to Allah The Almighty..

Mineral kaolin ini sungguhpun nampak berkeping-keping dan seperti tiada nilai, akan tetapi setiap kejadian dan ciptaan Allah itu tidaklah dijadikan untuk sia-sia...

barang2 seramik yang kita ada dirumah, plastik, simen yang dibancuh untuk dijadikan konkrit bangunan2, pasu bunga anda, bedak wangi yang selalu wanita2 'tepek' kat muka mereka dan sebagainya adalah terdiri dari campuran mineral kaolin ini...menarik kan...itulah ilmu Allah..Dia Maha Bijaksana dan Maha Hebat..

Jul 20, 2009

As-Syahid Idol (July): Amro Nabhan Al Rantisi


Amro Nabhan Al Rantisi















Like father like son...

Name: Amro Nabhan Al Rantisi.

Rank: fighter.

Martyrdom date: June 12th 2007

Amro was born in Macrh 13, 1986 in Khanyounis Camp. His family was known with its dignity. His roots came to the occupied city "Yebna".

His friends loved his smile and his decency character. He finished his primary and preparatory study in the UNRWA schools. Then he finished his secondary school. He insist to study the medicine in Egypt.

After two weeks, he sent an E-mail to his parents that he want to came to Gaza strip. He saw some insurgences in some areas in Egypt. He joined to the Islamic block and worked as a responsible for it in the polytechnic college.

In Al Qassam Brigades

He was qualified to be a mujahid in the lines of Ezzedeen Al Qassam Brigades. His leadership agreed to joined him to the brigades after his persistence. He participated his friends the firing of mortars, firing rockets, and planting the land bombs to the Zionist tanks.

His home was the nearest one to the Zionist settlement "Atsmona". He was careful to monitor the gate. His friends called the gate "gate of Amro". He was argue with one of his friends in his home, who will martyr before the other.

The martyrdom

The traitors who were called themselves in the Gaza strip the security forces, kidnapped him near his home. His mother felt that something has happened to her son.

She harried to ask her sons' friends about him. The next day, they founded his body near the school in front of his house. The traitors killed him for the sake of the Zionist entity.




Jul 19, 2009

Kematian MJ, Pembunuhan Marwa & Muslim China



Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY


Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

video

THAILAND & URUMQHI CHINA

Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan,mengutuk tindakan China secara terbuka, malah menyeru pemboikotan barangan dari Negara China, selain itu menawarkan visa bagi pemimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer. Kita masih menunggu sebarang kenyataan dan tindakan pimpinan Negara kita.

Dalam kejadian terbaru di Urumqi dalam wilayah Xinjiang, dianggarkan 1,000 hingga 3,000 penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Rakyat. Mereka membantah kematian beberapa pekerja kilang alat permainan akibat perkelahian antara kaum Uighur dengan kaum Han China pada 25 Jun lalu.

Angka kematian akibat pergaduhan antara penduduk Han Cina dan Islam Uighur meningkat kepada 184 orang. Menurut laporan BBC yang berat sebelah melaporkan bahawa jumlah kaum Han yang terbunuh adalah lebih besar dari penduduk Muslim, malah diprovok dengan laporan sebahagian yang terbunuh adalah wanita. Sedangkan sumber-sumber lain mengatakan jumlah sebenar kematian penduduk Muslim tidak didedahkan dengan sebenar.

Situasi buruk itu kelihatan berubah sedikit demi sedikit sehingga kelihatan berubah menjadi tindakan penghapusan etnik, keadaan ini memaksa majoriti umat Islam meninggalkan kawasan tersebut agar tidak disakiti dan dibunuh.

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur.

Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.

DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM

Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.

KESIMPULAN

Semoga kita lebih celik dengan beberapa peritiswa hitam dan pembunuhan zalim terhadap umat Islam. Penindasan umat Islam kini berada di mana-mana. Kami yang berada di UK sebenarnya turut merasai sikap perkauman yang diamalkan oleh warga Britain ini. Sebuah akhbar Islam di UK, pernah melaporkan lebih 50% pelajar Islam di sekolah-sekolah seluruh UK mengalami pengalaman dicerca dan diejek dengan bahasa perkauman dan kebencian kepada Islam.

