Dec 21, 2009

Sambutan Tahun Baru: Antara Islam dan Kufur

Bismillahirrahmannirrahim..

Salam untuk semua!!! (^,^)v

maaf sgt2 sebab dah berkurun lamanya saya tidak menyinggah dan menulis sesuatu di blog sendiri..hehe..
Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot

untuk ketika ini pun, saya masih lg berfikir untuk menulis apa dalam blog saya ini...erm.. sebenarnya saya baru sahaja balik dari rumah kakak, melawat family kakak di cheras..ye la..sudah lama berjanji untuk datang, hari ini baru berkesempatan..ape la saya ni kan..(^,^)

2-3 minggu yang lepas saya agak 'exhousted', pelbagai program dan tanggungjawab perlu dilaksanakan..kem SPIES, re-union fakulti, agm jaringan siswazah malaysia, majlis kesyukuran family dan sebagainya..mujur Allah SWT memberikan saya kekuatan dan pembantu2 tanpa sedar saya dalam menjalankan semua rencana tersebut..Alhamdulillah.. Terima Kasih Allah dan terima kasih buat pembantu2 tanpa sedar ku..hehe

sedar tak sedar, tahun baru 2010 bakal menjelma esok. dalam pada itu juga, sedar xsedar umur saya telah pun menjengah ke 24 tahun pada 13 Muharram pada semalam (30disember). risau nyer saya..umur semakin bertambah, akan tetapi saya merasakan ibadah saya semakin berkurang..Ya Allah, jangan masukkan saya dalam golongan orang2 yang rugi yang mana mereka menghabiskan detik2 kehidupan mereka di dunia ini dengan menikmati nikmat dunia yang sementara sehingga lalai dalam mengejar kehidupan hakiki di akhirat sana..

sahabat2 yang saya kasihi kerana Allah, di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 semua tentang isu sambutan tahun baru yang dianjurkan oleh Islam dan yang dilarang dalam Islam. semoga kita sama-sama dapat bermuhasabah...

sahabat2...

kebanyakkan negara-negara di dunia ini akan mengadakan “Count Down” dan sambutan “Happy New Year” bahkan sanggup berbelanja besar untuk menyambutnya. Namun, sedar atau tidak sedar mengenainya, kita kini sudah terikut-ikut dengan budaya yang merosakkan nilai-nilai murni dan keharmonian masyarakat setiap kali menjelangnya tahun baru.



Apabila diperhatikan keadaan anak-anak muda sekarang, ada yang seusia dengan saya dan ada yang lebih muda dari saya, mereka banyak menghabiskan masa mereka untuk menyambut Tahun Baru. kenapa ya? Apakah faedah yang diperolehi dengan menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk mengira masa sebelum bermulanya tahun baru. Ingatlah mengenai kepentingan masa, peredarannya yang semakin singkat apabila dunia menghampiri usianya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sebahagian manusia diberi hidayah (petunjuk) oleh Allah; dan sebahagiannya lagi (yang ingkar) ditimpa kesukaran (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan itu pemimpin-pemimpin mereka selain dari Allah, serta mereka pula menyangka bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayahNya. Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampau". (Al-A’raf: 30-31)


Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.



Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman. Menurut beliau, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

“Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,” katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.

“Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,” katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

“Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,” katanya.

Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian, kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka.

Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah dan malaksanakan setiap amal dan kerja buat kita hanya kerana Allah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan dunia.

Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."

Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas sesuai dengan ungkapan “Islam adalah cara hidup.”

Ibadah yang sempurna lahir dari akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat yang dibawa Rasulullah. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu, kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada bermakna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.


Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tidak ada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan sedaya upaya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud:

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4)

Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.

