Mar 31, 2009

.:Catatan YB Dato' Ir Nizar:.

sumber:

http://kamparinn.blogspot.com/2009/03/saya-telah-mengimamkan-solat-maghrib.html

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turun mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derhaka!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk ke masjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calon Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.


Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir".

Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid.

Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

P059..dari lensa kamera eyamujahidah ...

pagi-pagi lagi lensa kamera sudah mula rancak mengambil foto...di masjid Padang Jambu,pu
kul 5.30 pagi..

Pemegang panji-panji yang berada di atas tiang gol..inilah pasukan pemegang panji2, mereka berusaha untuk menaikkan panji-panji setinggi yang mungkin..

para mujahidah dari kuala langat turut serta memberikan sokongan penuh pada calon Pakatan Rakyat, YB Dato' Ir Nizar Jamaluddin...sebahagian mereka menjadi petugas sepenuh masa sepanjang PRK Bukit Gantang ini..

Antara yang hadir memberikan sokongan kepada YB Dato' Ir Nizar Jamaluddin...dari segenap tempat dan negeri...

Pandangan sisi pasukan 'memanah' tentera Pakatan Rakyat yang berada di atas bukit...

Lagi gambar pasukan tentera di atas bukit...ramalan awal bahawa bukit telah kita tawan..(^,^)
ke'jeles'an melanda diri bilamana tidak dapat bersama2 sahabat tentera memanah di atas bukit tersebut..

sharing moment...berkongsi sebungkus roti 50sen perasa jagung dikerat 9...Ya Allah, manisnya ukhuwwah fillah ini...tautan hati2 ini hanya untuk meraih Redha-Mu...

bertungkus-lumus eyamujahidah mencari view supaya boleh menampakkan pasukan biru di seberang sana..



kelab penyokong PAS...mari kita fikir sejenak, sedangkan mr.kumar, en.ganeshan,bro ragesh, uncle arumugam dan rakan2nya yang lain turut menyokong penuh kepimpinan Islam tanpa ragu-ragu, mengapa tidak kita yang bergelar seorang muslim? jadi, kepada mak piah,cik kiah,makcik2,pakcik2 serta seluruh pengundi2 yang turun mengundi pada 7 april ini, JANGAN RAGU LAGI. UNDILAH CALON DARI PAKATAN RAKYAT.

pemandangan di lebuhraya sewaktu perjalanan pulang..gambar diambil semasa berada di kilometer tapah-bidor..rasenyer dah jauh dari taiping tp kenderaan masih banyak di jalanraya menuju ke kl..terasa berat hati ketika meninggalkan sahabat2 yg bertugas di Bukit Gantang, namun amanah yang sedia terpikul menanti di perbukitan bangi, memaksa eyamujahidah untuk pulang ke tempat kerja...insyaAllah, mudah2an Allah akan membalas segala pengorbanan kalian di JannahNya kelak...

.: Luasnya Neraka :.




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya......'

Lalu nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya:

'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah,

kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,

kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,

tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w..: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.....

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5... Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,


Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Mar 24, 2009

Gendang Perang Sudah Dipalu..Ayuh!!!


Layari laman web rasmi PRK Parlimen Bukit Gantang.

http://prk059.pas.org.my/


Layari laman web rasmi PRK Dun Bukit Selambau.

http://prkbukitselambau.blogspot.com/


Buat semua pencinta kebenaran, ayuh bangunlah dan mari sama-sama kita berdoa agar kemenangan diberikan kepada calon Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.

mereka ada segala kelengkapan,wang ringgit dan sebagainya, JANGAN GUNDAH GULANA, kerana kita ada DOA sebagai SENJATA orang mukmin.


Mar 23, 2009

MUJAHID DAKWAH

Mari hayati senikata ini...Moga kita terus istiqomah dalam perjuangan Islam.


