Feb 27, 2009

MANSUHKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI)


Kami dari Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memohon pertimbangan pihak kerajaan dan sokongan Wakil Rakyat dalam Parlimen supaya keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dimansuhkan untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh beratus ribu pelajar kita, terutama di sekolah kebangsaan di luar bandar, dan untuk mengelak kemungkinan bahasa Melayu dan bahasa Ibunda termusnah sebagai bahasa ilmu, khususnya sebagai bahasa sains, akibat keputusan yang tidak munasabah itu.

Latar Belakang

1. Sebagaimana kita semua maklum, dasar pengajaran sains dan matematik dan semua mata pelajaran lain dalam bahasa kebangsaan di Sekolah Kebangsaan telah dilaksanakan secara tegas sejak tahun 1970. Setelah dasar itu berjalan selama 37 tahun hingga tahun 2003 tiada apa-apa masalah serius yang berlaku pada keupayaan pelajar kita dari semua kaum untuk menguasai ilmu sains dan matematik dan segala cabangnya dalam bahasa kebangsaan. Buku-buku teks dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan dari darjah Satu hingga ke Tingkatan VI semuanya cukup, tidak timbul apa-apa masalah kekurangan buku teks. Hasil kegigihan Dewan Bahasa Dan Pustaka membina peristilahan sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan, yang melibatkan ratusan ahli bahasa dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu, masalah peristilahan sains tidak timbul lagi dalam tempoh itu.

2. Hasilnya, ratusan ribu pelajar dari semua kaum berjaya mempelajari sains dan matematik dalam bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan negara ini, dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, bahkan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Dasar itu telah berjaya melahirkan puluhan ribu sarjana, profesor, pensyarah, ahli sains, pakar-pakar perubatan dan pakar dalam pelbagai bidang ilmu yang lain yang terdidik dalam bahasa Melayu melalui system pelajaran kebangsaan itu. Universiti Kebangsaan Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 1970 menjadi bukti nyata tentang kejayaan dasar pelajaran kebangsaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua kursus.

3. Ilmu yang diajarkan itu, sains dan matematik yang diajarkan itu dalam bahasa kebangsaan negara ini, adalah ilmu yang secara asasnya sama di mana-mana sahaja ilmu itu diajarkan dalam bahasa apapun di sekolah dan di universiti di negara-negara lain. Kalau kita hitung-hitung, kita akan menyedari bahawa di seluruh dunia ilmu itu lebih banyak diajarkan dalam bahasa-bahasa lain daripada dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, lihat Lampiran A yang menunjukkan bahasa yang digunakan di sekolah dan di universiti di 5 buah negara di Asia, iaitu Jepun, Korea, China/Taiwan, Indonesia, Vietnam, dan Thailand. Semua negara Eropah dan negara-negara Skandinavia menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing, tidak bahasa Inggeris, untuk mengajar semua bidang ilmu dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi, dan negara-negara itu semuanya maju sains dan teknologi.

4. Maka hairanlah kami mengapa kerajaan atau pemimpin kerajaan (berbangsa Melayu) tiba-tiba, tanpa rundingan, tanpa kajian, tanpa sebab yang munasabah mengubah dasar pengajaran sains dan matematik itu dari bahasa kebangsaan kita balik semula ke bahasa Inggeris (seperti dalam zaman penjajahan British dahulu) setelah dasar menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matamatik sejak tahun 1970, tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius, seperti yang disebutkan di atas. Keputusan yang mengejut itu telah menimbulkan banyak masalah, meleret-leret sampai enam tahun lamanya!

MASALAH YANG DITIMBULKAN OLEH PPSMI

5. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebnaykannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris.

6. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI.

7. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 5 dan 6 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.[Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai ‘otak’ atau minat untuk belajar atau mengetahui sains atau matematik; puncanya ialah, mata pelajaran ini diajarkan dalam bahasa yang pelajar itu tidak faham, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

8. Hasil kajian sebenar yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar. Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang menundum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

9. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

10. Penggunaan bahasa Inggeris tidak boleh dikaitkan dengan peningkatan atau penurunan keputusan yang dicapai untuk mata pelajaran sains dan matematik. Menggunakan keputusan UPSR sebagai kriteria penanda aras penentuan sama ada PPSMI boleh dikekalkan atau dimansuhkan adalah ukuran yang tidak tepat dan tidak wajar. Ini kerana kaedah yang digunakan ialah Kaedah Rujukan Norma. Mengikut Kaedah Rujukan Kriteria, sesuatu gred itu ditetapkan dahulu, manakala Kaedah Rujukan Norma menjurus kepada pencapaian keseluruhan murid yang mengambil peperiksaan dalam satu-satu subjek. Sehubungan ini, min atau purata markah dan sisihan piawai (standard deviation) diambil kira bagi menentukan markah lulus dan gagal. Misalnya, dalam tahun 2007, dari 500,596 pelajar yang mengambil subjek Matematik, purata markah yang dicapai oleh calon ialah 43 dan sisihan piawai ialah 8, maka markah lulusnya ialah 43-8 = 35. Dalam tahun 2008-an, andainya purata markah ialah 38 dan sisihan piawai 8, maka markah lulusnya ialah 38-8=30. Malah, sebagai perbandingan, berdasrakan markah lulus 35 dalam tahun 2007, peratusan lulus UPSR Matematik (A, B, C) ialah 82% dan pada tahun 2008 markah lulus 30, peratus calon yang lulus mungkin 82% juga. Pada pandangan orang awam, itu tidak menunjukkan ada perbezaan prestasi, padahal kalau mengikut markah sebenar, jelas murid-murid tahun 2008 lebih rendah prestasinya daripada prestasi murid-murid tahun 2007. Dengan kata lain, markah lulus direndahkan, tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa jumlah pelajar yang lulus sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ‘makin meningkat’. Tetapi ini cara mengelat. Kita menurunkan markah lulus. Akibatnya, mutu pengetahuan sains dan matematik p[elajar kita tidak tinggi, tetapi rendah.

Jangan Gunakan Pandangan ‘Tangkap Muat’ Untuk Mempertahankan PPSMI

11. Kalau orang yang membuat dasar ini dan para pegawai di Kementerian Pelajaran hendak mengetahui keadaan sebenarnya pergi ke semua sekolah kebangsaan di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan di Sarawak dan di Sabah, di ulu-ulu, duduk dalam kelas-kelas memerhatikan apakah semua pelajar di situ faham atau tidak faham sains dan matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris yang tidak difahami oleh ratusan ribu pelajar itu.

12. Ini bukan masalah beberapa orang atau beberapa kelompok orang yang berkepentingan sahaja; ini masalah negara, masalah masa depan anak cucu kita dalam bidang pendidikan dalam bahasa ibunda sendiri.

13. Beberapa banyak kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar di seluruh, mengatakan secara pasti bahawa manusia mulai peringkat kanak-kanak lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri. Cuba bayangkan masalah kanak-kanak Melayu atau kanak-kanak kaum lain, yang sudah mengetahui bahasa Melayu atau bahasa sendiri, tiba-tiba apabila masuk sekolah Darjah Satu diajarkan sains atau matematik atau ilmu kira-kira dalam bahasa yang mereka tidak faham sepatah pun.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. GMP tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau didorong oleh perasaan anti bahasa Inggeris. GMP juga bukan ‘gila bahasa Melayu’. Kami cuma mahu mempertahankan kebenaran. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong. Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Mengatakan bahawa orang Melayu tidak akan maju dalam bidang sains dan matematik kalau ilmu ini tidak diajarkan dalam bahasa Inggeris, ini adalah kenyataan atau pandangan orang yang jahil. Apakah bangsa-bangsa lain, seperti bangsa Cina, bangsa Jepun, bangsa Korea, bangsa Perancis dan bangsa Jerman dan bangsa Thai, misalnya, tidak maju dalam bidang sains dan matematik kerana ilmu ini diajarkan dalam bahasa masing-masing, tidak dalam bahasa Inggeris? Apakah profesor matematik atau profesor sains yang mengajar ilmu ini dalam bahasa Melayu tidak maju, atau lebih bodoh daripada profesor sains dan matematik yang mengajar dalam Inggeris? Orang yang membuat dasar itu perlu menjawab soalan seperti ini – jawapan yang benar, yang saintifik, tidak emosional.

16. Hal yang sangat menghairankan ialah, ‘pendapat’ atau ‘teori’ yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

17. Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik.

18. oleh sebab itu, kita menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk memperbaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita menguasai bahasa ini dengan cukup baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

19. GMP tidak menentang kerajaan atau berhajat untuk ‘bergaduh’ dengan kerajaan atau mana-mana pihak tetapi hanya berasa terpanggil untuk sama-sama memberikan kerjasama menyelesaikan masalah yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat tidak kira kaum dan orientasi politik atau parti politik masing-masing.