Anak saya sendiri pernah mengalaminya ketika berada Wales dan juga di Leicester. Tudung yang dipakai oleh anak perempuan saya pernah diejek budak lelaki tahun 5 sebagai ‘ayam'.! Cermin tingkap rumah seorang rakan saya pernah dibaling batu oleh beberapa orang budak sekolah, demikian juga cermin belakang kereta MPV Honda saya yang pecah akibat sifat perkauman ini. Ini adalah web yang sangat baik untuk memberikan informasi berkenaan kezaliman yang berlaku kepada Muslim di seluruh dunia, di barat khususnya.

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt :-

Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.

Sekian

Zaharuddin Ab Rahman

www.zaharuddin.net

13 Julai 2009


Jul 17, 2009

Muhasabah diri sendiri yang leka


on Tuesday, July 7, 2009


ALLAH nak buktikan yang kita ini adalah HAMBA..

Salam perjuangan buat semua sahabat,

Benarlah apa yang telah diperingatkan oleh Kekasih Agung kita, Muhammad SAW bahawa 2 nikmat yang manusia selalunya lalai dari keduanya iaitu nikmat kelapangan masa dan nikmat sihat.

Islam mengajar kita supaya menyusun setiap tindakan yang ingin kita lakukan dengan baik serta mengikut keutamaan. Kerja yang bertangguh adalah perkara yang tidak digalakkan di dalam Islam sementara gopoh pula ada pekerjaan syaitan serta ketenangan itu dari Allah SWT.

Memanafaatkan masa terluang dengan perkara berfaedah akan menjadikan kita dapat mengukur kejayaan hidup sendiri. Sejauhmana kita mampu melonjak untuk menggapai kejayaan duniawi dan ukhrawi adalah sebenarnya terletak kepada sejauhmana kita berjaya memanafaatkan masa.

Para ulama' telah mencadangkan agar kita membahagikan masa kepada :

Pertama ; sebahagian untuk ibadah,ilmu,zikir serta ketaatan kepada Allah SWT.

Kedua ; untuk bekerja mencari rezeki yang halal untuk diri dan tanggungan.

Ketiga ; untuk kerehatan tubuh serta muhasabah kearah peningkatan kualiti hidup.

Nikmat kesihatan juga penting. Saya sendiri sudah 6 hari sakit belakang. Pergerakan jadi susah dan payah. Terperap di rumah adalah sesuatu yang memeritkan jiwa. Namun kesakitan ini memaksa tubuh direhatkan.

Terkenanglah di saat ini nikmat kesihatan kurniaan Allah yang sangat berharga dan tiada nilai setaranya.

Di waktu ini kita baru faham kenapa Rasullah suruh kita berebut nikmat kesihatan. Rupanya sihat ni nikmat yang sangat manis dan mahal harganya. Betul juga kata ulama' ; waktu sakit macam ni baru terasa sihat begitu berharga. Waktu sakit macam inilah terasa rugi tidak dapat beribadat dengan sempurna dan lain-lain.

Apa yang penting, bila Allah uji kita dengan sakit, kita di suruh sabar dan selalu muhasabah diri. Sakit adalah ujian Allah untuk hapuskan dosa kita yang lalu. Syaratnya sabar dan hisab yakni renung jauh ke dalam diri :

Pertama : Allah jadikan kita sakit sebab nak suburkan jiwa kehambaan dalam diri kita. Firaun hanay bersin sekali seumur hidupnya dan tak pernah sakit. Sebab itu, akhirnya dia mengaku jadi Tuhan!. Bila sakit kita sebut aduh!..aduh!..sepatutnya kalau dah kuat sangat tak payah berbunyilah. Inilah lemahnya kita sebagai hamba.

Kedua : Allah nak kita tawadhuk dan jangan sombong. Sebab tu Allah tunjukkan lemah kita di mana.

Ketiga : Sakit juga dapat angkat darjat kita dari Muslim biasa kepada Mukmin yang sabar dengan taqdir Allah serta redha pada ketentuan Allah SWT.

Keempat : Waktu sakitlah kita kena renung dosa-dosa yang kita dah lakukan pada Allah. Moga Allah pelihara aib kita semua dunia akhirat.

Kesimpulannya ; kita buat pahala lumayan dengan sakit yang menimpa kita.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------





















~p/s: saya tersentuh bila membaca tulisan Ustaz Yussaine ini. Muhasabah untuk diri sendiri yang sentiasa lalai dan leka...

1) Lupa nak jaga kesihatan diwaktu sihat..sekali dah sakit..baru rasa bersalah dengan diri sendiri.

2) Kena jaga sentiasa HAK ALLAH dalam diri kita. Bangun malam tahajud pun dah berat bila sakit. sepatutnya masa sakit nie lah banyakkan mengadu dan mohon pertolongan pada Allah...

3) Jadual hidup tidak tersusun dengan baik. sepatutnya dapat je tugasan,terus masukkan dalam schedule/kalendar diri dan susun elok2..kena lihat mana yang terpenting,penting dan kurang penting..

4) Kurang menjaga hak sesama manusia..sepatutnya saya kena selalu ingat ini : "Lupakan kebaikkan kita terhadap orang lain,lupakan keburukkan orang lain terhadap kita. Dan ingat keburukkan kita terhadap orang lain dan kebaikkan orang lain terhadap kita"

5) Saya kena tahu dan memahami hak diri saya sendiri..sayangi diri sendiri juga penting. Seorang Da'ie yang bijak adalah mereka yang bijak menjaga dirinya sendiri,kesihatan fizikal dan mentalnya supaya ia dapat menyumbang yang terbaik untuk Islam.


"Sesungguhnya solatku,ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah..."


Muhasabah yang tidak berkesudahan supaya diri yang kerdil lagi hina ini layak bergelar Hamba Allah ...

eyamujahidah,

(1.27pagi, 17 Julai 2009)

Jul 16, 2009

Iklan GizzaHasanah

GizzaHasanah merupakan satu usaha bersama antara kakak saya,saya dan sahabat saya. Selain menyediakan makanan dalam bentuk bungkusan, kami bergerak maju setapak lagi untuk memperkenalkan kepada antum2 semua kepada produk biskut kami. Untuk produk makanan yang terbaru nie, GizzaHasanah telah memasarkan 1 produk biskut. Biskut Semprit istimewa. kenapa istimewa? sebab ia HomeMade dan dijamin sedap dan yang pastinya Halal. Kami memasarkan 3 jenis biskut semprit:

1) Biskut Semprit Hijau Itu Indah.







































2) Biskut Semprit Coklat.









































3) Biskut Semprit Bunga Vanilla.








































Harga pula murah jer...

~ RM20 untuk 1 botol besar (100 biji).
~ RM15 untuk 1 botol kecil (50 biji).

Rasanya?? InsyaAllah, sedap..setakat ini semua sahabat2 yang dah menempah dan merasa nya amat berpuas hati. (^,^)



Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh menghubungi talian:

013-6249072 atau 012-7704998

atau emailkan tempahan anda ke:

gizzahasanah@gmail.com

anda boleh layari laman blog kami di : www.gizzahasanah.blogspot.com
(untuk makluman, laman ini dalam pembinaan untuk di 'upgrade'...Harap Maklum)

v(^,^)v


p/s: untuk tempahan biskut Almond London GizzaHasanah dan Tart Nenas & Kurma akan dibuka dalam masa terdekat, InsyaAllah...

Hari-hariku di Museum Geologi


Bersempena Open Day Fakulti Sains & Teknologi UKM 2009.


Sepanjang 3 hari yang lepas, saya telah diberi tugasan untuk menjaga Muzeum Geologi. Sungguh tidak ku sangka rupanya mencabar juga menjadi urusetia penerangan dalam Muzeum tue.. Ramai pelawat yang datang sepanjang 3 hari tersebut..pelajar2 sekolah rendah, menengah, ipt2, kakitangan ukm, fst, dan pak guard a.k.a unit keselamatan ukm pun turut sama melawat muzeum geologi...

bagi yang xberkesempatan untuk melawat, agak rugi juga lah sebab memang susah untuk dapat peluang melawat muzeum geologi nie... sebabnyer muzeum geologi ni jarang sekali dibuka untuk lawatan. setiap minggu, hanya 1 hari sahaja ia dibuka dan itu pun jika petugas muzeum tu rajin nak buka. kalau x, memang xbuka langsung.

