Feb 18, 2009

Panduan Melaksanakan Solat Hajat

Salam sahabat...

sedar atau tidak, sebenarnya masih ramai lagi orang disekeliling kita yang keliru dan tidak tahu bagaimana cara untuk melaksanakan solat hajat...

lebih-lebih lagi dalam situasi genting sekarang ini...isu rampasan kuasa di Perak, pilihanraya kecil parlimen bukit gantang dan dun selambau, penindasan yahudi laknatullah terhadap saudara-saudara Muslim kita di Palestin dan sebagainya, perlunya kita menguatkan kebergantungan kita dengan Yang Maha Kuasa,Allah swt..

saya merasakan memang ramai yang ingin membantu dengan berdoa dan meminta pertolongan dari Allah, antaranya dengan melaksanakan solat sunat hajat 2 rakaat.. tetapi ada segelintir yang yang kurang faham bagaimana ingin melaksanakan solat hajat.

saya bukanlah ahli yang terbaik untuk memberikan penerangan yang hebat dalam hal berkaitan ibadah akan tetapi moga ilmu ibadah saya yang sedikit ini saya dapat sama2 berkongsi dengan sahabat2 sekalian...

Dari sekolah rendah ke sekolah menengah hinggalah sekarang, pelbagai versi solat hajat yang saya pelajari daripada mereka yang berpendidikan agama. Lebih-lebih lagi dalam bilangan bacaan, surah yang dibaca, sujud meminta hajat sebelum atau selepas salam dan sebagainya.



Cuma saya ingin berkongsi kaedah pelaksanaan solat sunat hajat seperti yang tertulis di dalam kitab Al-Qirthaas, Syarah Raatib Qutub Al Anfaas Alhabib Umar Bin Abdurrahman Al-Attas yang ditulis oleh Al'Allaamah Alhabib Ali Bin Hasan Abdullah Bin Husen Bin Umar Al-Attas Baa'alawi Alhadhrami.

Menurut Asy Syaikh Abul Khair Alyamaani Asy Syarji yang telah mengutip dari Muhammad bin Darsituwiyyah, ia telah berkata:

" Aku telah melihat pada Kitab Al Imam Asy Syafi'i (rahimahullah) yang ditulisnya sendiri tentang 'Solat Hajat' untuk 1000 (seribu) hajat atau keperluan, yang diajarkan oleh Nabi AlKhidhir kepada sebahagian hamba-hamba Allah iaitu melakukan solat 2 (dua) raka'at sebagai berikut:

Pada raka'at pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun (10 kali)

Pada raka'at kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas (11 kali)

Kemudian sesudah salam,

ia sujud kembali sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 10 kali.

disusuli dengan mengucapkan "Subhaanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar Walaa Haula Wala Quwata Illa Billahil A'liyyil A'zim" sebanyak 10 kali.

Kemudian disusuli dengan "Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina A'zabannar" sebanyak 10 kali juga.

Kemudian mintalah hajat kepada Allah, Insya-Allah akan terkabul.


Alhakim pernah berkata,"Barang siapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya".

Mudah-mudahan dengan adanya sedikit ilmu ini akan menambahkan pengetahuan kita untuk dikongsi bersama umat-umat Islam yang lain.

Wallahua'lam.

Selamat Ber'amal!!

(Untuk perhatian: Bacaan ayat Quran dalam bentuk tulisan rumi boleh mengandungi kesilapan. Bacaan yang terbaik adalah dalam bentuk tulisan Arab itu sendiri. Harap maaf sekiranya terdapat kesilapan pada tulisan rumi tersebut)

No comments: