May 29, 2009

Konsep Ulama dan Kepimpinannya


“Siapa yang dikatakan Ulama? Siapa yang beri dia pangkat Ulama?” pertanyaan begini sering timbul.

“Kalau kita nak lantik Ulama sebagai ketua, apa kriteria yang menentukan seseorang itu Ulama atau tidak?” soalan dikaitkan pula dengan perjawatan dan perlantikan.

Apabila seseorang menggali khazanah Islam untuk mencari takrif Ulama, sempit pula dada memikirkan bahawa Ulama seperti itu hanya seperti sebutir pasir di tepian pantai di hari ini. Terlalu sukar untuk dicari calon yang memenuhi kriteria seperti yang dinukilkan.

Kesulitan itu bertambah lagi apabila Ulama mahu diangkat sebagai pemimpin. Timbul pula persoalan berkaitan kesarjanaan, apakah ia sinonim dengan kepimpinan?

KELUASAN TAKRIF

Mungkin pendapat-pendapat yang pelbagai tentang takrif Ulama itu, adalah sebagai petanda kepada luasnya cakupan makna bagi kalimah Ulama, yang disebut dua kali di dalam al-Quran, tetapi tidak diperincikan seperti Allah memperincikan perihal harta pusaka atau wanita mahram, di dalam al-Quran. Ruang yang diberikan tanpa perincian itu bertujuan untuk menyediakan unsur keanjalan pada mendefinisikan Ulama sesuai dengan peredaran zaman, tahap keilmuan dan ketamadunan manusia serta keperluan-keperluan yang diperlukan dalam urusan awam merentas masa.

Hanya satu sifat yang melangkaui segala perubahan zaman dan keadaan, bahawa Ulama adalah manusia yang takut kepada Allah:

“Sesungguhnya, yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” [Faathir 35: 28]

Bagaimanakah soal takut kepada Allah ini dapat diukur untuk menentukan siapa yang Ulama dan siapa yang bukan Ulama? Justeru kita bertemu dengan himpunan definisi yang pelbagai oleh sarjana Islam sepanjang zaman yang kesemuanya menjurus kepada makna komitmen penuh seorang hamba kepada segala kehendak, perintah dan larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.

KRITERIA NABI

Namun, Ulama sebagai pewaris para Nabi, bagaimanakah kualiti yang ada pada seorang Nabi, untuk pewarisan itu menepati kriterianya?

Allah Subhanahu wa Ta’aala membantu kita mengungkai persoalan ini melalui dua kisah yang terdapat di dalam al-Quran tentang Musa dan Yusuf ‘alayhima al-Solaatu wa al-Salaam.
Tatkala dua orang anak perempuan Nabi Shuaib menemukan Musa dengan bapa mereka berdua, salah seorangnya berkata kepada ayahanda mereka dengan ungkapan yang diabadikan di dalam al-Quran:

“Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah (Shuaib), ambil lah dia (Musa) bekerja, Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang QAWIYY, lagi AMEEN” [al-Qasas 28: 26]

Penjelasan tentang kriteria Musa yang menjadikan beliau sebagai manusia yang paling berkelayakan untuk diupah bekerja diungkapkan sebagai Qawiyy dan Ameen. Pembahagian kualiti Musa kepada dua dimensi Qawiyy dan Ameen ini sangat berguna dalam memahamkan kepada kita apakah yang Allah Subhanahu wa Ta’aala kehendaki dari seorang hamba berkaitan dengan kelayakan dirinya.

Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah membahaskan perkara ini di dalam kitabnya, al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`i wa al-Ra`iyyah sebagai memudahkan kita mengukur kelayakan.
QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah Qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai KOMPETENSI.

AMEEN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai INTEGRITI.

Sudah tentulah di dalam suatu pekerjaan, kelayakan tertinggi ialah pada seseorang yang memiliki nilai integriti dan kompetensi yang sama tinggi. Namun realitinya, manusia ada pasang surutnya pada kedua-dua dimensi kelayakan ini. Ada tugasan yang memerlukan keutamaan integriti, ada tugasan yang mesti mengutamakan kompetensi.

Bagi tugasan menguruskan gembala kambing seperti yang bakal dilakukan oleh Musa ‘alayhi al-Salaam, QAWIYY (kompetensi pada kekuatan fizikal dan kemahiran menggembala) disebut dahulu sebagai yang utama, berbanding sifat AMEEN (integriti).

