Jan 30, 2009

TeriMaLah KeBenaRan WaLau Dari Mana DaTAngnya ia...

Bismillahirrahmanirrahim…


Salam perjuangan, salam ukhuwwah fillah buat sahabat-sahabat yang sudi meluangkan sedikit waktu untuk berkunjung ke blog saya yang tidak seberapa ini.


Untuk entri kali ini, saya suka untuk menulis satu topik yang saya rasa amat-amat penting di kala kita berada dalam suasana kemenangan ini, tidak kira diluar mahupun di kampus.


Saya mahu cerita tentang keutamaan dan kepentingan UKHUWWAH ISLAMIYYAH. Pada pandangan peribadi saya, rukun bai’ah yang kesembilan ini (menurut imam Hasan Al-Banna) merupakan satu cabang yang sangat penting dalam kehidupan kita terutamanya kepada mereka yang berada dalam landasan dakwah ini.


Saya melihat ramai dikalangan mereka yang berada dalam landasan dakwah ini telah hilang prinsip serta kefahaman mereka terhadap peripentingnya ikatan UKHUWWAH (persaudaraan sesama muslim). Hanya kerana perbezaan pendapat dan pandangan telah menyebabkan sebilangan kita mengambil sikap menyisihkan sahabat sendiri, berpuak-puak @ kronisme, berpecah lalu yang paling menyedihkan adalah wujudnya sikap membenci sahabat sendiri. Na’uzubillah…moga Allah jauhkan saya dan sahabat-sahabat semua dari sikap sebegini.


Lihatlah kembali pada generasi yang dididik oleh Rasulullah SAW yang menjadi ikutan kita, walaupun mereka berselisih pendapat dan pandangan dalam perkara fiqh, namun mereka tidak berpecah dan tidak saling membenci antara satu sama lain kerana mereka SANGAT FAHAM bahawa ikatan ukhuwwah islamiyyah itu sangat penting. Bagaimana pula kita pada hari ini?


Imam Hasan Al Banna pernah berkata:


“aku maksudkan dengan ukhuwwah ialah: hati dan jiwa ditautkan dengan aqidah. Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan paling berharga. UKHUWWAH adalah saudara bagi IMAN. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh adalah kekuatan jemaah(kesatuan). Tidak akan ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah kesejahteraan hati(terhadap saudara sesama Muslim dan berlapang dada) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri). Allah swt berfirman maksudnya: dan sesiapa yang dipelihara oleh Allah daripada kebakhilan dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.


Saudara Muslim yang sebenar,akn memandang saudaranya adalah lebih utama dari dirinya sendiri, kerana jika ia tidak bersama mereka nescaya ia tidak akn bersama dengan orang lain manakala jika mereka tidak bersamanya, mereka akan bersama orang lain. Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpisah jauh. Seorang mukmin dengan saudara mukmin yang lain ibarat sebuah bangunan yang saling menguat antara satu sama lain. Firman Allah swt yang bermaksud: orang-orang mukmin itu(lelaki dan perempuan)sebahagiannya menolong sebahagian yang lain.”


BEGINILAH YANG SEPATUTNYA diamalkan….


Tiada ukhuwwah tanpa iman, dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah, sepertimana tidak ada persahabatan tanpa taqwa dan tidak ada ketaqwaan tanpa persahabatan. Tiada persahabatan tanpa taqwa adalah berdasarkan kepada firman Allah :


الْأَخِلَّاء يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ

Pada hari itu sahabat-sahabat karib,sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

(surah Al-Zukhruf:67)


Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, di mana kita meletakkan rukun ukhuwwah islamiyyah dalam kehidupan kita sehari-hari?


Al-Quran telah memberikan gambaran yang indah tentang keunggulan ummat yang menjaga ukhuwwah sesama mereka. Firman Allah dalam surah Al-Fath ayat 29:


“Nabi Muhammad ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya adalah bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, dan sebaliknya mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri(muslim). Engkau melihat mereka tetap beribadat,rukuk,sujud dengan mengharapkan limpah kurnia(pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaannya. Tanda yang menunjukkan mereka(sebagai orang yang soleh) terdapat pada muka mereka-dari kesan sujud dan ibadah mereka yang ikhlas.”


Mari kita renungkan dan fikir-fikirkan bersama…adakah kita pernah menyakiti sahabat-sahabat kita? Adakah kita pernah tikam belakang sahabat-sahabat kita sendiri?


Berpura-pura baik di hadapan mereka akan tetapi di belakang mengutuk dan mengumpat sahabat-sahabat kita sendiri?


Ataupun adakah kita pernah menyisihkan sahabat kita sendiri hanya disebabkan kesilapan yang orang lain lakukan tanpa kita berfikir secara rasional dan mencari bukti yang sahih?


Adakah kita pernah membiarkan sahabat kita terus dijatuhkan hukuman tanpa memberikan dia sedikit ruang untuk membela dirinya?


Apakah sikap-sikap sebegini yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW kepada ummatnya?


Adakah ini sikap yang patut ada pada seseorang yang menggelarkan dirinya membawa panji-panji perjuangan Islam?


TIDAK sahabat-sahabat!!!


Wahai sahabat-sahabat saya sekalian…jika sekiranya kita pernah melakukan sikap-sikap yang boleh menghancurkan ikatan ukhuwah Islamiyyah ini…maka saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah..dan pergilah berjumpa dengan sahabat yang kita pernah buat silap padanya,mohon ampun dan berterus teranglah…


Jangan sampai kita TERLEWAT…kerana ajal maut ditangan Allah, bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawa kita mahupun sahabat yang kita sakiti itu…jika sudah terlambat, menyesal dan menangis airmata darah sekalipun tidak berguna lagi…


Renungkanlah bersama kata-kata yang dilontarkan oleh Imam Al-Banna kepada IKhwan:


“berkasih sayanglah antara kamu satu sama lain,berusahalah ke arah ikatan sesama kamu. Ia adalah rahsia kekuatanmu, dan tunggak kejayaan kamu. Thabatlah kamu sehingga Allah membuka pintu hati antara kamu terhadap agama yang hak, sesungguhnya Allah Maha Pembuka pintu hati.”


Saya memohon kemaafan jika sekiranya entri kali ini menyinggung perasaan sahabat-sahabat yang membacanya, saya hanya berpegang pada hadith Rasulullah SAW ini:


“Katakanlah yang sebenarnya, walau kadangkala kebenaran itu menyakitkan”


Dan saya juga teringat akan kata-kata Saiyyidina Umar Al-Khattab kepada anaknya:


"Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya."


Wallahu ‘Alam…

Salam Ukhuwwah Fillah…

Jan 23, 2009

TazkiRah Ed. 1 : 5 pelan tindakan Rasulullah SAW

Kuliyyah Maghrib Surau An-Nur

Tarikh : 20/01/09 bersamaan 23 Muharram 1430H

Oleh : Ustaz Halim Din

Tajuk: 5 pelan tindakan utama hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah.


Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat serta salam dipanjatkan buat junjungan mulia, Muhammad Rasulullah SAW serta para sahabat dan ahli keluarga Baginda.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa :

“tidak akan ada hijrah selepas hijrah dari kota Makkah ke Madinah. Hijrah yang selepas itu adalah hijrah pada jihad dan keazaman untuk menegakkan kalimah Allah. Maka apabila dipanggil seruan jihad keatas kamu, maka dengan segera sahutlah panggilan itu.”

Hijrah yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW ini adalah hijrah sebenar, di mana ia merupakan suatu semangat dan mujahadah yang tinggi untuk mempertahankan Allah dan Rasul.

Imam Al Mawardi mengatakan terdapat dua pengajaran besar dari kisah Hijrah Rasulullah SAW ini iaitu:


  • Memelihara Agama Islam
  • Mentadbir bumi (Siyasatul ardi)

Hijrah yang diajar oleh Baginda Rasulullah SAW adalah menyatakan pentingnya setiap jiwa-jiwa muslim untuk memelihara Agama Islam dan menyebarkan risalah-risalah Islam ini sehingga menjadikan Islam itu sebagai the way of life. Mentadbir bumi Allah ini dengan baik mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah. Lihat sahaja bagaimana sejarah Khalifah Umar Al-Khattab yang berjaya mentadbir bumi Palestin berpasakkan Al-Quran dan As-Sunnah dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup bagi penduduk di bumi Al-Aqsa ini. Islam sentiasa bersesuaian mengikut peredaran zaman dan pergerakkan dunia, Islam itu akan sentiasa tetap di atas.

Terdapat 5 pelan tindakan yang Rasulullah buat bagi penghijrahan Baginda.


  1. Kesedaran untuk berubah.

Seseorang itu berani untuk melakukan kesedaran untuk berubah, iaitu melakuka

n perubahan yang baik pada diri, unit (keluarga), anggota masyarakat, negeri, Negara dan seterusnya perubahan pada dunia. We have feeling dare to change.

Ada satu kisah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab dimana Khalifah Umar telah menghantar Rubi’ei bin ‘Amir ke sebuah negara yang diperintah oleh seorang pemerintah yang sangat angkuh, Raja Rostam. Saidina Umar mengatakan kepada Rubi’ei bahawa sampaikanlah risalah Islam ini kepada kerajaan Raja Rostam walau dengan apa cara yang engkau fikirkan wahai Rubi’ei bin ‘Amir.. Sekalipun Rubi’ei tahu apa yang dia akan tempuhi itu adalah seorang raja yang terkenal dengan angkuh dan zalim, akan tetapi disebabkan adanya keberanian dan kesedaran untuk merubah ummah, Rubi’ei sanggup pergi.

Sampai sahaja Rubi’ei bin ‘Amir ke istana raja Rostam, Raja Rostam dengan angkuhnya berkata, ‘wahai wakil utusan dari kerajaan Islam Khalifah Umar Al-Khattab, berani sungguh engkau datang ke istana aku ini. Apa yang engkau kehendaki? Rubi’ei dengan penuh keberanian dan lantang berkata,

‘Allah yang menghantar aku ke mari sebagai utusan dari Islam. Aku ingin mengeluarkan kamu dari kesesatan dan hendaklah kamu menyembah Allah. Dan aku hendak mengeluarkan kamu dari kezaliman dan memasukkan kamu ke dalam keadilan Islam…’

Ini lah jawapan yang dikeluarkan dari mulut seorang yang mempunyai keberanian yang tinggi untuk Islam. Adakah kita pada zaman ini berani untuk melakukan seperti ini? Inilah yang Rasulullah SAW maksudkan dengan keberanian untuk berubah. Kata Rasulullah SAW, ‘ada dikalangan umatku yang akan terus berjuang demi menegakkan kebenaran dan Allah akan memberikan kemenangan kepada mereka’


  1. Keimanan.


Pelan tindakan yang kedua yang Rasulullah lakukan semasa peristiwa hijrah adalah keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah dan Rasul.

Kita melihat ketika Ali r.a yang menggantikan tempat tidur Nabi ketika Baginda Rasulullah hendak berhijrah dari Makkah ke Madinah. Bagaimana Ali, seorang kanak-kanak yang baru berusia 7-8 tahun ketika itu sanggup berbuat sedemikian, lihat saudara-saudara sekalian betapa Ali r.a meletakkan keyakinannya yang sangat tinggi dan tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul.

Ada satu kisah yang telah berlaku semasa Rasulullah SAW pada peperangan Uhud. Ada seorang muslimat bernama Samirah binti Quaish. Samirah telah datang berjumpa dengan Rasulullah. ‘Ya Rasulullah, aku ingin menyertai jihad Uhud ini. izinkan aku menjadi benteng hadapan barisan tentera Islam Uhud. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata, ‘Sesungguhnya lelaki itu mengetuai (mendahului) tindakan perempuan’. Mendengar kata-kata dari Rasulullah itu, Samirah berkata, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mewakafkan kedua-dua anak lelaki ku untuk berada di barisan hadapan tentera Muslim di medan Uhud.


Samirah menunggu di tepi medan pertempuran Uhud dengan penuh setia. Tiba-tiba datang kepada Samirah salah seorang dari tentera Islam memberikan perkhabaran bahawa kedua-dua anaknya telah syahid dalam pertempuran itu. Lalu Samirah bertanya kepada tentera tersebut. ‘Bagaimana dengan keadaan Rasululah SAW?’ Tentera itu menjawab bahawa Rasulullah berkeadaan baik. Akan tetapi Samirah tidak percaya sehinggalah dia melihat dengan matanya sendiri. ‘bawalah aku untuk melihat Rasulullah. Hatiku tidak akan tenteram selagi aku tidak melihat sendiri rasulullah berada dalam keadaan baik dan selamat.’ Selepas dia dibawa berjumpa dan melihat sendiri Rasulullah hidup di depan matanya, dia pun berkata, ‘sesungguhnya seluruh derita dan kesedihanku hilang setelah melihat kamu hidup Ya Rasulullah’

Lihat, betapa hebatnya keimanan dan keyakinan mereka ini dalam mempertahankan Allah dan Rasul. Mereka sanggup menggadaikan segalanya termasuk harta,jiwa dan darah mereka demi Allah dan Rasul.


  1. Ilmu pengetahuan


Firman Allah yang bermaksud:

"Allah meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat."

(Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ayat di atas saudara-saudara sekalian menerangkan tentang janji Allah kepada sekelian umat manusia bahawa Allah mengangkat darjat bagi orang-orang yang beriman dan berilmu. Orang yang tidak berilmu kita panggil jahil. Orang yang jahil ini dia diumpamakan seperti virus. Kita tahu yang virus is not static tetapi akan cuba merebak dan menyerang orang lain. Virus jahil ini akan menyebarkan kejahilannya dan ia menyerang sesiapa sahaja tidak kira pemimpin, orang biasa, tua atau muda. Hanya orang-orang yang bertaqwa dan yakin dengan Allah, Allah akan keluarkan kamu dari kejahilan dan kesempitan.


TO BE CONTINUED…….(^,^)

TazKiraH RingKas: NIAT

Daripada Amirul Mukminin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

Hadith 1

Seperti yg tertera di atas, hadith ini merupakan induk utama dalam Islam. Pendapat ulama mengatakan hadith ini mencakupi 1/3 dari ilmu Islam(betulkan saya jika saya tersilap). Tiada lagi keraguan tentang hadith di atas kerana perawinya cukup arif tentang hadith, malah guru segala guru hadith. Al-Bukhari dan Muslim.

Saya mengutarakan sedikit pandangan saya tentang hadith ini. Seperti yg kita tahu, bahawa niat itu merupakan penimbang tara dan aras sesuatu amalan hamba. Kebergantungan niat dan amalan ini tidak dapat di nafikan sama sekali kerana tanpa niat maka amalan kita tidak terima, tanpa amalan niat kita itu ibarat angan-angan sahaja. Tetapi melihat kemurahan ALLAH s.w.t kepada hambaNya;

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia, sebagai hambaNya. ALLAH tahu apa yg kita perlu. ALLAH amat menyayangi kita. Kita lihat pula apabila seseorang itu berniat buruk;

“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.”

Sekali lagi sahabat-sahabat, lihatlah kemurahan ALLAH. DIA amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya. Rasulullah s.a.w juga amat kasih hambaNYa… ” Ummati, ummati, ummati…Ummatku, ummatku, ummatku…”.

Namun adakah kita hargainya?

Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh s.w.t. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya… Lakukanlah keranaNya.

Apa maksud niat?

Dari segi Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.

Dari segi Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t

Apa pula yang dimaksudkan dengan hijrah?

Bahasa : Berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk pergi ke tempat lain.

Konteks Sejarah Islam : Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam.

Konteks kini : Perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.

Ya, perubahan dalam konteks ini lah saya suka tekankan. Perubahan yg merangkumi kehidupan kita, kehidupan kita sebagai muslim. Semua manusia inginkan kehidupan yg lebih baik. Rumah yg besar, gaji yg besar, kereta yg besar, t.v. yg besar, juga isteri yg ‘besar’. Semua ini memang keinginan manusia apabila ingin berubah. Namun, kita lupa pada satu perubahan, perubahan yg berkait hidup dan mati kita, perubahan yg menentukan kita di pihak mana, al-Haq atau al-Batil… Kita lupa! Perubahan yg baik adalah perubahan kita kepada perkara yg lebih baik, iaitu melaksanakan ISLAM itu seluruhnya, bukan separuh-separuh…

“Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya…”

( al-Baqarah:208 )

ALLAH memberi penjelasan kepada kita bahawa tiada keizinan kita masuk ISLAM ini separuh-separuh atau sebahagian sahaja. Selalu sahaja kita dengar:

“Alah, nanti aku nak kahwin, aku ikutlah sunnah nabi…”

“Terkongkong la brader.., semua benda nak buat mesti ada syarat…”

“Eh? Buat apa nak ikut syarat-syarat itu semua, nanti tak untung lah kita…”

"alah..walaupun aku xmenutup aurat secara sempurna, tapi aku jaga solat,puasa,zakat..."

Demikianlah alasan demi alasan yg menolak perubahan kepada ISLAM, perubahan yg membawa kebahagiaan dunia dan akhirat, hidup dan selepas kita mati. ...

Adakah anda masih mahu menunggu lagi?

Pokok perbincangan hadith

1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais

Para ulama’ menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yg berhijrah dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah bukan kerana menyahut seruan ALLAH s.w.t dan rasulNya, tetapi kerana ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Qais. Wanita tersebut telah mensyaratkan kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya. Ekoran peristiwa tersebut, sahabat itu di kenali sebagai muhajir ummu qais yg bermaksud ‘orang yg berhijrah kerana ummu qais’.

2) Kenapa niat penting :

a. untuk bezakan ibadat dengan adat.

b. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.

Secara ringkasnya, niat akan membezakan antara ibadat dengan adat. Antara ALLAH atau dunia semata-mata. Semua itu di landaskan kembali pada asal niat kita pada amalan yg kita lakukan. ALLAH dan berjanji dalam hadith ini bahawa apabila kita berhijrah kerana ALLAH, maka kita akan dapat ganjaran di sisi ALLAH s.w.t. Apabila kita berhijrah kerana dunia atau wanita, seperti hadith di atas, maka kita juga akan perolehnya tanpa ganjaran di akhirat nanti.


3) Kesan niat baik pada perkara yang harus :

• dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.

• makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)

• jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepada Ku.”(adz-Zariyaat:56)

ALLAH telah menciptakan kita untuk beribadah kepadaNya, beribadah dalam sepenuh masa. Bagaimana?

Itu semua bergantung kepada niat kita, yg mana kita tahu dengan niatlah ia akan membezakan sama ada ibadah atau adat. Kita lihat contoh kesan-kesan di atas, semuanya merangkumi perbuatan yg kita lakukan dalam kehidupan kita, malah perbuatan tersebut secara zahirnya tidak menunjukkan kita beribadah kepada ALLAH. Makan, nampakkah seperti ibadah? Minum, nampakkah? Main, apatah lagi jauh sekali dari konsep ibadah yg masyarakat ISLAM faham sekarang… Jauh sekali! Namun, dengan niatlah ia merubah, evolusi kepada ibadah. Hanya dengan mengatakan… ‘Aku lakukan ini hanya kerana ALLAH’,di iringi dengan kerendahan hati yg patuh dan taat kepada perintahNya, di sertai kerelaan melakukan perbuatan itu keranaNya, bukan semata-mata adat yg keluarga kita lakukan atau bangsa kita lakukan.

Tetapi awas, bukan semua adat boleh berubah menjadi ibadah, kerana ia terbatas dengan syarat-syarat yg tidak bertentangan dengan ISLAM. Syarat yg mesti dipatuhi. Tak akan berlaku perkara ini ;

“Aku mencuri ini hendak tolong orang yg susah…” ujar Robin Hood.

Tidak boleh, wahai saudaraku. Perbuatan yg melanggar tatasusila ISLAM, maka ia tidak berubah menjadi ibadah dengan hanya menyebut ‘keranamu ya ALLAH’. Tidak sekali-kali ia berubah. Yg haram dalam ISLAM, tetap harap dalam ISLAM, manakala yg halal dalam ISLAM, tetap halal dalam ISLAM.

Antara pengajaran hadis:-

(1) Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara’, tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya’, menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

(2) Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

(3) Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

(4) Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Bahan Rujukan:-

  1. Al-Quran.
  2. Hadith 40; Imam Nawawi.
  3. blog beberapa orang sahabat

KEMPEN SAVE GAZA ”

PERINGKAT BANDAR BARU BANGI

Tarikh : 24 JANUARI 2009 – 7 FEBRUARI 2009


TARIKH

MASA

PROGRAM

TEMPAT

23 Jan 09

8.00pm

Majlis tadarus Surau-surau Seluruh Bdr Baru Bangi

Surau Mawaddah Bangi Mutiara

24 Jan 09

(Sabtu)

5.00 pm

Pelancaran Save Gaza BBB

Aktiviti :Tayangan Video & Pameran, Pidato Palestin,Pemeriksaan Kesihatan dan Pelancaran tabung

Ruang Legar Komplek PKNS BBBangi.

8.00pm

Tayangan Video Palestine & Kutipan Derma

Tapak Pasar Mlama Sek. 1 BBBangi.

25 Jan 09

8.00 am

Pameran Save Gaza Sempena Pertandingan Memancing Tasik Cempaka

Tasik Cempaka BBBangi

28 Jan 09

8.30pm

Forum Selamatkan Gaza

Ahli Panel : Aman palestin & Hizbul Tahrir

Surau al-Ikhlas

Fasa 4 tambahan BBB

31 Jan 09

8.30 am

Pertandingan Mewarna Save Gaza

Ruang Legar Komplek PKNS BBBangi.

8.00pm

Ceramah Palestin

Surah al-Falah,Jln 6A BBB

8.00pm

Tayangan Video Palestine & Kutipan Derma

Tapak Pasar Mlama Sek. 1 BBBangi.

7 Feb 09

( Sabtu )

8.30 pm

Majlis Penutup & Malam Save Gaza

Aktiviti:: Solat Hajat Perdana, Pertunjukan Nasyid, Pidato Palestin, Penyerahan Keseluruhan Derma

Stadium Sek 15

BBBangi


Semua Dijemput Hadir


anjuran :


PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI(PPBBB)

Dengan Kerjasama

Aman Palestin, Mini Kabinet Dun Bangi, Masjid-Surau Sekitar Bandar Baru Bangi, Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) , Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks PKNS Bangi, Ikatan Studi Islam (ISIUKM), Persatuan Belia Islam Malaysia (Pembina), Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Hospital Pakar An-Nur, Pertubuhan Jemaah islah Malaysia cawangan Hulu Langat, KARISMA Hulu Langat, Az-Zahrah Multi Intelligence Academy (ampac), Galeri Buku Syabab, Farmas Nasra

Jan 21, 2009

Akan ku Bunuh semua tentera Israel!!

Mohd Khalil Abdullah
Wed | Jan 21, 09 | 1:07:16 am MYT

EL-ARISH, 21 Jan (Hrkh) - Demikian ungkapan yang tidak terjangka oleh wartawan Harakah apabila bertanya kepada adik Muhammad Abdillah yang baru berusia 11 tahun.

Gelojak amarah. Perasaan memberontak. Semangat berapi-api jelas terpancar bagi anak Palestin yang kini berada di El-Arish.

Jika di Malaysia, anak sekecil ini baru menginjak kakinya di tahun 5 dan sedang bergelut dengan dunia pendidikan PPSMI yang merimaskan.

Tetapi bagi majoriti anak-anak Palestin,mereka seringkali memberontak dalam diam dan luahan amarah mereka akan terpancar jika diduga dengan pertanyaan mengenai tanahair mereka dan Israel.

Harakah ketika mengikuti rombongan Yayasan Amal Malaysia untuk misi kemanusiaan Gaza sempat merakamkan detik-detik yang dialami oleh anak kecil Palestin.