Dan ia juga hanya dibuka pada2 hari2 yang ade aktiviti2 fakulti seperti Open Day nie lah..so, bagi yang xberkesempatan untuk melawat, berdoa lah fst akan ada lagi buat program berbentuk akademik seperti Open Day nie.. (^,^)

Erm..macam2 gelagat,karenah dan reaksi pelawat2 sempat saya perhatikan sepanjang saya berada di muzeum geologi tue.. Ade yang ketawa, terkagum, menjerit, muka xde perasaan, ketakutan, melopong, yang saya suka lihat, ada yang tidak berhenti-henti memuji ciptaan Allah dengan mengucapkan "Subhanalllah..." setiap kali melihat kecantikkan mineral dan batuan disini..dan yang paling banyak sekali adalah aksi berposing depan kamera terutamanya bergambar bersama-sama fosil2 yang ada...hahaha..kelakar pula saya memerhatikan gelagat mereka. tapi, gembira juga sebab mereka akhirnya dapat didedahkan dengan dunia sains geologi yang sebenarnya...kerana kebanyakkan dari pelawat memberitahu bahawa selama ini mereka faham yang geologi ini hanya belajar geografi semata2...ish3,ade ke patot(saya bercakap dlm ati jer la..)


nampak x mineral Au a.k.a emas kat batu tu? sape xnampak alamatnyer.....hehehe..

nie gambar jarak dekat plak...tp maaf le agak blur sket gambar nie...terlupe nk zoom..hehe

Batuan-batuan yang memiliki mineral bersifat berpendaflour...seperti Calsite dan Wollamite.


pelbagai jenis batuan boleh dilihat dan diamati di museum ini...SubhanAllah..


Antara mineral-mineral yang dipamerkan...


Last but not least....inilah dia Abg homo sapien yang menjadi tarikan kepada semua pengunjung2 muzeum geologi...siap ade yang cakap, "Abang HomoSapien yang sebelah kiri tu nampak hemsem la.." ish3..ade ke patot...memaen je bebudak nie..

Jul 10, 2009

IMPIAN UMAR TERHADAP ANAKMU




Oleh: Saifulislam.com

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka,

“nyatakan harapan kamu!”

Salah seorang daripada mereka berkata,

“impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi,

“nyatakan harapan kamu!”

Seorang lagi sahabat berkata,

“impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga,

“nyatakan harapan kamu!”

Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata,

“kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata,

“harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Benar.

Semoga Allah mencucurkan redha dan rahmat-Nya kepada ‘Umar. Beliau sesungguhnya tahu apakah sebenarnya tunggak sebuah tamadun, bagaimana misi yang besar boleh Berjaya dan bagaimanakah ummah yang mati boleh dibangkitkan semula.

Walaupun sebuah negara dengan wawasannya memerlukan sumber untuk berjaya, mereka terlebih dahulu memerlukan manusia yang merancang dan menguruskan sumber-sumber itu. Malah di antara segala keperluan sebuah negara, keperluan tertinggi ialah pada lelaki-lelaki sejati, tunggak ummah berdiri.

Sidang Jamaah yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya lelaki-lelaki tulen itu amat sukar untuk dicari, sebagaimana sukarnya mencari intan dan permata. Kerana itu, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:

“Lelaki berkualiti seperti unta hanya satu dalyang mampu menanggung beban yang berat untuk perjalanan yang panjang, kamu sukar untuk menemuinya sebagai satu dalam seratus” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sejarah membuktikannya.

Catatan-catatan hebat di sepanjang sejarah itu berlaku bukan ketika umat bertemu permata berharga yang tidak pernah ditemui sebelumnya. Tetapi umat akan mencapai kegemilangan seiringian dengan kemunculan manusia-manusia hebat seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Muhammad al-Fatih pembebas Constantinople.

Impian ‘Umar al-Khattab itu adalah sebenar-benar impian yang juga diimpikan oleh lelaki tulen yang hebat sepertinya.