20. GMP akan menjalankan kegiatannya ‘dengan waras’, rasional, berdasarkan hujah dan fakta yang dapat kami pertanggungjawabkan. Kami tidak akan menggunakan cara yang boleh menyalahi undang-undang negara atau tatasusila sosial dan moral bangsa kita. Kami tidak akan mengadakan tunjuk perasaan atau demonstrasi jalanan.

Dato’ Dr. Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)
Mewakili seluruh anggota dan penyokong Gerakan ini

Tarikh 17 Februari 2009.

...........................................................................................................................................................................

saya menyokong penuh usaha2 gerakan untuk mansuhkan PPSMI.

Bahasa melambangkan bangsa...bahasa ibunda dipinggirkan, bangsa melayu pun akan terus dipinggir...dan terus layu...

ayuh! sama2 kita turun ke himpunan 100,000 rakyat membantah PPSMI pada 7 mac 2009 ini..

Feb 20, 2009

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza


(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang dipaparkan di sebuah majalah Arab)


Kisahnya bermula disini......

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi dalam bulan Januari lalu.

Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero dunia...


Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.



Tragedi dasyat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.

Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

(gambar hiasan)

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta' yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.- azm

Sekiranya anda bersimpati, sudilah hulurkan sumbangan,demi insan-insan yang sedang dizalimi di Palestin melalui Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298


copied from: azamin amin.(harakahdaily)

Feb 18, 2009

MaRi Ke PesTa BuKu BanGi


Jom Pakat ramai-ramai kita ke Pesta Buku Bandar Baru Bangi 2009.

Bermula dari 18 februari 2009 - 1 mac 2009.

Tempat : Kompleks PKNS bangi.

Masa : 10 pagi - 10 malam


~ps: sape yg nak beli buku dengan harga yang berpatutan..haaah..inilah masanya... datang tau, jangan xdatang!!! (^,^)



Panduan Melaksanakan Solat Hajat

Salam sahabat...

sedar atau tidak, sebenarnya masih ramai lagi orang disekeliling kita yang keliru dan tidak tahu bagaimana cara untuk melaksanakan solat hajat...

lebih-lebih lagi dalam situasi genting sekarang ini...isu rampasan kuasa di Perak, pilihanraya kecil parlimen bukit gantang dan dun selambau, penindasan yahudi laknatullah terhadap saudara-saudara Muslim kita di Palestin dan sebagainya, perlunya kita menguatkan kebergantungan kita dengan Yang Maha Kuasa,Allah swt..

saya merasakan memang ramai yang ingin membantu dengan berdoa dan meminta pertolongan dari Allah, antaranya dengan melaksanakan solat sunat hajat 2 rakaat.. tetapi ada segelintir yang yang kurang faham bagaimana ingin melaksanakan solat hajat.

saya bukanlah ahli yang terbaik untuk memberikan penerangan yang hebat dalam hal berkaitan ibadah akan tetapi moga ilmu ibadah saya yang sedikit ini saya dapat sama2 berkongsi dengan sahabat2 sekalian...

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah sekarang, pelbagai versi solat hajat yang saya pelajari daripada mereka yang berpendidikan agama. Lebih-lebih lagi dalam bilangan bacaan, surah yang dibaca, sujud meminta hajat sebelum atau selepas salam dan sebagainya.



Cuma saya ingin berkongsi kaedah pelaksanaan solat sunat hajat seperti yang tertulis di dalam kitab Al-Qirthaas, Syarah Raatib Qutub Al Anfaas Alhabib Umar Bin Abdurrahman Al-Attas yang ditulis oleh Al'Allaamah Alhabib Ali Bin Hasan Abdullah Bin Husen Bin Umar Al-Attas Baa'alawi Alhadhrami.

Menurut Asy Syaikh Abul Khair Alyamaani Asy Syarji yang telah mengutip dari Muhammad bin Darsituwiyyah, ia telah berkata:

" Aku telah melihat pada Kitab Al Imam Asy Syafi'i (rahimahullah) yang ditulisnya sendiri tentang 'Solat Hajat' untuk 1000 (seribu) hajat atau keperluan, yang diajarkan oleh Nabi AlKhidhir kepada sebahagian hamba-hamba Allah iaitu melakukan solat 2 (dua) raka'at sebagai berikut:

Pada raka'at pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun (10 kali)

Pada raka'at kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas (11 kali)

Kemudian sesudah salam,

ia sujud kembali sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 10 kali.

disusuli dengan mengucapkan "Subhaanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar Walaa Haula Wala Quwata Illa Billahil A'liyyil A'zim" sebanyak 10 kali.