Mari kita sama-sama fahami maksud hadis ini:

"Muslim yang sejati adalah mereka yang menyelamatkan Muslim yang lain dari lidah dan tangannya itu: Manakala mereka yang berhijrah ialah mereka yang meninggalkan semua larangan Allah".
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Pesanan buat mereka yang mampu berdakwah, bimbinglah saudara-saudari kita dengan ikhlas dan tetapkan diri hanya meminta pertolongan Allah sekiranya kita menerima sebarang kesusahan. Semoga tahun baru ini lebih memberikan manfaat kepada kita dan meyumbangkan generasi pewaris ad-Deen yang mulia ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan mengasihi mereka yang memohon keampunannya. (Hadith Riwayat Al-Hakim dan Ibnu ‘Adi)

SALAM TAHUN BARU 2010 BUAT SEMUA!!! (^,^)V

Nov 24, 2009

Kisah Qurban 1: PENGORBANAN SEORANG ADAM


“Assalamualaikum Imam. Saya saudara kamu, Adam”, seorang lelaki Irish menghulurkan tangan kepada saya selepas selesai bersolat Jumaat di masjid.

“Wa ‘alaikum al-Salaam. Apa khabar? Awak orang baru di sini?”, saya bertanya kepadanya.

Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Adam (bukan nama sebenar – penulis), atau nama sebelum Islamnya John. Beliau baru sahaja pulang ke Ireland dari Jordan dan tengah hari ini, kami dipertemukan buat pertama kali.

Adam memeluk Islam dua tahun yang lalu. Beliau berasal daripada sebuah bandar di utara Belfast.

“Saya ada satu perkara yang ingin saya tanya kepada Imam, bolehkah?”, Adam menyoal saya.

“Tentu sahaja. Itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya. Tanyalah, tiada apa yang perlu dirisaukan.”, saya memberi laluan kepada Adam untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“Imam pernah tak membaca atau mengkaji tentang seorang tokoh bernama Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah?”, Adam memulakan perbincangan.

“Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya memang ada membaca hasil tulisannya. Seorang yang bagus kerana teguh memelihara al-Quran serta Sunnah yang sahih. Dalam masa yang sama, tinggi pula sentuhannya terhadap tarbiyah hati. Kenapa awak tanya begitu?”, saya cuba mendapatkan kepastian.

“Tentunya seorang yang hebat, adalah hasil didikan gurunya yang hebat. Betulkah begitu, Imam?”, tanya Adam lagi.

“Awak ingin bertanya tentang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah ke?”, saya menyoal Adam dengan senyuman.

Adam tersenyum dan menganggukkan kepalanya.

“Tentu sekali Ibn Taimiyyah seorang yang hebat. Banyak juga bukunya yang saya baca semasa belajar di Jordan. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku kepada pemikiran saya sebab tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah bukan sahaja sarat dengan fakta, tetapi ia juga mengubah cara kita berfikir. Mungkin sebab itu, dia dianggap menongkah arus zamannya”, saya cuba berkongsi pendapat dengan Adam tentang Ibn Taimiyyah.

“Jadi, Imam seorang Salafi?”, Adam memperlahankan suara sambil mengurut janggutnya yang diinai.

“Jika diambil istilah itu, mungkin pelbagai persepsi yang timbul. Namun, saya mengutamakan apa menepati al-Quran dan Sunnah yang sahih. Saya dibesarkan di dalam lingkungan mazhab Syafie, dan antara hasil didikan Syafie, saya diingatkan supaya sentiasa mengutamakan apa yang terbukti pada Sunnah yang sahih. Kalau begitu, saya ini Salafikah, Adam?”

Adam ketawa kecil dan memeluk saya. Beliau menjelaskan bahawa semasa khutbah Jumaat tadi, dia mendengar saya menyebut tentang Salafussoleh. Terdetik pula di hatinya untuk mengetahui tentang pendirian saya.

Saya amat mengagumi sopan santun Adam. Beliau tahu yang isu Salaf vs. Khalaf ini sebagai sesuatu yang sensitif. Sebab itu beliau bertanya tentang Ibn Taimiyyah melalui soalan tentang anak muridnya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah.

ASAR

Waktu Asar telah masuk.