Sidang Jamaah rahimakumullaah,

Lelaki tulen yang bagaimanakah yang kita impikan?

Apakah yang bermisai lintang atau muka dihias jambang?

Pelanggan tongkat ali atau penagih kopi keras malam dan siang?

Jika itulah ukuran ketulenan seorang lelaki, kita sudah memiliki cukup ramai lelaki yang sedemikian itu.

Sesungguhnya kehebatan seorang lelaki, tidaklah ditentukan oleh usia. Di sana terdapat ramai sahaja lelaki yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun. Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit cubaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.

Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap di dalam tubuh manusia dewsa.

Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kejantanan hakiki.

Di dalam satu peristiwa, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu telah lalu berdekatan dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang sedang bermain. Mereka bertempiaran lari semasa melihat kelibat ‘Umar kecuali seorang iaitu ‘Abdullah Ibn al-Zubayr radhiyallaahu ‘anhu. Lalu ‘Umar bertanya kepadanya,

“mengapakah kamu tidak lari bersama kawan-kawanmu?”

Beliau berkata, “Wahai Amir al-Mu’minin, aku tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk aku takut kepadamu dan jalan ini juga tidak sempit. Ruang yang ada cukup untuk engkau lalu!”

Begitu juga di dalam suatu peristiwa, seorang anak remaja masuk ke istana mengadap salah seorang Khalifah Bani Umayyah, untuk bercakap mewakili kaum kabilahnya. Khalifah berkata,

“carikan lelaki yang lebih dewasa untuk mewakili kaummu!”

Budak lelaki itu berkata, “wahai Amir al-Mu’minin, seandainya kepimpinan ditentukan oleh faktor usia, maka di sana ada lebih ramai orang lain yang layak menjadi Khalifah selain engkau.”

Ini adalah sebahagian daripada catatan sejarah yang memaparkan tentang kualiti jati diri dan kejantanan sebenar yang ditonjolkan oleh manusia yang hebat biar pun pada usia yang masih muda.

Sesungguhnya ketokohan seseorang itu tidak pernah ditentukan semata-mata oleh tubuh yang besar dan sasa.

Allah SWT mengungkapkan tentang perspektif orang-orang Munafiq di dalam firman-Nya:

“Apabila engkau melihat mereka, engkau akan berasa takjub dengan penampilan tubuh badan mereka” [al-Munafiqun : 4]

Abdullah ibn Ubai ibn Salul, ketua kaum Munafiq ini mempunyai tubuh badan yang hebat dan berpakaian dengan pakaian yang mengagumkan. Beliau dan kaumnya berasa bahawa penampilan itu mampu menyembunyikan kejelekan diri mereka yang sebenar.

Tetapi di dalam sambungan ayat ini, Allah memberikan ungkapan yang sangat tepat tentang hakikat mereka ini:

“Sedangkan mereka itu tidak ubah seperti kayu reput yang tersandar di dinding” (Al-Munaafiqoon: 4)

Ada manusia yang tersalah memandang, menyangkakan bahawa kayu itulah yang menampung tegaknya dinding. Hakikatnya kayu itu langsung tidak mempunyai sebarang makna. Tersandar menunggu reput dimamah hari.

Di dalam sepotong hadith Sahih yang lain, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“seorang lelaki berdosa yang bertubuh sasa di dalam hidup, tidak mempunyai sebarang nilai pada timbangan Akhirat walaupun pada kadar seekor nyamuk.”

Lalu Baginda membacakan firman Allah:

“ Mereka orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang nilai di Akhirat nanti pada timbangannya” [al-Kahf : 105]

‘Abdullah ibn Mas’oud merupakan seorang lelaki yang ‘dhaif pada tubuh badan. Pada suatu hari salah satu kakinya tersingkap hingga kelihatan betapa kurusnya kaki itu. Sebahagian sahabat yang melihatnya ketawa. Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Kamu mentertawakan kakinya yang kurus, tetapi aku bersumpah demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kaki-kaki itu lebih berat di Akhirat nanti berbanding Gunung Uhud!”

Sidang Jemaah sekalian,

Usaha untuk melahirkan manusia yang memiliki jati diri sejati di era ini adalah suatu cabaran yang sangat besar. Setiap anak yang lahir, mereka memiliki fitrah dan potensi yang sama. Akan tetapi ramai yang terjebak ke kancah kesilapan apabila membiarkan kemewahan dan kesenangan hidup merosakkan potensi ini hingga menjejaskan personaliti mereka.

Kembali kepada persoalan utama, apakah tindak tanduk kita yang membunuh potensi itu, dan apakah tindak tanduk kita yang boleh membangunkan potensi berkenaan?

Di mimbar Jumaat ini, kita rumuskan beberapa amalan yang terdapat di dalam Islam, khusus untuk membina jati diri anak-anak kita agar mereka membesar dengan nilai peribadi dan kematangan yang optimum:

Pertama: Gelaran

Di dalam Sunnah, banyak dipaparkan contoh bagaimana anak-anak diberikan gelaran Abu oleh Rasulullah sallaahu ‘alayhi wa sallam. Biar pun kanak-kanak ini masih kecil, tetapi gelaran Abu itu menyuntik nilai kedewasaan pada anak-anak ini.

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana beliau mempunyai seorang adik yang masih kecil, baru sahaja belajar menjamah makanan pejal. Dia digelar Abu ‘Umair. Apabila adiknya ini ada bersama Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam akan berkata,

“Wahai Abu ‘Umair, apa yang Nughair sedang lakukan?” (Nughair itu adalah seekor burung kecil yang sering menjadi permainan Abu ‘Umair itu). [Hadith riwayat al-Bukhari]

Di dalam amalan kita yang mungkin penggunaan gelaran Abu atau Ummu itu agak janggal, terdapat amalan yang biasa dilakukan dengan motif yang sama. Anak-anak diberikan gelaran Abang Long atau Yop, Uda, Alang dan lain-lain, yang mana penggunaan gelaran ini kepada anak-anak membantu mereka untuk cepat berasa dewasa dengan sifat keabangan dan tanggungjawab.

Amalan seperti ini harus diteruskan dan hindarkanlah memberi gelaran yang membantutkan rasa kedewasaan anak-anak ini seperti Anje, Bucu, Boboi atau Adik kepada anak yang sudah sepatutnya dewasa dan menggalas tanggungjawab kehidupan.


Kedua: Membawa Anak-anak ke Majlis Orang Dewasa

Amalan ini juga membantu mendedahkan anak-anak kepada alam dewasa dan meningkatkan daya fikiran mereka. Ini merupakan amalan Sahabat-sahabat Nabi. Mereka sering membawa anak untuk hadir bersama di dalam majlis mereka bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Muawiyah ibn Qarrah meriwayatkan daripada bapanya bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam apabila duduk bersama para sahabat, setiap seorang mereka akan membawa anak masing-masing yang mana anak-anak itu akan berdiri di belakang bapa mereka, lalu si bapa akan mendudukkan si anak di hadapannya. [Hadith riwayat al-Nasaa’ie]

Di dalam kehidupan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat, kehadiran anak-anak di dalam majlis mereka tidak pernah dianggap sebagai gangguan, malah anak-anak itu dibawa oleh ibu bapa dengan matlamat yang sama, mendedahkan anak dengan majlis orang dewasa untuk mendewasakan mereka.

Ketiga: Mengiktiraf Anak-anak di Khalayak

Sahl ibn Sa’id menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam di dalam satu majlis, baginda dibawakan cawan untuk minum. Di kanan baginda ada seorang kanak-kanak manakala yang dewasa berada di sebelah kiri. Selepas Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam minum, baginda bertanya kepada kanak-kanak itu,

“apakah kamu benarkan aku beri cawan ini kepada orang-orang dewasa sebelum aku berikannya kepada kamu?” Kanak-kanak itu menjawab,

“aku tidak akan mengalah dengan hakku untuk minum sejurus selepasmu.” Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memberikan cawan itu kepadanya. [Hadith riwayat al-Bukhari]

Kita sebagai ibu bapa dan orang yang dewasa harus menggalakkan perbuatan-perbuatan seperti ini, melayan anak-anak ini sesekali sebagai manusia dewasa untuk menimbulkan rasa tinggi harga diri pada diri mereka.