Kemudian disusuli dengan "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina A'zabannar" sebanyak 10 kali juga.

Kemudian mintalah hajat kepada Allah, Insya-Allah akan terkabul.


Alhakim pernah berkata,"Barang siapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya".

Mudah-mudahan dengan adanya sedikit ilmu ini akan menambahkan pengetahuan kita untuk dikongsi bersama umat-umat Islam yang lain.

Wallahua'lam.

Selamat Ber'amal!!

(Untuk perhatian: Bacaan ayat Quran dalam bentuk tulisan rumi boleh mengandungi kesilapan. Bacaan yang terbaik adalah dalam bentuk tulisan Arab itu sendiri. Harap maaf sekiranya terdapat kesilapan pada tulisan rumi tersebut)

Feb 12, 2009

omongan kosong dari seorang yang sakit kepala..

Salam 'Alaik...

lame juga saya tak update blog nie...

minta maaf sahabat2 ku sekalian..

2-3 minggu ini saya agak sibuk menguruskan project supervisor saya, permasalahan ummat, peristiwa di Perak, meeting nisa dan sebagainya menyebabkan saya terlepas pandang untuk meng 'update' blog saya ini...

hari nie saye nak merepek2 saje...mungkin kepala saya sudah agak padat untuk memikirkan benda2 yang berat...kalu disumbat lagi bleh meletup umpama volcano memuntahkan lahar nya..

erm..tentang isu yang berlaku di Perak sekarang ini, saya tidak akan membincangkan dengan lebih terperinci lagi..sahabat2 bleh rujuk dn lihat di laman2 web dan blog seperti harakahdaily, malaysiakini, aduntitiserong, pas perak dan juga blog2 sahabat2 saya seperti arruhuljadid86, mujahid dan sebagainya..

untuk entri saya yg akan datang nanti saya akn cube mengulas topik berkenaan isu di Perak ini..stakat ini, saya masih dalam proses mengumpulkan data dan maklumat2 yang perlu...insyaAllah akn cube memberikan pandangan berkaitan dengan isu ini menurut persepsi saya sendiri selaku pemerhati politik...(^,^)

erm...semalam saye telah diberi offer oleh seseorang yang saya amat rapat...bukan offer cam katak melompat parti tue..nie offer untuk membeli rumah. dia nak jual rumah dia dengan saya..dari segi harga tu, dia bleh nego sbb bukan org lain pun, shbt sendiri...saya pada mulanya terkejut juga dengan tawaran sahabat saya itu, tetapi dia memberitahu dia sekarang ini nak jual rumah dia pada orang yg dia dh kenal..sebab dia cam sayang jg nk lepaskan umah tue pada orang yang dia xkenal...coz dia dh siap wat renovation pada rumah tue..erm...saya pun ada terfikir untuk membeli rumah, tapi bukanlah pada masa terdekat ini..itu perancangan jangka panjang..

agak menarik juge tawaran dia tue..saye dh pun tgk2 umah tue..amat2lah dekat ngan tempat saye menuntut skrang nie...pastu plak, memang dah lame teringin nak duk di bangi...suke ngan suasana di sini...erm..tetapi halangan saya yang terbesar adalah dari segi kewangan dan family saya sendiri...duit xcukup,xyah la fikir nak membeli rumah lg..betul x? hehe...

entri saya kali ini agak merapu dan merepek sedikit..tetibe je bincang soal nak membeli rumah plak..hehe..erm, ape2 pun, bagi sahabat2 yang dah ade planning untuk mendirikan rumah tangga tue ataupun yang dah berumah tangga tapi teringin nak mempunyai rumah sendiri...n budget pun dh cukup..

anda dah boleh kot untuk fikir2 kan untuk membeli kediaman sendiri...(^,^) walau dimane pun lokasi rumah baru anda tue..yang paling penting anda tetap dapat terus bergerak kerja untuk Islam dan menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan Ummat,insyaAllah...

its better for me to stop right now before i jadi merapu n merepek dengan lebih panjang lagi...

tq for reading this entri..segala yang merapu tu datang dari diri saya sendiri....

Salam...



Feb 6, 2009

Surat MB Perak, Nizar kepada Sultan

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan - azm _

Feb 4, 2009

betul ke kaum yahudi nie bijak?

Assalamu'alaikum...


salam perjuangan buat shbt2 yg berkunjung ke blog ini...


selama ini kita duk terfikir awatnya yahudi nie bijak..sampai hampir 70% ekonomi dunia dikawal oleh mereka...


semalam saya berkesempatan untuk berdiskusi sedikit bersama teman2 serumah...tentang mengapa kaum yahudi laknatullah nie mempunyai pengaruh yang sangat besar sampai hampir semua negara2 di dunia nie tunduk dan patuh pada mereka walaupun mereka nie bertindak kejam dan zalim terhadap umat Islam khususnya di bumi Palestin..


Kisah serangan Israel terhadap Palestin bukanlah satu isu yang kecil bg kita umat Islam. Ya, memang sejak dulu lagi, yahudi adalah musuh Islam. Kekejaman mereka tiada bandingan.

kemudian, beberapa sebulan yang lalu pula sehinggalah sekarang, kita dapat membaca tentang serangan YAHUDI di dada2 akhbar. Walaupun serangan telah dihentikan (kononnya genjatan senjata), namun kesannya masih dirasakan….


Apabila menyebut tentang Israel atau yahudi, hati saya rasa terbakar2..! Benci saya membuak2.!! Sakit hati saya tak dapat nak diluahkan!! bencinya saya dengan puak yahudi niee..!!!


Sesungguhnya saya membenci mereka sepenuh hati!!!

Jika kita lihat hidup kita pada hari ini, sedar atau tidak, kita sebenarnya bergantung kepada mereka… setiap keperluan hidup terutamanya makanan dan barang2 kegunaan harian, kebanyakannya adalah produk2 dr Israel. Kerana itu mereka mempunyai sumber yg cukup untuk memperhebatkan lagi serangan2 di Gaza kerana sedar atau tidak penyumbang untuk setiap peluru dan bom di palestin itu adalah kita sendiri…umat Islam sendiri....


Saya rasa, menanam kebencian terhadap yahudi itu adalah tindakan terbijak yg mampu saya ambil… namun tiba2 saya rasa terpanggil, untuk mencari2 jawapan sendiri… Bagaimana yahudi boleh menjadi sangat hebat?


Bagaimana mereka mampu melaksanakan jajahan minda dengan baik? Apa rahsia mereka hinggakan kuasa2 besar juga bisa tunduk di bawah mereka? Apa yg kita biasa dengar dan lihat, walaupun org2 yahudi ini terkenal dgn kekejaman mereka, tetapi mereka ttp dihormati dan digeruni kerana mereka sangat pintar dan bijak terutamanya dalam urusan perniagaan.

dicelah2 kesibukkan diri, Saya cuba mencari2 jawapan sehinggalah saya terbaca satu artikel berjudul “Why the JEWS are genius?”… ini adalah thesis yg telah dibuat oleh Dr. Stephen Carr Leon dari California.


Kajian beliau merangkumi aspek gaya hidup masyarakat Yahudi… Setelah berbincang2 bersama dengan kawan2 serumah saya tentang artikel ini, kami dapati, walaupun bg mereka ISLAM adalah musuh utama, namun cara dan gaya hidup mereka, banyak mengikuti anjuran2 ISLAM dan SUNNAH RASULULLAH


Jom sama2 kita tgk dan baca isi kajian Dr. Stephen Carr Leon nie..


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir
lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah
pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak
awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?

Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.


********************************************************************************************


TAMBAHAN komen : cuba perhatikan cara pemakanan org yahudi… pernahkah sahabat2 terbaca tentang “CARA RASULULLAH MAKAN?” saya ade tulis sedikit tentang cara makan Rasulullah SAW di blog saya...mungkin sahabat bleh rujuk semula...sedikit renungan mari kita lihat SUNNAH RASULULLAH yg sepatutnya kita ikut. Berikut adalah diet Rasullulah SAW. Menurut Ustaz Abdullah Mahmood, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Diet baginda adalah:
(1) Jangan makan SUSU + DAGING
(2) Jangan makan DAGING + IKAN
(3) Jangan makan IKAN + SUSU
(4) Jangan makan AYAM + SUSU
(5) Jangan makan IKAN + TELUR
(6) Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
(7) Jangan makan SUSU + CUKA
(8) Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
(9) JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
(10) TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. (11) JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Perasan atau tidak, org2 yahudi sendiri mengikut cara pemakanan Rasulullah. Sedangkan kita? Kalau di rumah, sejak kecil lagi, saya sudah terbiasa makan ayam bersama ikan… kadang2 daging bersama ikan atau seafood yg lain…