"Islam itu datang dalam keadaan dagang, dan ia akan kembali dagang. maka beruntunglah bagi golongan yang dagang"


MUJAHID DAKWAH

Munsyid: Nadamurni


Kamus sejarah mencatat kisah

Seorang pemuda mujahid dakwah

Ditengah gelodak arus jahiliah

Mujahid dakwah membina ta’ifah

Memimpin manusia menuju Allah

Membina asas sebuah ummah

Langkahnya kemas penuh semangat

Akhlaknya lembut sungguh memikat

Menjulang tinggi panji-panji jihad

Mahu mengubah hidup masyarakat

Memberi tarbiyyah juga nasihat

Tidak kenal jemu dan penat

Ada terdengar suara sumbang

Penuh padat dengan tuduhan

Usaha murni suci mulia

Dianggap sebagai perosak Agama

Amalan sunnah dicaci difitnah

Menjadi mainan bahan persenda

Amalan soleh tradisi anbiya’

Terus hidup berkembang semula

Satu persatu menjelma rintangan

Mahu menyekat gerak perjuangan

Namun semuanya tidak berkesan

Berkat restu keizinan Tuhan

Tidak pun sedikit menjejaskan jiwanya

Bahkan mujahid terus mara

Mujahid dakwah jauh melangkah

Merubah suasana dunia yang rosak

Dengan pengalaman jihad dan iman

Menuju zaman yang lebih gemilang

Zaman ummah kali kedua

Itulah isyarat Rasul mulia

Marilah kita junjung bersama

Islam pasti agung semula

Luahan suara yang kecil..adakah didengari..


Bismillahirrahmanirrahim…

Moga apa yg saya tulis ini menjadi satu muhasabah buat diri sendiri dan sahabat2 terutamanya yg berada dalam landasan perjuangan Islam ini…

mungkin ramai yang beranggapan bahawa saya bukanlah orang yang layak untuk membincangan isu berat seperti ini, tetapi ada kenyataan yg harus saya pikul…

“beranilah untuk memperkatakan kebenaran walaupun ia nya pahit untuk ditelan dan pedih untuk diterima…”

Saya suka untuk memulakan tutur bicara saya dengan sepotong ayat dari Al-Quran,kitab yang menjadi pegangan saya insyaAllah dulu,kini dan selamanya…


“sesungguhnya orang-orang munafik itu (di tempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka”-An-nisa: 145.


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “

Pengajaran Hadith:

1. Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

2. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

3. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

4. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Ayahanda pernah berpesan dan menasihatkan saya dan adik-beradik,

“kamu semua…janganlah kamu bersekongkol dan mempercayai golongan-golongan munafik yang membuat janji lalu tidak menepati janjinya. Mereka ini sangat merbahaya. Mereka adalah seperti duri dalam daging yang kadang2 kita sendiri tidak tahu siapa mereka. Boleh jadi orang yg kita percaya dan boleh jadi sahabat2 yg berada dalam jemaah Islam itu sendiri..Mereka inilah yang akan menjatuhkan gerakan Islam itu sendiri..”

Mungkin ada benarnya kata-kata ayahanda. Dia lebih mengerti dan fahami liku-liku kehidupan bergelar seorang ahli jemaah ini. Walaupun kudrat ayahanda sudah tidak kuat lagi untuk selalu turun berjuang bersama-sama yang lain, akan tetapi dari raut wajahnya tergambar akan satu kerisauan..Lebih-lebih lagi apabila kita berada di zaman kemenangan ini…ia merupakan satu ujian dari Allah untuk melihat adakah kita tegar, faham dan berpegang kuat kepada dasar perjuangan Islam.

Kisah ini mungkin hanyalah picisan kecil dari 1 kelompok rakyat yang tinggal di sebuah Kg. yang kecil di pinggir Banting, Selangor. Akan tetapi bermula dari Kg. sekecil Seri Cheding inilah yang telah melahirkan ramai tenaga-tenaga kerja, penerus rantaian perjuangan Rasulullah SAW, iaitu menegakkan Islam dan kebenaran.

…………………………………………………………………………………………

Truttt..trutt…sms diterima…

“Ustaz Azhar, ustaz bleh turun petang ni ke Shah Alam? Kita kena jumpa YB YS di sana.Kita usnuzon saja..YB terlalu sibuk dengan jadual dia..tak dapat jumpa kita di di Seri Cheding...xpa lah, kita berkorban sedikit demi nak tegakkan kebenaran di kampung kita.”