Di dalam sebuah hadith, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan bagaimana Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam melalui sekumpulan kanak-kanak lalu baginda memberi salam kepada mereka. [Hadith riwayat Muslim]

Jangan sekali-kali memalukan anak-anak dengan memarahi atau menghina mereka di hadapan orang ramai kerana ia akan membunuh keyakinan diri dan menimbulkan dendam yang merosakkan emosi. Anak-anak, biar pun pada usia yang kecil sudah mempunyai harga diri yang mesti dihargai, khususnya oleh ibu bapa mereka sendiri.

Keempat: Mengajar Mereka Sukan Lasak

Abu Umamah ibn Sahl radhiyallaahu ‘anhu meriwayatkan bahawa ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu menulis kepada Abu ‘Ubaidah al-Jarrah radhiyallaahu ‘anhu mengarahkan kepadanya,

“ajarkanlah anak-anak kamu berenang” [riwayat Ahmad]

Anak-anak perlu didedahkan dengan sukan-sukan yang boleh meningkatkan semangat, kekuatan jiwa dan daya survival diri mereka. Malah dalam kehidupan seharian, anak-anak yang lelaki harus diajar membuat kerja yang kasar sesuai dengan kemampuan mereka seperti membasuh kereta, berkebun, mengecat, bertukang dan lain-lain aktiviti di bawah matahari untuk meningkatkan kelasakan mereka.

Kelima: Menghindarkan Anak-anak Lelaki Daripada Elemen Keperempuanan

Anak-anak lelaki wajar dihindarkan daripada aktiviti-aktiviti yang lazimnya dekat dengan naluri dan jiwa perempuan. Memakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna atau bercorak seperti perempuan, memakai sutera dan barang kemas, bergelumang dengan muzik yang lembik biar pun ia nasyid dan hal-hal lain yang mengurangkan kelasakan anak-anak ini hendaklah dihindarkan

Keenam: Memberikan Tugasan dan Berkongsi Rahsia Dengan Kanak-kanak

Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu menceritakan, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang kepadaku ketika aku sedang bermain dengan kanak-kanak yang lain, baginda memberi salam kepadaku dan menghantar aku ke suatu tugasan pendek. Ia telah melewatkan aku pulang kepada ibu. Apabila aku tiba di rumah, ibuku bertanya,

“apakah yang telah melewatkan kamu?”

Aku menjawab, “Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah menghantar aku ke suatu tugasan.”

Ibuku bertanya, “Tugasan apakah itu?”

Aku menjawab, “Ia adalah rahsia!”

Ibuku berkata, “jangan ceritakan rahsia Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada sesiapa” [Hadith riwayat Muslim]

Ketujuh: Menghindarkan Anak-anak Daripada Tenggelam Dengan Kemewahan

Ibu bapa biar pun berada dan hidup mewah, mestilah mengenakan beberapa kesusahan kepada anak-anak sebagai latihan untuk membentuk jati diri mereka. Jika anak mahukan basikal, biar pun ibu bapa mampu membelikannya, anak wajar disuruh mengumpul duit sendiri agar mereka belajar menghargainya dan belajar berusaha.

‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu pernah berkata, “Kuatkan semangat. Kesenangan dan kemewahan tidak kekal selama-lamanya”

Demikianlah sebahagian daripada pendekatan Islam dalam mendidik anak-anak agar mereka membesar dengan jati diri dan nilai kejantanan yang besar. Buku seperti Pendidikan Anak-anak di Dalam Islam karangan Sheikh Abdullah Nasih ‘Ulwan dan yang seumpama dengannya harus berada di tangan ibu bapa untuk mereka membesarkan anak-anak hebat, sebagaimana Allah mengurniakan mereka di permulaan kehidupan dengan kehebatan yang sama.

Sesungguhnya masa depan ummah ini bermula daripada apa yang berlaku di setiap rumah.

Berperananlah, seperti yang telah diperintahkan Allah.

Disunting daripada khutbah 2324 alminbar.net

p/s: Khutbah yang sama pernah disampaikan di Belfast Islamic Centre pada 28 Jun 2002

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG