Jun 30, 2009

Akibat tangan-tangan manusia...

Uhulk2...terbatuk2 saya ketika melalui jalan ini...hehe..

Peristiwa ini berlaku semasa saya hendak ke rumah kakak saya... Kami melalui short cut ataupun jalan pendek dari banting untuk ke Kuala Lumpur. Dipertengahan jalan, tetibe anak saudara saya bersuara: 'Mak uteh, cube tengok kat luar tue..ade lori bomba..banyaknyer asap...'


Saya pun terus menoleh ke luar tingkap kereta...ya betul, suasana di luar kereta agak kabur..macam melalui kawasan yang berkabus di waktu pagi..tapi sekarang ini waktu petang, takkan lah berkabus plak...


Abang ipar saya memperlahankan kereta kerana pandangan sangat kabur..agak berbahaya jika memandu agak laju dalam keadaan begini...kereta-kereta lain pun saya tgk turut memperlahankan kereta masing2...terlalu banyak asap di jalan raya..kesian saya tengok brother yang tgh bonceng motor tue..

saya memandang ke arah kiri saya... 'owhooo..ada kebakaran...' kemudian saya menoleh ke kanan jalan pula.. 'eh, terbakar jugak?!' Rupanya ada berlaku kebakaran di kawasan hutan terbiar di sepanjang kilometer Jalan kebun-Bukit Kemuning.


Kakak saya bersuara: 'ini mesti ada orang yang membuat pembakaran secara terbuka. mereka xfaham yang kawasan di sini dari jenis tanah gambut. jika sekali terbakar, ia akan makan dalam..susah nak memadamkan api tue.. apa la mereka nie..nak senangkan diri sendiri, tapi memudharatkan orang lain dan mencemarkan alam..'



Saya rasa ini mungkin antara sebab skang nie asyik jerebu jerk...

Ape2 pun, sama2 la ambil iktibar dari gambar2 ni.. Muhasabah la diri sendiri kerana kita ni semua khalifah Allah, jaga la amanah alam ini dengan sebaiknya.. benda2 macam nie la menjadi pemangkin kepada pencemaran udara, pemanasan global n etc.. punca nya? dari tangan2 manusia yang rakus dan degil..

"Dont burn and run...baling batu pastu sorok tangan...ape punye manusia la nie...ish3..."

BUMI itu HIJAU,
HIJAU itu INDAH,
Jom kempen HIJAU kan BUMI dan manusia...
mengHIJAUkan manusia itu SANGAT perlu sebab manusia itu INDAH...hehe

v(^,^)v

Jun 22, 2009

There is NO places for Unity Gov..give UBN nothing!!


Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS


Wan Nordin Wan Yaacob

Mon | Jun 22, 09 | 3:02:54 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Hrkh) - Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.


*sumber: harakahdaily.net

Pengorbanan yang tidak terbalas..

"eya belajar betul-betul..jangan fikir benda-benda lain..soal duit, yuran, jauh tu bukan soal utama. Yang paling penting sekarang ni eya kena fokus pada pelajaran, jangan main2..bukan senang dapat peluang belajar.
Bapak dulu tidak beruntung seperti eya..dulu keluarga sangat susah..nak makan pun payah, apatah lagi nak hantar anak belajar ke sekolah. Jadi, gunakan peluang yang Allah dah bagi ni sebaik mungkin.
Walaupun bapak tidak bersekolah tinggi, biarlah bapak dapat tengok anak-anak berjaya dalam kehidupan. Buktikan yang anak perempuan bapak yang seorang ni boleh berjaya.."




Kata-kata yang terbit dari seorang yang sangat saya kagumi dan sangat saya sayangi... dialah Haji Tohar Bin Puteh. Dia ayah saya, dia bapa saya, dia abi saya, dia mu'allim saya, dia pelindung saya dari segala bahaya, dialah teman,dialah sahabat setia... (^,^)

Saya berbangga dapat menjadi seorang anak kepadanya. Sungguh, tidak terbalas segala pengorbanan,penat lelah dan segala jasanya buat diri ini. Dengan berkat doanya jugalah saya banyak berubah..berhijrah dari lembah kelalaian dan kejahilan ke arah yang lebih baik..belajar menjadi seorang insan dan menyedarkan saya akan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT...

Moga Allah memberikan kelimpahan Rahmat dan Kasih SayangNya buat ayahandaku tersayang... Selamat Hari Bapa...


"Ya Allah, peliharalah ayahandaku ini sebagaimana Engkau pelihara hamba2Mu yang soleh...masukkanlah dia bersama-sama mereka yang diberi petunjuk dan kebaikkan dariMu..amin.."

Jun 17, 2009

HULURKAN BANTUANMU,SAHABATKU...


Salam Indah Penuh Ukhuwwah...

di kala kita dalam kesibukkan dunia dan menikmati kegembiraan, ada sahabat kita yang sedang diuji oleh Allah swt....mereka adalah sahabat2 kita yang terlibat dengan pertuduhan ISA7.

Bantulah 7 orang insan mulia yang diuji oleh ALLAH SWT ini. Dua orang daripadanya ialah sahabat-sahabat kita, satu IPU dahulu yang pernah bertamrin sekali, berusrah, dan berbaiah sehidup semati bersama-sama dahulu.

Hari Khamis ini adalah hari penentuan untuk mereka adakah mereka akan diisytiharkan tidak bersalah ataupun dioutuskan bersalah dan seterusnya dipenjarakan oleh keputusan mahkamah Malaysia.

Sedikit Sinopsis Tentang Tribulasi Tersebut.

Bulan Mei 2001 (tarikh tidak ingat), GAMIS dan GMMI (Gabungan Mahasiswa Mansuhkan ISA) membuat pelbagai kempen untuk memansuhkan ISA dan membebaskan tahanan daripada akta kejam tersebut. Kemuncak kepada kempen ini adalah demonstrasi besar-besaran di Masjid Negara pada bulan tersebut.Antara pimpinan IPUUKM yang hadir demonstrasi ini ialah Abdullah Karim, Ust Army Yusof, Ust Ismanizam Ismail, Raja Norhisham, Mokhsein Jamaat, Zainal Ahmad, Aminuddin Saad Tajul Arif Tajul Arus dan ramai lagi.

Demonstrasi ini telah dirempuh kuat oleh pihak polis menyebabkan ramai yang cedera dan 7 orang daripada UKM, UM, UTM, UiTM ditangkap. Mereka semua telah digantung universiti sehingga kini disebabkan AKta AUKU, dan terpaksa mencari haluan pelajaran dan pekerjaan masing-masing sehingga kini.

Perbicaraan yang berlaku yang sangat panjang, sehingga hampir sembilan tahun, sangat menyeksakan mereka. Digantung tidak bertali. Malangnya, masa yang berlalu menyebabkan isu ini telahpun sejuk, dan saya fikir mungkin ramai yang telahpun lupa, bahawa wujud beberapa orang insan yang masih dibelenggu kes mahkamah sehingga kini yang terdiri daripada rakan-rakan sejamaah mereka juga.

Saya yakin, ramai yang telah lupa kes ini. Sekiranya mereka didapati bersalah, kemungkinan peguambela mahu melanjutkan rayuan ke mahkamah tinggi. maka ia memerlukan tambahan wang jaminan. Mungkin sebanyak RM1500 seorang. Dua orang rakan kita daripada UKM adalah Nik Norhafizi (Biomedic) dan Ahmad Kamal (FTSM).


Seruan AlumniUKM

Berilah sedikit sumbangan untuk meringankan beban yang mereka tanggung selama ini. Sekiranya mereka didapati bersalah, maka lebih teruk lagi beban yang bakal mereka hadapi. Siapa lagi yang akan membantu mereka selain sahabat-sahabat seperjuangan mereka yang pernah bersama dengan mereka dahulu. Jangan sehingga menyebabkan ada di antara kita yang berputus asa terhadap perjuangan. Hakikatnya, setiap sedekah yang kita berikan, adalah merupakan penolak bala daripada ALLAH SWT. Sekiranya ada bala yang sepatutnya diterima oleh kita pada hari ini, dengan sedekah kita, maka insyaALLAH, bala tersebut akan terangkat.

"Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan pelipat ganda rezeki; sebutir benih menumbuhkan tujuh butir, yang pada tiap-tiap butir itu terjurai seratus biji. Artinya, Allah yang Mahakaya akan membalasnya hingga tujuh ratus kali lipat". Masya Allah!


Keputusan kes ISA 7 akan diputuskan pada 18 Jun 2009 (Khamis) pada pukul 10 pagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Oleh itu, mohon sumbangan untuk menampung Jaminan jika kalah kes ini dimana sebanyak RM 1500 seorang. Dua orang daripada mereka adalah alumni IPU iaitu saudara Ahmad Kamal dan Nik Norhafizi.

Sumbangan boleh dibuat melalui JASA, Akaun Maybank atas nama Jasa Pesmada 562834500793. Maklumkan jika sudah bank-in kepada Bendahari (Azli-012-3378925) .


Al-Fakir,

Saudara Fadhlur Rahimi
Timb. Presiden JASA (Jaringan Siswazah Malaysia)



Jun 16, 2009

Where is the UMMAH??



My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we've strayed from him and his way

My brothers, my sisters, in Islam
Let's struggle, work, and pray
If we are to
Bring back the glory of his way

Ya Allah ya Rabbal 'Alamin
Ya Rahmanu ya Rahim
Ya Rabbi
O Allah Lord of the Worlds
O Merciful and Beneficent
O my Lord

Let the Ummah rise again
Let us see daylight again
Once again

Let's become whole again
Proud again
Cause I swear with firm belief in our hearts
We can bring back the glory of our past

My ummah, my ummah
He will say
Rasulullah on that day
Even though we strayed from him and his way

Look at where we were
And look at where we are
And tell me
Is this how he'd want it to be?
Oh no!

Let us bring back our glory!!

Jun 12, 2009

TABARRUJJ (BERHIAS)


Salam buat semua sahabat2 muslimah yang dikasihi Allah sekalian..

pernah x kita mendengar perungkapan2 seperti :

'wanita adalah perhiasan dunia,sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah'.

'seorang wanita solehah itu adalah lebih baik dari 1000 lelaki muslim'

'wanita paling ramai di syurga Allah dan paling ramai juga menjadi penghuni neraka Allah..'

hari ni saya nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian beberapa ilmu tentang tabarrujj yang saya perolehi dari hasil pembacaan beberapa buah buku fiqh wanita dan hasil catatan peribadi saya dari kuliah fiqh wanita di surau Annur.
Ilmu yang sedikit jika dikongsi bersama, insyaAllah akan mendapat faedahnya bersama.

ada sebahagian sahabat2 yang pernah bertanyakan kepada saya, apa yang dimaksudkan dengan tabarrujj atau berhias diri? adakah Islam melarang ummatnya berhias? berhias yang macammana yang diajar oleh Islam?

Jom kita baca sama2....

Tabarrujj- ialah mendedahkan kecantikan rupa paras, samada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari RahmatuLlahi ‘Alaihi ada berkata: “Tabarruj, iaitu seseorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya.” Untuk menjaga masyarakat dari bahaya pendedahan ‘aurat dan di samping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang telah berakal lagi baligh dari bermake-up (tabarruj).


Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al- Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita.

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”



Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud:

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”. (al-Nur: 31)


bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.


Awas! Wahai golongan wanita, Allah telah berfirman yang bermaksud:

“Janganlah menampakkan perhiasan”. (al-Nur: 31).



Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan siksaan dariNya. Pengertian perhiasan bukanlah terhad pada alat-alat solek atau fesyen-fesyen pakaian sahaja, malahan perhiasan yang paling istemewa adalah terletak pada tubuh badan seseorang wanita itu.


Sekiranya kecantikan rupa paras seperti ini didedahkan kepada orang lelaki, maka perbuatan demikian juga dinamakan TABARRUJ!.


Ada pula dikalangan wanita yang bertudung, disamping tudung ini diletakkan pula di atasnya kaitan bunga dan ukiran yang menarik, manakala rambutnya yang di bahagian hadapan sengaja dihulurkan keluar dari kain tudung, dan terjuntai menutupi sebahagian dahi dan lesung pipitnya. Andainya angina bayu meniup lalu, sudah jelas rambut tadi terlambai-lambai mengikut arus bayu.


Ada fesyen pula, rambutnya disanggul dan dihias pula laksana mahkota, kerana dengan ini, setelah nanti dilekatkan dengan kain tudung, semakin jelas bentuk (tubuh badan) dan keindahan mahkotanya. Idea dan usaha ini dilakukan supaya tambah menarik setiap mata memandang, dan kononya supaya dianggap orang, bahawa ia juga seorang yang mentaati Allah, di sampung pandai pula menyesuaikan diri dengan berbagai-bagai fesyen pakaian mengikut keadaan zaman.


Sebenarnya maksud dan usaha anda sedemikian rupa adalah salah. Allah s.w.t lebih mengetahui segala persoalan yang tersirat di dalam otak anda. Penzahiran tindakan ini bererti kamu menipu diri sendiri. Akhirnya anda juga tergolong di dalam golongan wanita-wanita yang bermake-up seperti dan firman Allah dalam ayat yang lalu, dan padahnya bukan sama??!! Dari sini mari pula kita meninjau ayat Al-Quran yang bermaksud:


Dan jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang mereka

sembunyikan”. (al-Nur: 31).


Dari kandungan ayat ini, Allah juga melarang setengah golongan wanita (tradisi mereka ini bergelang kaki) dari menghulurkan kaki hingga terlihat perhiasan tersebut. Andainya baju yang dipakai menutupi ‘aurat, tetapi oleh kerana hoyongan badan ketika berjalan, pakaian itu turut terhoyong hingga kadang-kadang ternampak bentuk badan di setengah bahagian anggota, keadaan seperti ini dimaafkan. Berikut pula mari kita merenung firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


“Hai isteri-isteri Nabi (a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32).


Dari ayat ini dapatlah difahamkan bahwa suara lemah-lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga. Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan.”


Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis-jenis bauan bagi kaum wanita di waktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan ciri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.


Ummu Salamah ada menceritakan, maksudnya begini: Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasullullah s.a.w pada suatu hari dengan berpakaian nipis. Lantas Rasulullah s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya:


“Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaid (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”


Di samping itu Rasulullah mengisyaratkan kepada muka dan dua tapak tangan. Alangkah bahagianya seorang wanita andainya ia bersifat sederhana di luar rumah, tetapi menjadi peragawati di dalam rumah. Sudah tentu ia tidak menerima teguran yang banyak, kerana bukan mudah untuk melayan selera jumhur (orang ramai), tetapi suami di rumah mudah dilayan. Jika masih ada teguran darinya itulah alamat suami yang sayangkan isterinya. Besok atau setelah menerima wang gaji, segala kehendak pasti dipenuhi. Bolehlah difahamkan bahawa Allah s.w.t membenarkan bagi wanita membuka muka dan dua tangan jika anggota-anggota tersebut tidak disolek. Andainya anggota-anggota tersebut dihiasi, umpamanya muka berbedak, kening bercelak, bibir bergincu dan sebagainya, maka kawasan muka seperti ini wajib juga ditutup dengan kain tudung.



Begitu juga dua tapak tangan hingga ke pergelangan. Andainya dihiasi (seperti berinai atau seumpamanya) maka wajiblah ditutup seperti bersarung tangan. Tujuan suruhan ini adalah untuk menghindarkan dari berlaku sebarang kemungkaran. Setelah seseorang wanita tidak lagi bersolek kecuali untuk dipersembahkan kepada suaminya, maka tertegaklah suatu benteng yang dapat menyekat sebarang renungan dan kerlingan mata keranjang. Pendedahan perhiasan yang dilakukan oleh wanita dengan mempamerkan kejelitaan tubuh mereka dianggap sebagai satu penipuan yang besar terhadap lelaki.


Pendedahan tersebut boleh menimbulkan berahi setiap lelaki, istimewa pula bagi mereka yang mempunyai syahwat haiwaniah. Perbuatan tadi umpama membentangkan juadah makanan di hadapan mereka, mata siapakah yang tidak terbeliak ? Selera siapakah yang tidak terbuka ? Natijah daripada ini pula Allah s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud:


Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30).


Demikian juga Allah menyuruh perempuan supaya menahan pandangan mereka dengan firmanNya:


Hendaklah mereka menahan pandangannya…..”



Wanita bersolek untuk suami

Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jikan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

Hukum wanita memakai bau-bauan

Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Wajib wanita berwangi-wangian

Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan.

Nabi saw bersabda


“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.



Waktu Sunat wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan
dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah,
bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang
melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda.


"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnamya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyah


“Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan bahawa Aisyah berkata

“Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.

Imam Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)

Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan” (al-Minhaj)

Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)

Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.



Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda


“….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur

“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda

“Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda

“Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda

“Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata

“Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”



Semoga kita dapat bersama-sama ber'amal dengan ilmu yang telah dipelajari... ilmu tanpa 'amal ibarat pohon yang rendang tetapi tiada berbuah...sia2 sahaja...


Selamat bermujahadah!!! (^,^)v


Jun 10, 2009

Mari belajar buat sushi..

Sushi ku lebih enak dari sushi king..hehehe


Erm....pernah tak kita mengalami sindrom kepeningan untuk memikirkan apa yang hendak dimasak di waktu petang? i mean, menu untuk minum petang @ makan malam. Ye la..balik2 keja je dah letih,mesti la nak sediakan sesuatu yang mudah,cepat dan yang paling penting sekali sedap. betul tak?



dan kalau boleh, mesti la nak 'sumthin' yang differences sket dari setiap hari kan..

Biasa nya kalau petang2 nie, para ibu2,makcik2,kakak2 akan menghidangkan menu minum petang yang biasa seperti goreng pisang..cekodok pisang...kueh-mueh...dan tipical makanan melayu..

errm...ape kata sekali sekala kita ubah sikit menu minum petang kita? (^,^)

hari nie saya nak berkongsi dengan sahabat2 cara2 untuk membuat sushi..ia sangat ringkas, mudah, cepat dan insyaAllah sedap serta dijamin halal.. (^,^) sebab kadang2 tu nak beli sushi yang dijual di pasaran mcm ada perasaan was2 dengan cara memasak dan pembuatannya...lebih2 lagi bila ada penambah perasa yang tak tahu ape yang ditambah itu..jadi, kalau masak sendiri..guna air tangan sendiri..rasa hilang perasaan was2 tue..hehe
(itu pandangan peribadi saya)

ok..so, sekarang nie..salin n ingat ye resepi nie...lepas nie bleh la sahabat2 masak sendiri di rumah!

nie bahan untuk 6 orang makan.

Bahan2 asas:

1) wrappers rumpai laut (yang saiz besar) -6 keping
2) beras pulut - 2 cawan
3) santan - 2 kotak saiz sederhana (kalau guna santan segera)
4) garam -secukup rasa (pandai2 sendiri)

Bahan2 lauk:

1) udang saiz sederhana @ besar - 10 (xtahu penjodoh bilangan yg sesuai)
2) sotong coklat - 1 (xtahu penjodoh bilangan yg sesuai)
3) cili belanga (capsicum) -hijau @ merah - 2 biji
4) sardin tuna (already made) - 1 tin
5) lada sulah - secukup rasa

step 1: masak pulut

masak beras pulut bersama2 santan dan sedikit garam. make sure sentiasa kacau beras tue.. api hendaklah sederhana saja, jgn terlalu kuat dan jangan pulak terlalu perlahan...nnt xmasak2 la pulut tue..
masak sehingga beras pulut tue nampak lembut dan wangi..

step 2: penyediaan bahan lauk

kupas kulit udang tu sampai xde benda lg yg tertinggal kecuali isi nya sahaja...
pastu hiris sotong yang kaler coklat tu nipis2 dan memanjang...ikut suka hati anda...
hiris juga cili belanga tadi secara memanjang supaya senang nak susun dalam sushi tu nanti.
semua bahan nie dibasuh bersih dan sambil tu baca selawat at least 3 kali..mudah2an makanan yang dibasuh tu bersih.. v(^,^)v

step 3: sesi menghias sushi

- letakkan sekeping kertas rumpai laut di atas pinggan yang rata.
- bubuh pulut yang dimasak tadi di atasnya. sapu rata ye...
- kemudian, letak la lauk2 yg kita nak letak.. macam keratan sotong td..letakkan bersama dengan cili belanga..susun secara memanjang untuk mudah nak gulung sushi tu nnt..
- dah siap, gulung kepingan kertas bersama2 pulut dan lauk2 tu.. mcm gulung roti..
- kemudian, potong gulungan pulut tu tadi ke saiz2 yang lebih kecil untuk memudahkan ia dimakan..
- sushi itu sedia untuk dimakan..

selamat mencuba!!! v(^,^)v




p/s: sedap kalau makan bersama2 dengan sos wasabe @ sambal kicap..nyum2...

Jun 9, 2009

Wajah suci anak2 kecil yang tidak berdosa..

Anak-anak merupakan anugerah Allah swt...rezeki Allah yang tidak ternilai..namun disebalik anugerah Allah yang indah ini, masih ada di kalangan umat manusia yang tidak berperikemanusiaan dan kufur dengan nikmat yang Allah beri...anak-anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa rakus mereka..dibuang sesuka hati..seperti sampah atau lebih hina dari itu.. Jenis manusia apa ini?!!












video



Wajah Suci


Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
SAyu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina





Jun 8, 2009

Majalah SOLUSI isu 8..mati itu pasti..


Kali ini SOLUSI muncul dengan isu yang berbeza - Ingatlah! Mati Datang Tiba-Tiba.

Mungkin sesetengah pembaca terkejut atau merasakan tajuk ini anti-klimaks, di tengah keghairahan kita membangunkan negara,meningkatkan perpaduan & menangani krisis ekonomi. Namun percayalah, dengan mengingati mati sebenarnya kita bukan ditarik ke belakang bahkan akan didorong lebih maju ke hadapan.

Ingat mati sebenarnya akan "menghidupkan" jiwa kita untuk maju, bersatu & lebih giat berusaha. Lihat bagaimana hebatnya perjuangan generasi yang ingat mati, pada zaman Rasulullah SAW & para sahabat. Metaforanya mudah sekali:

Bayangkan kita ke luar negara. Apa yang kita sediakan? Tentulah passport, pakaian, wang & berbagai-bagai barang keperluan. Tidak cukup sekadar itu, kita juga mencongak, agar semua persiapan itu sesuai dengan tempoh masa, cuaca, budaya & kerenah manusia di negara yang akan kita lawati.

Jika disana musim dingin, kita bersedia dengan baju tebal. Jika di sana menggunakan matawang dollar, kita membuat tukaran wang. Paling kita jaga, agar tidak ada barang-barang yang kita bawa adalah larangan atau diharamkan di negara itu. Malah, jika dijangka kita lama di sana, kita mesti belajar bahasa pertuturan negara itu, agar mudah kita berinteraksi & berkomunikasi.

Apakah kita akan berdiam diri atau berpeluk tubuh menjelang keberangkatan kita? Tidak. Semua agenda di atas akan kita laksanakan berdasarkan turutan kepentingan. Semua itu akan menjadi kita aktif, sibuk & ligat berfikir, merancang & bertindak.

Maka begitulah apabila kita ingat mati. Mati adalah proses perpindahan ke alam barzakh sebelum menuju alam mahsyar, kemudian ke syurga atau neraka. Orang yang ingat mati akan ligat, sibuk & produktif dalam menyediakan bekalan. Di sana nanti, harta tidak berguna lagi. Lalu di dunia ini kita tukarkan "matawang dunia" dengan "matawang akhirat" - gunakan harta untuk menjana pahala, kebaikan & kebajikan.

Di padang mahsyar nanti kita perlukan "pakaian taqwa" - maka di dunia ini kita menjaga diri daripada dosa, maksiat & kemungkaran. Agar tidak bisu di sana - lidah digunakan untuk memberi nasihat, berkata-kata baik, berdakwah atau memperbanyakkan diam! Kita tahu "passport" yang mula-mula di akhirat kelak adalah solat - maka kita akan menjaga solat dengan sebaik-baiknya.

Kita juga tahu Raja di sana (Allah) sangat membenci kezaliman & kecurangan - maka kita akan mempersiapkan diri menjadi orang yang jujur & amanah dalam urusan di dunia.

Kita ke akhirat bukan seperti melancong. Kita ke sana untuk selama-lamanya. Masa kita berangkat juga tidak diketahui.

Tiket penerbangan ke luar negara boleh ditempah tarikh & masanya, tetapi tarikh "penerbangan" roh ke alam barzakh boleh datang tiba-tiba. Jadi, persiapkan bekalan yang banyak & bersiap sedialah dari sekarang! istirahatlah daripada sifat malas, bertangguh, jemu & lesu. Mahukah kita menjadi orang yang fakir, bisu, kepanasan, sunyi, lapar, dahaga, keliru, sasal di negara akhirat nanti?

Inilah pesan-pesan SOLUSI isu no.8 ini, menerusi tulisan & coretan yang pelbagai. Kami mengharapkan sumbangan kecil ini akan menjernihkan sedikit sebanyak kekeruhan yang kita alami sekarang, yang salah satu puncanya ialah apabila manusia lupa & benci mati.

Mudah-mudahan mati akan terus hidup di hati kita.

Hidupkan hati dengan ingat mati!

Oleh : Ketua Editor - SOLUSI isu no.8

Selamat Pengantin Baru buat kak Asma' dan Shidi..

Alhamdulillah....

Salah seorang dari ahli rumah saya sewaktu degree dulu telah pun selamat mendirikan rumah tangga..wah...sungguh xsangka kak Asma' akan berkahwin dulu dari kami semua..hehe..

Selamat sudah kak Asma' menjadi jauzah kepada saudara Shidi pada malam jumaat,5 jun 2009... seronok sangat dapat tengok kak Asma' nikah malam tue.. yang best lagi sebab yang menikahkan kak Asma' adalah Tuan Guru Hj Hadi Awang..mantop2.. Semoga kak Asma' berbahagia bersama suami tersayang dan semoga terus istiqomah dlm perjuangan ya... v(^,^)v







Jun 5, 2009

Muktamar DMPP...dari kacamata eyamujahidah


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum sahabat2 maya saya yang dikasihi Allah sekalian..
Alhamdulillah, muktamar DMPP kali ke 49 telah pun berlangsung semalam..

bertempat di dewam bankuet,bangunan MBSA,shah alam, majlis yang julung2 kalinya ini diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi agak mewah..hehe..


saya katakan begitu sebab kagum melihat dewan tersebut. dewan yg 100% dialasi dengan karpet indah serta sejalur karpet merah sepanjang pentas utama hingga ke bahagian belakang dewan...
[tetibe teringat plak kata2 seorang sahabat seperjuangan saya suatu ketika dahulu: ya ukhti, perjuangan menegakkan kalimah Allah tidak akan pernah disediakan karpet merah..sekadar selingan sahaja..(^,^)v ]

kerdipan lampu2 di dalam dewan bankuet yang menyilaukan pandangan dengan luxury design dan kebesaran saiz lampu2 tersebut membuatkan saya terkagum seketika.. Maha Suci Allah yg berkuasa memberikan idea kepada manusia untuk merekacipta lampu yang sebegitu hebat dan besar..Subhanallah...

Alhamdulillah, muktamar DMPP telah berjalan dengan baik...walaupun terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan terutamanya dari segi teknikal dan perjalanan majlis...diharap segala teguran dan pandangan daripada semua perwakilan akan dijadikan peringatan dan panduan buat urusetia penganjur..yang baik sama dirai,yang kurang sama dibetulkan..(^,^)

saya rasa masing2 telah pun mengetahui keputusan pemilihan bagi AJK tertinggi DMPP bagi sesi 09/11. saya mengucapkan tahniah dan takziah kepada semua yang telah dipilih...moga dapat menjalankan tugas dengan baik..

disini saya letakkan beberapa gambar semasa muktamar DMPP untuk sahabat2 yang tidak berkesempatan ke muktamar tersebut...walaupun sedang bertugas ketika itu,tetapi saya sempat menjadi jurukamera xbertauliah sekejap..hehe


suasana di dalam bilik VVIP sebelum masuk ke dewan...best gak jd unit protokol VIP nie, dapat berborak dan bertegur sapa dengan pimpinan2... (-,-)


antara pimpinan DMPP sesi 07/09..juga menunggu di bilik VIP sebelum masuk ke dewan untuk majlis perasmian muktamar...


majlis perasmian...kak salbiah selaku ketua pengarah muktamar sedang berucap...

press.....saya jeles ngan diorang nie..dpt online dalam dewan..(-,-)


sesi makan2 pas abes majlis perasmian..ade wakil Hamas dan PKS turut serta..eh, abg Mat pun ade..

sidang media.. kak wan dan kak nuridah sedang ditemuramah..


bersama makcik2 unit protokol yang baik dan rajin..hehe..

urusetia unit protokol yang berdedikasi..hahaha..bergambar bersama kak wan hasrina..da abes muktamar da waktu nie..

Gambar yang saya paling suka...hehehe...amik dari bleaser salah seorang ajk muktamar...
v(^,^)v

~kalau nak dengar full crite muktamar DMPP... sms saya ya.. xlarat nak menulis banyak2 dalam blog nie..saya sedang diserang penyakit M....hehe