tak perlu fikir jauh, kalau kita makan tomyam pun dah macam2 jenis ‘haiwan’ ada dalam tomyam tu kan? Kalau hidangan lengkap di rumah, suri2 rumah biasanya memasak satu hidangan sayur, kemudian menu utama dan lauk goreng sebagai sampingan. Contohnya ayam masak kicap, sayur dan ikan goreng…


ataupun kari ikan, sayur goreng dan telur dadar. Itu belum masuk bab sangat2 menggemari kari kepala ikan lagi kan? Hidangan2 ini nampak sempurna dan menyelerakan, kita juga boleh kata makanan2 ini seimbang kononnya, tapi hakikatnya cara pemakanan seperti inilah yang mampu melemahkan perkembangan otak kita...


pada pandangan saya sendiri, orang Melayu kurang menitik beratkan soal melatih anak2 utk perkembangan minda mereka. Rupa2nya seawal di dalam perut, kita sudah boleh menjana pertumbuhan minda anak2 kita… Jadi saya rasa masih belum terlambat utk kita laksanakannya… apa kata kita mulakan dr sekarang utk menjadikan generasi2 depan iaitu anak2 kita sendiri nanti sebagai generasi2 yang sihat fizikal dan mantap mentalnya… (^,^)..mereka lah bakal jundi2 Islam suatu hari nanti yang akan menghapuskan yahudi laknatullah ini...saya juga berazam untuk ini...(^,^)


Dan disamping itu juga, tidak lupa menyemai dan menghidupkan rohani mereka… Apa yang baik sama2 kita kongsi, dan yg buruk itu sama2 kita jadikan sempadan dalam hidup kita..


'Al-Islam Ya'lu Wala Yu'la 'Alaih


eyamujahidah 09

Feb 3, 2009

MALAM SAVE GAZA & SOLAT HAJAT PERDANA 10RIBU UMMAT.

TARIKH : 7 FEBRUARI 2009 (SABTU MLM AHAD)

TEMPAT : STADIUM SEKSYEN 15, BANDAR BARU
BANGI.

MASA : 8 MLM - 12 MLM.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TENTATIF PERJALANAN PROGRAM :

8.00 MLM -ketibaan para hadirin dan
jemputan.
8.40 MLM -solat isyak berjemaah
-SOLAT HAJAT PERDANA

9.10 MLM -Laungan slogan Anti Yahudi
-Persembahan nasyid
(Rabbani,Muadz dan Daie)
-Persembahan pentomen (KUIS)

10.00 MLM -Ucapan YDP PPBBB & Wakil NGO
-Pidato Jihad Palestin
-Penyerahan Mock Cek sumbangan
-Resolusi

12.00 MLM -Penutup


MARI DATANG BERAMAI-RAMAI...
BERSATU UNTUK GAZA!!!

*Sila berwuduk di rumah & bawa tikar untuk solat...(^,^)

Feb 2, 2009

FaMilY GaTheRing BLn 2...mcm ada..

Salam 'Alaik..
Salam PerjuaNGan..

Bila semua berkumpul, macam2 kisah ada...begitu juga dengan saya...
sekadar ingin berkongsi dengan sahabat2...bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar, mesti akan menantikan saat family gathering kan..sbb waktu itulah, sume adik-beradik dapat berkumpul dan duduk bersama membincangkan segala mcm perkara...hehehe...

semalam,1 februari 2009, kami adik-beradik ambil kesempatan dengan cuti minggu n cuti hari wilayah untuk berkumpul di rumah ayahanda n bonda kami...seronok sgt2 dpt jumpe...walaupun masing2 berlatar belakangkan pergerakkan politik yang berbeza (PKR dan PAS...minta maaf,UMNO tiade dlm list),profession dan sebagainya, akan tetapi kami mempunyai 1 ikatan yang sangat kuat..ikatan adik-beradik yang xkan putus..bak kata pepatah, air yang dicincang xkan terputus...

banyak perkara yang kami bincangkan bersama...Alhamdulillah,inilah hikmah bila segala permasalahan dibincangkan secara syura (mesyuarat)...(^,^)

last but not least...terima kasih buat semua ahli keluarga Hj. Tohar dan Hajjah Noriah atas kehadiran kalian semalam..semoga kita semua sentiasa berada dibawah naungan kasih sayang Allah,insyaAllah..

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(surah At-Tahrim:6)