“Hassan, enta get ready ya. Kita pergi sama-sama petang ni.”

“Abang Der, petang nie terus ke bangunan SUK ya. Abg Chik akan pergi dengan Hassan dan Majid dari Seri Cheding.”

“Cikgu Zul, jangan lupa ya petang nie..sahabat-sahabat cawangan semua dah setuju untuk sama-sama ke sana. Kali ni kita terangkan habis-habisan pada YB YS, bagi clear pada semua orang yang selama ni salah faham terhadap cawangan kita.”


“Ana mohon maaf terpaksa mengambil waktu sahabat2 semua. Moga usaha kita dihitung Allah kelak di akhirat sana. Jumpa di Shah Alam k”


to be continued......

Mar 19, 2009

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam



Saya terbaca 1 posting yang dikeluarkan oleh sahabat maya Arruhuljadid. bagus dan terkagum saya apabila membaca posting tersebut... saya berbangga dan bersyukur kerana dipilih Allah untuk berada dalam Islam. sesungguhnya Islam lah Agama yang benar dan Agama yang Allah redha, ia merupakan Ad-Deen kepada umat manusia, dan mereka yg terpilih oleh Allah untuk berjuang mempertahankannya adalah mereka yang sangat2 beruntung kerana Allah telah menjanjikan 2 kemenangan, samada menang di medan pertempuran ataupun menang sebagai syuhada yang dijanjikan syurga oleh Allah swt...

petikan dari blog Arruhuljadid86:

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja.

Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :


Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

Melazimi zikir harian.

Melazimi olahraga atau beriadah.

Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.


Mar 17, 2009

KEM SMART SOLAT 2009


bersempena dengan cuti sekolah ini, Unit Amal Kuala Langat dengan kerjasama Nisa' Kuala Langat akan menganjurkan 1 program KEM SMART SOLAT 2009 khas untuk adik2 kita yang tengah syok bercuti tue..

KEM SMART SOLAT

TARIKH : 22 MAC 2009 (AHAD)

MASA: 8.30 PAGI - 5 PETANG.

TEMPAT: MASJID KG SIJANGKANG, KUALA LANGAT,SELANGOR.

ANJURAN: Unit Amal Kuala Langat Dengan kerjasama Nisa' Kuala Langat, Komuniti Masjid Kg. Sijangkang dan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sijangkang.

YURAN PENYERTAAN: RM5 SAHAJA.

PESERTA: Berumur 10-12 tahun.

LAYARI : www.nisakualalangat.blogspot.com
untuk maklumat lanjut.

Cubaan pertama ke dunia perniagaan..(^,^)

salam,

Alhamdulillah, berkat doa kedua ibu bapa serta dorongan ahli keluarga serta sahabat handai, maka akhirnya dapat juga saya membuka 1 perniagaan berasaskan makanan, GIZZA HASANAH atau maksudnya, makanan yang sihat lagi baik. ia bukanlah satu bisnes yang besar pun, masih dalam proses untuk didaftarkan sebagai syarikat perkongsian antara saya, kakak dan rakan saya.

setakat ini produk utama adalah makanan berat. nak tahu lebih lanjut bleh tgk kat sini:


http://www.gizzahasanah.blogspot.com/

kami juga akan melancarkan produk berasaskan coklat,badam dan kurma...tunggu dan lihat sahaja nanti..hehe..

yang pastinya matlamat utama kami adalah untuk memberikan inisiatif kepada mereka yang ingin mendapatkan tempahan makanan dalam kuantiti yang banyak tetapi murah,berkualiti,baik dan semestinya halal.


“Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah: 168)

Mar 16, 2009

TangaN-TaNgan Amal


Alhamdulillah, selesai sudah program SEMINAR HALATUJU PPSMI yang telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi...
terlalu banyak input2 dan perkara2 penting tentang isu PPSMI ini serta telah dibincang dan dibentangkan dengan baik sekali oleh para pembentang.

antara pembentang yang telah mencuri perhatian saya adalah Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan. beliau dari Institut Peradaban Melayu UPSI. antara kata-kata beliau:

"..pejuang bahasa bukanlah bermakna kita membenci bahasa inggeris. Gunalah bahasa inggeris tetapi jangan sampai minda kita dijajah dengannya kerana jika sekali minda kita dijajah di dalamnya,selamanya kita akan hilang daya kreativiti dan hanya mampu menjadi peniru selama-lamanya.. Lihat seperti negara Jepun misalnya, mereka terkenal dengan sikap 'BONGSAI', iaitu suka mengecil-ngecilkan sesuatu. telefon bersaiz besar, dikecilkan. radio besar, dijadikan walkman dan mp3. kereta berenjin besar, diubah menjadi sekecil-kecil enjin. mereka ini mampu berdaya saing dan maju kerana minda mereka tidak dikongkong dengan jajahan bahasa. mereka tetap dengan bahasa negara mereka sendiri.. "

kepada seluruh warga kerja seminar, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama baik yang diberikan khususnya kepada unit jamuan, kumpulan kerja saya yang pantas,comel dan berdedikasi..hahaha


tapi agak terkilan sbb xsempat nak bergambar skali ngan jemputan2 penceramah (gambar diatas)...ketika itu saya sedang sibuk melayan para tetamu dan xsedar bile mase urusetia2 nie bergambar ngan penceramah. mula2 tue rasa macam moral nak down, tapi bila melihat2 kembali..oh, mujur ade wakil unit jamuan disitu..lalu moral xjadi down..kehkehkeh..


alhamdulillah.. akhirnya kami ajk seminar dapat juga bergambar bersama-sama...sebagai kenangan untuk diceritakan pada anak cucu masing2 kelak..haha



saya ingin memetik kata2 tuan setiausaha program, eh bukan..mantan tuan setiausaha program..

"unit jamuan penting bagi memastikan tiada berlaku 'moral down' dikalangan urusetia program.."

sungguh benar kata2 itu...saya jarang memegang tanggungjawab sebagai unit jamuan, terutamanya apabila berurusan dengan pihak caterer..jadi pengalaman sebagai unit jamuan untuk seminar nie amat2 berharga untuk saya...kenangan manis, pahit, tawar, masin, sejuk,panas...bunyi macam rasa makanan plak..tp itulah hakikatnyer..hehe..

saya selaku wakil unit jamuan mohon jutaan kemaafan kepada seluruh warga kerja seminar ppsmi sekiranya ada berlaku kekurangan dan kelompangan sewaktu menjalankan tugas sebagai unit yang menjaga makan dan minum semua yang ada di seminar itu.

walaupun saya jarang menonton rancangan wondetpet kesukaan anak2 sedara saya itu, akan tetapi saya sangat suka dengan 1 kata2 dari cerita wonderpet itu...

"apa yang PENTING? KERJASAMA!!!"

kami tak besar,
dan kami tak kuat,
bila bekerJASAma (berjemaah),
semua jadi mudah...

Takbir!! AllahuAkbar!!

(^,^)v


Mar 10, 2009

SEMINAR PPSMI (PANDANGAN DARI SUDUT AKADEMIK)


Tarikh : 14 Mac 2009
Masa : 8.00 - 5.00 petang
Tempat ; Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Para Pembentang Kertas Kerja;

Datuk Dr Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa

Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris

Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI

Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia




Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:

Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo. com

Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo. com.my

Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@ yahoo.com

Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo. com



Yuran Penyertaan;
Orang Awam (RM30)
Pelajar (RM15)

(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)

Mar 5, 2009

Mansuhkan PPSMI

Selamatkan Bahasa Ibunda Kita

Bahasa Melambangkan Bangsa. Ayuh ke Istana Negara pada 7 mac 2009 ini!!

JaRuM-JaRuM KristiaNisaSi..hati2 sahabat2 ku

Jangan nyanyi lagu ini!!!

ini Liriknya :

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti
...


"SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA KHASNYA"

Sebarkan!!!