Akan tetapi bagi tugasan yang bersangkutan dengan menguruskan harta dan wang, integriti dan kompetensi sama penting, dengan keutamaan diberikan kepada integriti berbanding kompetensi. Lalu tatkala Yusuf ‘alayhi al-Salaam meminta agar dirinya diposisikan kepada pengurusan perbendaharaan negara, beliau berkata:

Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku adalah seorang yang teliti dalam penjagaan (HAFEEZ), lagi mengetahui cara mentadbirkannya (ALEEM)” [Yusuf 12: 55]

HAFEEZ itu adalah soal integriti manakala ALEEM pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda.

Apakah input yang diperlukan untuk mengangkat manusia yang ULAMA berada dari kotak 2 dan 3 kepada Quadrant Par Excellence di kotak 4?

Di sinilah jawapan kepada kayu mengukur kriteria Ulama’ iaitu pada keupayaannya mematuhi seluruh hukum Tuhan pada Syariatullah dan Sunnatullah. Seorang alim yang takutkan Allah bukan hanya takut melanggar hukum Syariat malah juga hukum Sunnatullah. Bukanlah seorang itu dikatakan takutkan Allah apabila dirinya berilmu tinggi tentang halal dan haram, tetapi tidak berasa apa-apa melanggar hukum alam pada pekerjaan dan kehidupannya sedangkan hukum alam itu adalah Sunnatullah yang juga merupakan tuntutan Allah ke atas kita.

Justeru, sebelum Allah Subhanahu wa Ta’aala mengisytiharkan bahawa manusia yang paling takut kepada-Nya adalah para Ulama, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan terlebih dahulu senario-senario yang tidak mungkin difahami kecuali oleh manusia yang menjunjung Syariatullah bersama Sunnatullah.

Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulNya dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (Syariat) yang terang jelas. Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanKu. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sesungguhnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (Ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. [Faathir 35: 25-28]

Ya…
Keterangan itu menjelaskan bagaimana seluruh hidupan di alam ini patuh kepada ketetapan-ketetapan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Itulah cara mereka takut dan khusyu’ kepada Allah, iaitu dengan menjalani kehidupan ini sesuai dengan hukum alam iaitu hukum Allah ‘Azza wa Jalla yang Maha Esa. Jika seluruh makhluk di alam ini hidup dengan kepatuhan yang sedemikian rupa, bagaimanakah pula dengan manusia? Kemusnahan kaum-kaum yang engkar kepada perintah Allah (melanggar Syaritullah) adalah hukum Allah ke atas manusia (Sunnatullah).

Mampukah dikatakan seseorang itu takutkan Allah, dan dia adalah seorang yang Alim (Ulama), andai dia bersolat khusyu’, menjaga halal dan haram dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama menentang hukum alam?

Dia Syariatik.

Tetapi dia tidak saintifik.

Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin.


KESARJANAAN ERA OTHMANIYYAH

Hal ini sangat ketara pada kaedah pembinaan tsaqafah (ilmu dan pemikiran) seseorang untuk melayakkan dirinya dianggap sebagai Ulama’ di era Othmaniyyah. Taskopruluzade Ahmet (1495 - 1561), seorang encyclopaedist Othmaniyyah yang terkenal dengan kitabnya Shakaik al-Nu’maniya telah menjelaskan klasifikasi ilmu seorang yang diiktiraf sebagai Alim Ulama. Ilmu-ilmu yang perlu dikuasai adalah:

1. The calligraphic sciences: writing implements, styles of writing, etc
2. The oral sciences: the Arabic language amd phonetics, lexicography, etymology, grammar and syntax, rhetoric, prosody, poetry, composition, history and other literary sciences.
3. The intellectual sciences: logic and dialectics.
4. The Spiritual sciences:
1. The theoretical rational sciences: general theology, natural sciences, mathematics.
2. The practical rational sciences: ethics, political sciences.
3. the theoretical religious sciences: the Quran and Sunnah, the sciences devoted to their interpretation - Quranic exegesis, the study of prophetic traditions, Islamic theology and the principles of Islamic law and jurisprudence.
4. The practical religious sciences: practical ethics, etiquette, ihtisab, and all subjects relating to Muslim life and worship.
o The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 -1600 by Halil Inalcik (1997), page 165.

Inilah kriteria individu yang dikenali sebagai kelompok Sarjana atau Ulama di era Othmaniyyah. Kriteria inilah yang diletakkan untuk kelayakan seseorang itu mengisi jawatan mudarris, kadi, mufti dan seterusnya Sheikh ul-Islam.

Kesimpulannya, seorang saintis yang menolak hukum Syariat bukan sarjana dan bukan Ulama. Manakala seorang ustaz atau tuan guru yang menolak hukum Sains juga bukan sarjana dan bukan Ulama. Kedua-duanya adalah kelompok songsang yang tidak takut kepada Allah.

DEWAN ULAMA DAN INTELEKTUAL ISLAM

Semasa Muktamar PAS berlangsung pada tahun 1983, Ustaz Yusuf Rawa yang mempelopori konsep Kepimpinan Ulama sebagai reaksi kepada peralihan era Dato’ Asri Muda kepada kepimpinan yang baru, beliau (Ustaz Yusuf Rawa) telah menukar nama Dewan Ulama PAS kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam.
Katanya:

Pembinaan kembali insan Muslim menerusi program pendidikan dan tarbiyyah akan dikendalikan perlaksanaannya oleh Dewan Ulama dan Intelektual Islam yang akan diberi tugas dan peranan penting dalam penyusunan baru organisasi Parti Islam. Para Ulama dan intelektual Islam merupakan gabungan tenaga yang penting dalam usaha memupuk dan meningkatkan kesedaran Islam di kalangan ummah. Seluruh tenaga PAS di peringkat ahli-ahli dan pimpinan mestilah turut secara aktif bagi membantu para Ulama dan intelektual Islam itu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dalam suasana baru itu. Perubahan Dewan Ulama kepada Dewan Ulama dan Intelektual Islam juga bertujuan untuk memadukan Ulama dan intelektual Islam sekali gus menghapuskan jurang perbezaan keilmuan yang wujud di kalangan mereka dan mengadunkan ilmu serta pengalaman masing- masing dalam konsep, matlamat dan peranan ilmu dalam Islam sehingga dualisma yang memisahkan ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu dihapuskan!
-[Kamaruddin Jaafar (ed.) : Memperingati Yusuf Rawa, pp. 55-66]

Sungguh hebat kenyataan Ustaz Yusuf Rawa ini kerana ia sudah pun dibentangkan seawal tahun 1983. Gagasan Kepimpinan Ulama yang diusahakan beliau bukanlah suatu gerakan untuk menghasilkan para MULLAH sebagaimana yang dirisaukan oleh al-Marhum Ustaz Abu Bakar Hamzah. Sebaliknya ia adalah gagasan untuk merawat paradigma sekular sama ada sekular pada menolak agama, atau sekular pada menolak intelektual sains. Ulama yang berkelayakan memimpin ialah ulama yang harmoni pada konsep ini.

Apa yang diperlukan oleh PAS untuk memenangkan Islam, adalah para ideologue yang pemikirannya telah dirawat daripada dualisma sekularisma yang memisahkan di antara ilmu Syariat dan ilmu akliyyah itu tadi.

Tetapi, apa yang berlaku, hanyalah kepada memadukan golongan Ulama dan intelektual ini di dalam kebersamaan mereka bekerja di dalam satu parti, tetapi memadukan pemikiran, paradigma dan pandangan hidup (worldview) masih belum berlangsung dengan baik. Golongan agamawan berjaya duduk semeja dengan golongan profesional tetapi proses memadukan disiplin dan ilmu masing-masing tidak berlaku. Golongan agamawan melihat banyaknya bahagian mereka yang perlu dipelajari oleh golongan profesional, tetapi tidak pula jelas pada melihat apa yang perlu agamawan ini ambil daripada disiplin dan ilmu golongan profesional seperjuangannya itu tadi.

Pergeseran di antara golongan Ulama’ dan profesional, dalam mendefinisikan kelayakan kepimpinan, menunjukkan bahawa cita-cita al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa masih jauh dari realiti yang ada. Golongan profesional yang sekular mungkin tidak akan mendekatkan diri kepada PAS, tetapi masalah yang besar ialah bagaimana pula dengan ustaz sekular yang menolak ilmu aqliyyah, Sunnatullah atau ilmu Sains di dalam PAS?

Justeru, dalam suasana PAS sedang bergerak menuju kepada kepimpinan negara, keperluan untuk menguasai ilmu secara holistik bagi menghasilkan response yang tepat kepada kemajmukan Malaysia, kecamukan ideologi di dalam politik, ekonomi dan sosial serta gelombang globalisasi yang begitu meruncing, sentimen pergeseran di antara golongan agamawan dengan profesional, hanya akan mengheret PAS berpatah balik ke belakang, lebih ke belakang daripada 1983 yang telah didefiniskan dengan tepat dan jelas oleh al-Marhum Ustaz Yusuf Rawa.
Sesungguhnya kelayakan memimpin bukanlah pada agamawan atau Profesional, tetapi pada kemurnian aqliyyah Islam yang dicernakan di dalam kriteria Nabi Musa dan Nabi Yusuf yang kita warisi perjuangannya itu. Itulah ULAMA yang HAKIKI.

Kepimpinan Ulama bukan slogan atau retorik, tetapi satu agenda yang menuntut perubahan. Mengubah pemikiran agar berubah pendekatan dan kaedah perjuangan.

Selamat maju jaya, buat sekalian pejuang agama!

Copied from:
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang.

May 28, 2009

MuhaSabaH seoraNg 'Abid...


“ Ya Allah, malunya aku kepada Engkau. Dengan sekelumit ujian-Mu ini, sudah terasa imanku goyah dan nipis sekulit bawang. Bagaimana Khabbab yang terbakar belakangnya itu? Bagaimana Sumayyah yang mati di hujung pedang? Ya Allah, ampunkan kehinaan diriku, kelemahan diriku. Berikan aku kekuatan. Aku datang mencari-Mu, jangan biarkan aku tenggelam dalam perasaanku…”


~ dalam 2-3 minggu ini bermacam dugaan dan ujian yang saya alami.. kata orang, ujian itu tanda Allah sayang pada kita...ya, saya setuju dengan pernyataan itu.. sebab manusia memang pelupa..kena ditegur dan diberi ujian baru rasa tersedar dan kembali kepada landasan dan syariat Allah...


sometimes, ada manusia yang diuji dengan kesenangan, kemenangan, kemewahan, kejayaan, dan perkara2 yang mendatangkan kegembiraan tp sedar xsedar rupanya itu satu ujian dari Allah...ada juga ujian itu membuat hati kita rasa sakit,pedih dan memberi tekanan pada diri...


walau ape pun bentuk ujian yang datang, saya suka memberitahu hati ini, sekuat dan sebesar mana saya diuji...ada lagi insan yang diuji lebih kuat dan hebat dari saya. Malu rasanya jika saya hendak berputus asa dan berhenti dari jalan juang ini dek kerana sekecil ujian....


" Ya Allah, kuatkanlah kaki ku berjalan di jalan ini...jika aku terjatuh, bangunkanlah aku kembali, agar kaki ini terus melangkah mara menuju redhaMu..."



May 18, 2009

Ya Ukhti2 ku..

Fitnah seorang wanita

Semua perasaan condong kepadanya, perbuatan haram pun terjadi kerananya. Mengundang terjadinya pembunuhan dan permusuhan disebabkan kerananya. Sekurang-kurangnya dia sebagai insan yang disukai di dunia. Kerosakkan mana yang lebih besar daripada ini?

Begitulah Imam Al Mubarakfuri rahimahullah menjelaskan tentang bahaya fitnah (godaan/cubaan) wanita dalam At Tuhfah Al Ahwadzi 8/53.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan bahawa fitnah yang paling besar adalah wanita, bahkan ia digelar sebagai sumber syahwat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita … .”

(Surah Ali Imran : 14)

Rasulullah SAW memberikan peringatan sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri r.a, Baginda bersabda :

“Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa kaum Bani Israil adalah wanita.”

Demikianlah agama Allah datang untuk mengatur semua urusan manusia, menjadi pembimbing para muslimin dan muslimatnya kearah kebaikkan, dan menjaga penganutnya dari terjerumus ke lembah kemudharatan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“Wahai Bani Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari Syurga, dia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(QS. Al A’raf : 27)

Wanita diumpamakan sebagai menyerupai nafsu kerana ia menjadi penyebab dan pemangkin timbulnya fitnah bagi lelaki. Oleh yang demikian, hendaklah para wanita itu bertaqwa kepada Allah dengan sebaik-baik taqwa, menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan kerana dirinya. Ketahuilah bahawa Islam telah datang dengan menjelaskan kedudukan para wanita. Di antara yang menunjukkan hal itu adalah :

1. Persamaan dalam hal penciptaan dengan kaum lelaki.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar Rum : 21)

2. Persamaan dalam mendapatkan pahala atas amalan soleh.

Allah berfirman :

“Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) : “Sesungguhnya Aku tidak mengia-iakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu baik lelaki mahupun perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah penolong sebahagian yang lain … .”

(QS. Ali Imran : 195).

Allah juga berfirman :

“Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik … .”

(QS. An Nahl : 97)

3. Persamaan dalam hal hak mendapatkan warisan.

Sekalipun hak warisan lelaki lebih daripada perempuan, ini hanyalah hikmah yang terkandung di dalam Islam.

Firman Allah :

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan … .”

(QS. An Nisa : 11).

Allah tidak menjelaskan secara khusus di dalam ayat ini hikmah dilebihkanNya lelaki ke atas perempuan dalam hal pewarisan harta sedangkan kedua-duanya sama kedudukan dari segi kekeluargaan. Tetapi Allah memberikan kenyataan mengenainya di tempat lain, iaitu firman-Nya :

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta-harta mereka … .”

(QS. An Nisa’ : 34)


4. Hak untuk mendapatkan perbuatan dan pergaulan yang baik.

Allah SWT berfirman :

“Apabila kamu memberikan talak kepada isteri-isteri kamu lalu mereka sampai ke akhir iddahnya maka rujuklah mereka dengan cara yang ma’ruf(baik) atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf(baik) pula. Janganlah kamu rujuk mereka untuk memberi kemudharatan kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka … .”

(QS. Al Baqarah : 231).

Allah SWT juga berfirman :

“ … dan bergaullah dengan mereka secara sepatutnya(baik) … .”

(QS. An Nisa’ : 19).

Masih banyak keterangan-keterangan tentang kedudukan wanita yang bersangkutan dengan hak dan kewajibannya. Yang ini semua menunjukkan betapa besarnya perhatian Islam terhadap kaum wanita, Malah Allah SWT mengkhususkan untuknya surah dan beberapa ayat dalam Al Qur’an. Sesungguhnya ini adalah Rahmat Allah untuk mereka, Allah menjaga mereka dengan syariat-Nya, dan mensucikan mereka dari kotoran-kotoran jahiliyyah.

Pertama :

Syariat memerintahkan wanita untuk tinggal di rumahnya.

Allah SWT berfirman :

“Dan hendaklah kalian tetap/tinggal di rumah kalian … .”

(QS. Al Ahzab : 33).

Sama sekali ini bukanlah bererti Islam itu zalim terhadap wanita, atau penjara, ataupun membataskan kebebasannya. Allah lebih mengetahui kemaslahatan setiap hamba-hambaNya. Sesungguhnya dengan tinggalnya para wanita di rumah-rumahnya maka dia dapat menguruskan urusan rumahtangganya, menunaikan hak-hak suaminya, mendidik anaknya, dan memperbanyakkan melakukan hal-hal kebaikkan yang lainnya. Adapun keluar rumah maka hukum asalnya adalah dibolehkan kecuali jika dia keluar dalam niat untuk melakukan maksiat kepada Allah maka hukumnya adalah haram.



Kedua :

Syariat melarang mereka bertabaruj, iaitu berhias-hias di hadapan selain mahramnya. Allah SWT berfirman :

“ … dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu … .”

(QS. Al Ahzab : 33)

Ketiga :

Mereka dilarang berbicara dengan suara yang mendayu-dayu yang dapat mengundang fitnah. Allah SWT berfirman :

“ … maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga kan berkeinginan orang yang ada penyakit di hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

(QS. Al Ahzab : 32)

Keempat :

Mereka dilarang keluar rumah dengan memakai wangi-wangian. Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Mana sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui di suatu kaum(lelaki) supaya mereka mendapatkan bau harumnya maka ia telah berzina.”

(HR. Ahmad dari shahabat Abu Musa Al Asy’ari radliyallahu 'anhu).

Bahkan dalam riwayat Muslim dari sahabat, Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :

“Mana-mana wanita yang memakai bukhur (sejenis wangi-wangian) tidak diperkenankan untuknya solat Isyak di malam hari bersama kami.”

Tidak diragukan lagi bahawa solat berjemaah memiliki keutamaan 27 darjat berbanding solat secara bersendirian. Walau demikian Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam melarang para perempuan untuk melaksanakan solat Isyak jika mereka memakai wangi-wangian, hal ini menjaga supaya tidak terjadi fitnah.

Kelima :

Mereka dilarang untuk berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya, Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak boleh seorang lelaki berkhalwat (menyendiri/berduaan) dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya.”

(HR. Muttafaq ‘alaihi dari shahabat Ibnu Abbas radliyallahu 'anhuma)

Maka menjadi kewajipan ke atas kaum wanita itu untuk menjaga kehormatannya dan janganlah membalas nikmat Allah dengan kekufuran, wa na’uzubillah. Hakikatnya, bagi seorang Muslim atau Muslimah itu, mereka tidak memiliki kebebasan pada hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Ini kerana sesungguhnya Islam tidak akan tertegak pada diri seseorang kecuali dengan tunduk dan patuh kepada syari’at Allah SWT.

Firman Allah SWT :

“Dan tidak patut bagi seorang lelaki Mukmin dan tidak pula bagi wanita Mukminah apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat, sesat yang nyata.”

(QS. Al Ahzab : 36)


Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini). (surah An-Nisa’: 79)


~renung2kan dan selamat bermujahadah!!! (^,^)v



May 8, 2009

Bingkisan Seorang anak...



Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku.....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk......
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup
membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya..

Edited n copy pasted from: cik bai aka merahitamkehidupan.blogspot.com


Ucapan eyamujahidah:

"Kepada semua ibu,mak,ummi,mama,mummy n etc di luar sana…SELAMAT HARI IBU saya ucapkan terutamanya buat Ibunda saya yang tersayang, Hjh Noriah Binti Shahadan…Terima Kasih Mak…"

v( ^ , ^ )v my mother..luv u so much lah!!!


May 6, 2009

Pengumuman kepada sahabat2 ex-samttarian


Salam Ukhuwwah,

di sini saya ingin membuat pengumuman:

kepada semua sahabat2 ex- SAMTTAR (Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah) walau di mana sahaja anda berada, sila berikan maklumat diri anda untuk memudahkan pihak AJK Penaja Pertubuhan Alumni SAMTTAR menghubungi anda.

maklumat yg penting2 jer... contoh:

1) nama penuh
2) no tepon (untuk call @ sms untuk bagi maklumat tentang alumni)
3) alamat tempat tinggal (untuk mudah nk bagi surat, kad jemputan n etc..)
4) email @ blog (jika ada).
5) nyatakan anda batch taun brape (kemasukkan ke samttar).. contoh: batch 2001/2002

hantarkan maklumat diri anda itu ke:

email : eyamuslim@yahoo.com.my (siti zaniza hj tohar, batch 99/00)
lok_samtar@yahoo.com (amirul amin, batch 08/09)

atau sms kan ke : 013-6249072 (AJK penaja alumni)

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, pertubuhan alumni SAMTTAR ini bertujuan untuk:

1) Mengikat dan menguatkan semula hubungan silaturrahim di antara sesama bekas-bekas pelajar SAMTTAR dengan guru-guru serta para pelajar yang masih bersekolah di SAMTTAR.

2) Menggabungkan kesemua batch pelajar dari batch pertama SAMTTAR sehinggalah batch yang baru keluar SAMTTAR yang lepas iaitu batch (08/09).

3) Menjaga kebajikan setiap ahli alumni SAMTTAR.

4) Mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah dan menarik untuk disertai oleh semua ahli alumni.

5) Menjadi sumber rujukan para guru dan pelajar di SAMTTAR dari segi perkembangan akademik dan profession pekerjaan.

6) Mengadakan program2 berbentuk motivasi dan sebagainya yang bermanfaat khususnya bidang akademik dan sahsiah untuk adik-adik yang masih belajar di SAMTTAR.

7) Mendepani setiap isu serta permasalahan yang berlaku di SAMTTAR khususnya dan di Malaysia umumnya.


DIHARAPKAN AGAR SAHABAT2 YANG SUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT DIRI MASING2 DAPAT MENYEBARKAN MAKLUMAT TENTANG ALUMNI INI KEPADA SETIAP BATCH MASING2...

Kami di pihak AJK Penaja Alumni akan mengadakan perjumpaan pertama bagi pertubuhan Alumni SAMTTAR ini pada masa yang terdekat. kerjasama dan sokongan dari kalian amat2 kami hargai dan kami ucapkan jutaan terima kasih.


sila layari blog: http://www.ote-samttar08.blogspot.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut..

May 5, 2009

Subhanallah..Maha Suci Allah..

GAMBAR DI MUDZALIFAH





Untuk dikongsi bersama.. Wallahua'alam...

Gambar nie diceritakan sendiri oleh jurugambar yang amik gambar nie.
Dia diupah oleh Tabung Haji dan terlibat dalam merakamkan gambar jemaah haji yang memenunaikan rukun islam pada disember 2008 (tahun lepas).

Masa gambar diambil, tiada sebarang perubahan cuaca atau kerosakan pada kamera.

Gambar di ambil di mudzalifah semasa jemaah berhenti untuk berehat seketika dan beribadat.

Bila dilihat semula gambar nie, jurukamera baru perasan terdapat "bubble" di dalam gambar berikut.

Jika diperhatikan seolah2 terdapat tulisan kalimah Allah swt.Persoalan didalam gambar ini dirujuk pada ustaz di sana.

Ustaz menceritakan kebarangkalian pada waktu itu malaikat turun dari langit.Tetapi untuk tidak menujukkan wajah sebenar malaikat, ia hanya menunjukkan namanya sahaja.Jadi, kesimpulannya. ... setiap satu "bubble" itu mewakili satu nama malaikat .

Bayangkan lah betapa besarnya kuasa Allah swt.....
Panjang2 kan lah email nie..

Mungkin ada yang ingin sampaikan pada semua umat Nabi Muhammad saw pada ketika ini...

Wallahualam. ..
**sampaikan lah pesananku walau sepatah ayat pun**

-topengsakti online-

May 4, 2009

Benarkah kita berada di zaman yang penuh dengan pelbagai fitnah?

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah).

Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hdinya yang bermaksud : 'Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit'. Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah.

Apa yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. menerusi hadis di atas ialah terdapat orang Islam sendiri yang melakukan fitnah dengan tindakannya terhadap agamanya sendiri semata-mata mengecapi habuan dan janji dunia yang bersifat sementara, sedangkan fitnah yang dilakukannya benar-benar mencabar agama yang dianutinya dan menjadi bahaya kepada pegangan akidah dan kepercayaan kepada Allah SWT selaku Pencipta alam maya ini.

Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu 'ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafiq, ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

5- Fitnah melalui penulisan.

6- Fitnah melalui iklan produk.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia. Fitnah..oh fitnah..dan banyak lagi.

1- Fitnah melalui kepimpinan negara.

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah Negara Islam, sedangkan pada masa mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis dan lain-lain.

Yang tidak menampakkan Islam secara jelas, isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang keliru dan terus keliru.

2- Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketika sedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa, tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut nak tegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).

Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untuk dilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.

3- Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama ada tidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai di kalangan orang Islam dalam negara Malaysia ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.

Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatoo, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.

Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa, menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.

4- Fitnah melalui ungkapan.

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata : Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas, takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir di zaman Rasulullah s.a.w.

5- Fitnah melalui penulisan.

Terdapat juga segelintir penulis yang pro aliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.

6- Fitnah melalui iklan produk.

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produk mereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.

7- Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berta, termauk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam. Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.

8- Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.

Satu lagi fitnah di akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replica masjid yang menelan blanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.

9- Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat, terdapat scenario di mana ada pekerja muslim di sebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.

10- Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu 'ain, maka ramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang tabung haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.

Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golongan yang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang merasakan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Justeru, asas kepada pengukuhan jati diri muslim bersama agama Islam dalam apa jua keadaan, sama ada ketika Islam berada di puncak atau sedang berada di bawah, namun dia tidak akan berganjak walau setapak pun kerana begitu yakin bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang diperakui benar di sisi Allah SWT.


* Bila Allah tidak ditakuti...macam2 boleh terjadi...


Back 2 Islam...

"Islam Is The Way Of Life"