Menurut Muhammad, jika diberinya peluang untuk ke Gaza ketika ini, beliau sedia berjihad.

"Akan ku bunuh setiap satu tentera laknatullah ini. Tiada ampun buat mereka.

"Andai terkorban,tidak mengapa...tidak takut Allah akan matikan kita jua,"jelasnya dengan penuh semangat.

Ketika ditanya apakah beliau tidak gentar ke sana dalam suasana perang ketika ini,katanya,"apa nak takut...kami di sini setiap hari sudah biasa dengan apa yang dilakukan mereka.

"Anda dapat saksikan sendiri...semuanya ada di kaca televisyen.Semua boleh dilihat di setiap hospital di sini,"tegasnya.

Bagi Muhammad, istilah syahid tidak menggusarkannya. Beliau tidak gentar dengan nama syahid.

"Ya,syahid...kami mahu syahid,kami mahu bunuh tentera Israel,"tegasnya lagi.

Muhamad mengakui,dirinya cukup terasa dengan situasi di Gaza,kerana beberapa saudaranya turut terbunuh di sana.

Walaupun masih mempunyai ibu dan bapa, tetapi peristiwa saudara-maranya yang terbunuh di hadapan mata sendiri sukar untuk dilupakan.

"Saya tidak akan lupa. Setiap titis darah jika diberi peluang akan saya balas,"katanya.

Ditanya mengenai pandangan rakan-rakan sebayanya di sini,kata Muhammad,"kami sama bersatu hati. Setiap hari kami berdemonstrasi di sekolah.

"Tapi kami benci dengan guru-guru di sini. Mereka diam,"katanya.

Tambahnya, guru-guru di sekolah yang sedang dipelajarinya ketika ini hanya mendiamkan diri.

"Mereka tidak membuat apa-apa. Tidak guna guru sebegitu. Tidak ada perasaan pada kami di Palestin,"katanya dengan penuh rasa kesal. - mks. _

Jan 17, 2009


TOLONG BANTU SAUDARA-SAUDARA MUSLIM KITA DI PALESTIN DENGAN MEM'BOIKOT' BARANGAN2 INI...


JANGAN MENYUMBANGKAN WANG ANDA KEPADA AGEN2 YAHUDI INI...








SATU SEN PUN YG ANDA SALURKAN KEPADA MEREKA, ANDA TELAH MEMBANTU MEREKA MENGHANTAR PELURU-PELURU MEMBUNUH SAUDARA-SAUDARA MUSLIM KITA DI PALESTIN....BERKORBANLAH SEDIKIT DEMI MENYELAMATKAN UMMAH...

Jan 16, 2009

Save the Palestinians


BERITA DARI JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA (JASA)


Untuk makluman JASA telah bersama-sama COMPLETE bagi menyatakan bantahan secara kolektif terhadap kekejaman Yahudi yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini di Palestin.

Sehubungan dengan itu Saya dan Abg Amin telah menghadiri meeting COMPLETE pada 13 Jan lepas dan beberapa maklumat telah diperoleh untuk disampaikan kepada semua. Oh ya... Kepada yang tidak tahu apa itu COMPLETE, sila layari link ini http://completemala ysia.blogspot. com



Dipendekkan cerita di sini saya ingin memaklumkan berkenaan beberapa perkara yang boleh disumbangkan oleh rakan-rakan sekalian bagi menjayakan kempen yang dijalankan oleh Gabungan NGO ini :-

1. Sumbangan Artikel
Artikel akan dipaparkan dalam blog COMPLETE/risalahnya

2. Sumbangan Idea:
(Program terdekat ialah pada Ahad ini 18 Jan *, di mana tenaga manusia yang mahir tentang isu Palestin diperlukan bagi menjadi "Pak Pacak" yang akan menerangkan tentang isu Palestin di FAQ corner yang akan diwujudkan pada pameran yang akan diadakan pada hari tersebut)

3. Sumbangan Tenaga & AJK
(Program terdekat ialah pada Ahad ini 18 Jan 09 *, sumbangan tenaga diperlukan bagi mengedarkan risalah-risalah kempen kesedaran tentang kekejaman Yahudi. Operasi akan diadakan di sekitar Lembah Klang. Anggaran sekitar 200 orang diperlukan bagi operasi ini).

4. Sumbangan RM untuk Umat Palestin dan untuk program-program COMPLETE. Untuk makluman dana bagi kedua-dua tujuan ini diasingkan
(Dana dikutip oleh COMPLETE & dikelolakan oleh Yayasan Salam bagi sumbangan untuk umat Palestin dan oleh Muslim Professional Forum (MPF) untuk tujuan gerak kerja COMPLETE)

5. Berdoa


Di antara metod yang akan digunakan COMPLETE ialah :

Penyerahan Memorandum & Demonstrasi
Kenyataan Media dan Penerbitan
Ceramah & Penerangan
Pameran & Pengedaran Risalah
Kempen Boikot barangan Yahudi dan sekutunya
Kutipan Derma
dan lain-lain
*Dimaklumkan di sini program terdekat yang akan diadakan pada hujung minggu ini : -
COMPLETE
SAVE THE PALESTINIANS

Coalition Of NGO's Against Persecution of Palestinians
Sunday,
18th Jan 2009,
10 a.m. - 5 p.m.
Bangsar Sport Complex, Jalan Terasek 3, Bangsar.

Untuk keterangan lanjut dan sebarang sumbangan untuk COMPLETE sila hubungi saya melalui email Odeng_fuu@yahoo. com.my atau melalui egroop ini atau hubungi terus sekretariat COMPLETE seperti yang tertera dalam blognyer.
Wassalam

Yang Melaporkan
ODENG (BKHES JASA 2009)
Seksyen 2, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

KeutaMaaN BerJIHAD di Jalan Allah


Suatu kali seorang syahid ditanya,

"Mengapa engkau memburu syahid, bukankah engkau belum berbuat banyak untuk Islam?"

Ia menjawab, "Lihatlah apa yang telah diberikan oleh saudara-saudara yang syahid sebelumnya. Nyawa kita adalah yang paling berharga yang boleh kita berikan."

“Dzarwatus-sanam (puncak tertinggi) Islam adalah jihad, tidak akan mencapainya kecuali orang yang paling utama di antara mereka.”

(Hadith Riwayat Thabrani)


Dari Miqdam bin Ma’dikarib berkata, Rasulullah SAW bersabda,

”Seorang syahid di sisi Allah mendapatkan tujuh keistimewaan: Allah mengampuni dosanya sejak awal perjalanan jihadnya, diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga, dipelihara dari siksa neraka, diberi rasa aman dari goncangan terbesar(hari kiamat), diletakkan di atas kepalanya sebuah mahkota mutiara dan manikam, disana ia lebih baik dari dunia dan seisinya, dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari surga, dan dapat memberi syafa’at kepada tujuh puluh anggota keluarganya.” (HR. Tarmidzi dan Ibnu Majah)

Rasulullah bersabda :

”Tatkala saudara-saudara kalian tertimpa ajal, Allah menjadikan ruh-ruh mereka dalam jasad burung hijau, mereka mendatangi sungai-sungai syurga, memakan buah-buahannya dan tinggal di lampu-lampu emas yang tergantung di bawah naungan‚ Arsy. Ketika mereka mendapati makanan, minuman dan tempat istirehat yang sangat nyaman, berujarlah mereka: ‚Siapakah yang akan menyampaikan kepada saudara-saudara kita tentang keadaan kita, bahwa kita ini hidup di dalam surga diberi rezeki, agar mereka tidak membenci jihad ataupun merasa lesu dan enggan berperang?’

Maka berkatalah Allah Ta’ala :’Aku yang akan menyampaikan kepada mereka tentang keadaan kalian.’ Kemudian Allah `Azza wa Jalla menurunkan ayat :

"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapat rezeki."

(Ali Imran: 169)

(Hadits Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)


“Orang yang mati syahid tiada merasakan sentuhan kematian melainkan hanya seperti salah seorang di antara kalian merasakan dicubit.”

(Hadits Riwayat Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Hari demi hari berlalu dan ajal semakin mendekat, sementara belum pernah kaki ini berdebu dalam jihad di jalan Allah, belum pernah mata ini berjaga dalam ribath di jalan Allah, belum pernah tubuh ini berdarah-darah di jalan Allah. Ya Allah, bilakah orang yang lemah

seperti kami merasakan kemuliaan jihad?

Jihad dan syahada sangat mahal harganya, demi Allah begitu mahal!!

tidak semua insan diberikan peluang dan rezeki untuk bergelar syuhada di sisiNYA...

Meskipun demikian, saya memohon kepada Allah untuk memberikannya pada saya, meskipun saya tidak layak untuk itu.


Marilah kita sama2 berdoa pada Allah semoga Dia memberikan nikmat syahid di jalanNya...

"Allahumar - zuqni - Syahadah, Allahumar - zuqni –Syahadah"

(Ya Allah, berilah aku rezeki berupa mati syahid)

Kabulkanlah Ya Rahmaan...

Kabulkanlah Ya Rahiim...

Kabulkanlah Ya Allah....

Keputusan Pilihanraya MPP UKM sesi 2009

Tepat jam 11.malam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM, Prof Dato Dr Mohammad Bin Abd Razak telah mengumumkan keputusan rasmi Pilihanraya Kampus UKM, bag pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, MPP PMUKM. Hampir 1000 Mahasiswa membanjiri Kompleks Bestari, untuk menyaksikan sendiri pengumuman keputusan tersebut yang dipancar secara langsung menerusi skrin di dalam bangunan cafe di KB tersebut.

Mahasiswa berjaya menambah 8 buah kerusi berbanding 4 kerusi pada tahun lalu. Menyaksikan Aspirasi kehilangan 9 buah kerusi kepada 21 berbanding 30 pada tahun lepas. Keputusan rasmi ini sudah memberikan signal yang jelas kepada PMUKM-Aspirasi bahawa Mahasiswa UKM inginkan perubahan. Seperti yang dijangka, Aspirasi berjaya memperdayakan pelajar tahun 1 apabila lebih daripada 14 kerusi diperolehi mudah menerusi undi pelajar tahun 1, termasuk 6,enam kerusi umum tahun 2, Dua kerusi FST tahun 2, 2 kerusi Fssk tahun 2, 1 kerusi Fperubatan tahun 2, yang menampakkan perbezaan ketara berbanding kerusi tahun 3.

Mahasiswa Tahun 1 ternyata masih ramai lagi takut dengan ugutan, berbeza dengan Mahasiswa Tahun 3 ke atas yang majoritinya sudah mula nampak dan yakin bahawa Mahasiswa perlu berfikir dengan bebas tanpa sekatan, paksaan, mahupun ugutan. Ramai dikalangan Mahasiswa tahun 3 ke atas ternyata lebih matang apabila kerusi umum tahun 3 dimenangi dan didahului oleh calon Mahasiswa, Sdr Mohd Faez Mat Zin, dengan 2432 undi, diikuti Sdr Hisyamuddin Che Ali, juga calon Mahasiswa, dengan 2372. Turut memecah monopoli aspirasi untuk kerusi umum tahun 3, adalah sdr Mohd Fikah Sanusi dengan 2196 undi untuk melayakkan beliau menjadi calon ke-5 dari kerusi umum tahun 3, yang bergelar MPP. Mahasiswa berjaya menafikan 2/3 undi aspirasi untuk pertama kalinya selepas 5 tahun.

Hasil perbualan dengan Mahasiswa/i ukm yang berada di Kompleks Bestari tersebut, rata-rata Mahasiswa yakin bahawa Gelombang Perubahan yang dituntut oleh Mahasiswa pada kali ini akan memperlihatkan kesannya yang terdekat dalam PMUKM, dan pastinya akan memberikan impak yang berbeza pada pilihanraya akan datang. Mesej ringkas sempena kemenangan ini, GMUKM ingin mengajak seluruh Mahasiswa/i UKM, untuk merealisasikan Harapan Baru Mahasiswa, Bersatu Berubah!!!

dipetik dari : http://gm-ukm.blogspot.com



~ Tahniah kepada Gabungan Mahasiswa UKM atas kemenangan 12 kerusi MPP UKM 2009... kemenangan yang diperolehi ini antaranya adalah hasil dari harapan mahasiswa/i di UKM yang mahukan satu bentuk perubahan yang baik di dalam kepimpinan PMUKM...so, jalankan amanah yang telah diperolehi dengan sebaiknya kerana anda membawa amanah dan harapan seluruh mahasiswa/i di UKM... dan jangan kita sampai terleka dengan kemenangan, kerana kemenangan itu juga adalah suatu ujian yang didatangkan dari Allah untuk melihat sejauh mana hamba2NYA menjalankan tangungjawab yang telah diberikan...
last but not least...tahniah sekali lagi kepada adik2 saya esp seluruh warga kerja jentera pilihanraya kampus Gabungan Mahasiswa UKM...kena wat keja lg kuat pasni ye...insyaAllah untuk sesi depan, kita akan tawan PMUKM... (^,^)
Salam Perjuangan!!!

Jan 14, 2009

Bismillahirrahmanirrahim...

Sahabt2 yg dikasihi oleh Allah sekalian...

mungkin entri saya kali ini bukanlah topik yg membincangkan terus berkenaan isu Palestin akan tetapi ada kena mengena nya dengan apa yg sedang berlaku dengan saudara2 seISLAM kita di sana...

saya baru selesai membaca satu artikel yg saya dpt dr seorg sahabt saya...artikel ini agak menarik untuk dibaca dan menjadi muhasabah kepada kita semua di Malaysia yg saya kira masih berada dalam keadaan 'selesa'...

apa2pun, saya letakkan artikel ini untuk bacaan sahabat2 semua, n sekiranya ada apa2 komen n pandangan, sila kemukakan...pandangan anda amatlah dialu2kan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamulaikum wbt.

Ingin berkongsi satu forwarded emel yg saya dpt. Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yg baik utk kita yg sentiasa berada di 'zon selesa'. Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sbg peringatan kedua.


Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan modal seperti ini..” Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai….” Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?


MALAYSIA DISERANG ???

untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid… Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua… perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!


AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO… diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda… menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia …muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006…diajukan muncung senapang…

DAMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…


ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

“Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia ” (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

“Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu”(Presiden NAM )

“Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur… kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni”, Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

“Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia ” Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

“Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan” Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ....

Wallahu 'alam....