Musim sejuk di Belfast memang ekstrim jadual solatnya. Setiap hari, perbezaan waktu solat boleh mencecah 2 minit. Dan hari ini, solat Asar masuk pada jam 2:15 petang. Saya mengimamkan solat Asar petang itu dengan jumlah jemaah yang hampir sama dengan solat Jumaat tadi. Memang menjadi kebiasaan, ramai anggota jemaah akan menunggu hingga selesai solat Asar sebelum beredar meninggalkan masjid.

Selepas solat Asar, saya menyambung perbualan saya dengan Adam. Walaupun tutur dan raut wajahnya begitu lembut, tetapi saya bagai dapat mengesan ada suatu prinsip diri yang kuat dan keras di sebalik setiap patah perkataan Adam.

KEMBARA MENCARI JAWAPAN

“Dulu, saya dan dua lagi rakan dianggap sebagai pelajar bermasalah. Kami sentiasa memberontak semasa di sekolah. Semua perkara kami tidak setuju. Mungkin semua itu berpunca dari jiwa kami bertiga yang tidak tenteram. Bagai ada sesuatu yang tidak kena dalam hidup ini” Adam memulakan cerita tentang latar belakang keIslamannya.

“Kamu mencari tujuan hidup?” saya bertanya.

“Mungkin. Namun, kami bertiga akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah. Kami bekerja dan gigih mengumpul wang. Selepas setahun, saya dan kawan-kawan mengembara ke arah Timur. Perjalanan kami merentasi Continent dan akhirnya tiba di Turki” kata Adam.

“Di Turki, kami bertemu dengan pelbagai kejutan. Selama ini saya beranggapan bahawa orang Turki ini ganas. Pantang nampak orang Barat, mesti mahu dipancung. Itu yang kami belajar di sekolah. Tetapi semasa di Turki, saya berasa amat terharu kerana tidak pernah seumur hidup, kami bertemu dengan manusia yang begitu memuliakan tetamu dan menghargai diri kami,” Adam bercerita sambil jarinya memintal-mintal benang sejadah.

“Ya, saya faham apa yang kamu maksudkan. Saya sebagai seorang Muslim, turut jatuh hati dengan Turki, kesan kemuliaan terhadap tetamu mereka yang tiada tolok bandingnya. Lantas apa yang berlaku selepas itu, Adam?” saya mahu terus mendengar ceritanya.

Adam memberitahu bahawa, selepas beberapa minggu mereka di Turki, mereka terasa semacam ada perubahan kepada diri. Mereka seolah-olah bertemu dengan ketenangan yang dicari selama ini.

“Kami duduk berbual siang dan malam. Mencari jawapan, apakah sentuhan yang menjadikan orang Turki begitu mulia pekertinya. Setelah melihat perbezaan sekelompok orang Turki dengan sekelompok yang lain, kami yakin bahawa Islamlah yang menjadikan satu pihak di Turki sangat tinggi budi mereka, dan satu pihak yang lain, sama buruk malah mungkin lebih buruk dari orang Eropah di tempat kami,” Adam rancak bercerita.

Saya juga tekun mengikuti bait-bait perkataannya. Accent Irish Utara amat pekat di lidah Adam.

“Selepas pulang ke England, kami bertiga pergi ke Regent Mosque di London dan di situlah kami bertiga melafazkan syahadah!” Adam mengangkat wajahnya kepada saya dan matanya merah menakung tangis.

“Segala puji bagi-Mu ya Allah” saya mengangkat tangan menadah puji untuk-Nya.

Ya, kembara mereka bertiga adalah kembara mencari makna hidup. Keresahan yang Allah campakkan ke dalam jiwa mereka adalah seperti pemaksa agar mereka keluar dari kehidupan yang gelap kepada kecerahan Iman. Resah yang disambut dengan pencarian… berakhir dengan sebuah damai yang lebih berharga dari langit dan bumi serta segala isinya.

TIGA SERANGKAI

“Mana sahabat kamu yang berdua lagi tu?” saya bertanya.

Adam tersentak. Pipi dan telinganya kemerahan. Semacam terkejut dengan soalan saya. Adam terus diam dan matanya redup membendung sesuatu. Mendung luar menambahkan keheningan kami yang tinggal berdua di mihrab masjid. Jemaah lain sudah pulang ke rumah masing-masing atau ke tempat kerja semula.

“Inilah yang ingin saya bincangkan bersama kamu, Imam” Adam menjawab.

“Tentu sekali. Apa yang berlaku?” saya menyoalnya.

“Selepas kami ‘kembali’ kepada Islam, saya dan dua lagi rakan berbincang tentang masa depan kami. Masing-masing mahu melakukan sesuatu yang besar atas kepulangan kami kepada Islam” Adam bercerita.

Istilah REVERT yang memberi makna ‘kembali pulang’ adalah istilah yang lebih suka digunakan oleh masyarakat Barat yang memeluk Islam. Mereka tidak suka menggunakan perkataan CONVERT kerana ia mempunyai konotasi negatif seolah-olah Islam ini mempengaruhi seorang manusia kepada kepercayaannya secara batil. Walhal, memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan.

“Jonathan membuat keputusan untuk ke Balkan. Kevin pula membuat keputusan untuk ke Yaman menuntut ilmu.”, kata Adam.

“Dan kamu, Adam?”, saya tertanya-tanya.

“Ya, saya masih di sini. Jonathan dan Kevin sama seperti saya, kami bimbangkan ibu bapa kami. Kami tidak mahu mereka kehilangan kami. Bahkan kami amat mengharapkan supaya mereka juga mendapat petunjuk Allah dan memeluk Islam,” Adam memberikan penjelasan.

“Jadi, kamu semua batalkan hasrat masing-masing?” saya ingin mendapatkan kepastian.

“Tidak. Kevin sekarang ni sudah setahun belajar di Yaman. Dia mencari Sheikh Muqbil,” kata Adam.

“Dan Jonathan… dia sudah selesai perjalanan di dunia ini. Syahid di bumi jihad!” kata Adam kepada saya.

Allahu Akbar! Terkejut saya mendengar cerita Adam itu. Perasaan saya bercampur baur di antara bangga, kagum, sedih dan malu. Saya berasa kagum dengan cerita Adam kerana ia mengingatkan saya kepada perihal ahli sihir Firaun. Paginya mereka kufur, tengah hari mereka beriman dan petangnya pula syahid mempertahankan harga iman. Rahmat Allah ke atas Jonathan, baru setahun dua memeluk Islam, sudah pulang kepada yang Esa dengan cara yang paling mulia.

Tidak sempat dicemar dosa.

Kevin pula membuktikan bagaimana seorang yang mencari Islam, akan tahu harga Islam. Tidak seperti mereka yang diberi Islam umpama kebanyakan kita.

Kerana diberi, kita mudah lupa harga pemberian itu. Mudah juga membuangnya. Jika ahli sihir Firaun kufur di pagi, beriman di tengah hari, dan syahid menjelang petang, bagaimana pula dengan umat Islam? Paginya beriman, tengah harinya tersasar. Dan ketika dunia ini merangkak ke senja umur, ramai pula yang berbondong membuang agama.

“Itulah yang menyedihkan saya Imam. Mereka berdua sudah berjaya membuktikan keIslaman mereka. Namun saya masih di sini,” Adam sugul menyuarakan kekecewaan hatinya.

“Kenapa kamu masih di sini?” saya bertanya.

MEMIKUL AMANAH

“Sebelum kami berpisah, saya telah bersetuju memikul amanah menjaga ibu bapa kami bertiga. Itulah rutin saya sekarang. Sekali sekala saya ke rumah keluarga Kevin dan Jonathan untuk menghilangkan sunyi ibu bapa mereka terhadap anak masing-masing. Dan sehingga kini, saya masih belum tergamak memberitahu orang tua Jonathan, yang anak mereka sudah tiada!” Adam mengesat air mata yang mengalir perlahan di pipinya.

“Jihad saya hanya pada menipu ibu bapa Jonathan. Memberikan harapan palsu kepada mereka” Adam menangis.

Terkejut saya mencapai puncak. Jadi kaget dan hilang bicara.

“Adam, sedarkah awak bahawa awak adalah yang terbaik di kalangan mereka?” saya mahu Adam melihat keadaan ini dengan pandangan yang betul.

“Kenapa Imam kata begitu?” tangisan Adam terhenti.

“Saya percaya Adam tentu tahu dan faham, bahawa tanggungjawab memelihara ibu bapa adalah tuntutan yang amat besar di dalam Islam. Ia tidak mengenal soal perbezaan agama. Kerana kamu, Kevin dapat pergi menuntut ilmu di Yaman. Kerana kamu, Jonathan syahid fi sabilillaah. Memang menuntut ilmu itu indah, memang syahid itu mulia. Tapi apakah yang mahu dicari pada ilmu dan syahid itu?” saya menyoal Adam.

“Semua itu kita lakukan kerana mencari keredhaan Allah. Benar?” soalan saya disambut Adam dengan angguk tanda setuju.

“Ya Adam. Keredhaan Allah ada pada menuntut ilmu. Keredhaan Allah juga ada ada pada dakwah dan jihad. Namun, jangan lupa betapa besarnya keredhaan Allah pada berbuat baik kepada ibu dan bapa. Mulianya kamu bertiga, Adam!” saya tenggelam dalam sebak dada menyaksikan seorang insan bernama Adam yang baru setahun dua lahir ke dunia Iman dan Islam, namun sudah jelas dan tepat arah hidupnya.

Saya menasihati Adam supaya teguh bersabar melaksanakan janjinya kepada Kevin dan Jonathan. Sesekali memang datang rasa jemu, rasa cemburu dan rasa seolah-olah diri jauh tercicir di belakang. Namun, saya cuba meniup semangat kepada Adam, agar perasaan seperti itu dapat dipujuk pada nilai dan harga, memelihara kebajikan ibu dan bapa, walaupun berbeza cara hidup, berlainan kepercayaan.

“Saya pernah ke Jordan. Cuba-cuba untuk belajar tentang Islam dan menadah curahan ilmu dari ulama’ di sana. Tetapi hati saya sentiasa resah memikirkan amanah dan janji saya kepada Kevin dan Jonathan. Saya pulang ke Ireland” kata Adam.

“Saya mungkin hanya serpihan kaca dari mutiara Ulama’ kita di Jordan. Tetapi selama kamu di Belfast ini, Adam, izinkan saya untuk membantu kamu” saya menepuk bahunya.

“Terima kasih Imam. Doakan saya…” Adam berpisah dengan saya di pintu masjid. Dia pulang ke rumah bertemu kedua orang tuanya.

Dalam semarak panggilan jihad di bumi Gaza… jiwa saya dirundung rindu kepada perbualan petang Jumaat itu yang nostalgianya masih mencengkam hati. Doa saya buat Adam, pada ukhuwwah antara benua.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG, SELANGOR

Nov 11, 2009

Islam, Haji dan Wukuf

Alhamdulillah,

Mari kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah swt kerana atas limpah Kasih SayangNYA kita masih diberikan peluang untuk terus mengecapi nikmat kehidupan, iman dan Islam. Alhamdulillah..

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog sendiri. kalau lah blog ini boleh diumpamakan seperti sebuah mesin taip atau apa sahaja barang, tentu sudah berhabuk mesin taip/barang tersebut agaknya..hehe..maafkan saya..

sedar tak sedar kita sebenarnya telah menghampiri 10 Zulhijjah 1430H. ada apa dengan tarikh tersebut? itulah hari dimana seluruh ummat Islam seantero dunia merayakan Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Qurban. Ibadah Qurban dilakukan pada hari tersebut. Di sini saya suka untuk selitkan beberapa perkara penting tentang ibadah haji,korban dan yang berkenaan dengannya. saya petik dari kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan dengan ibadah korban dan haji.

"Islam berasaskan kasih mesra sesama manusia kerana kita adalah anak cucu nabi Adam as. Isteri baginda, Hawa orang yang pertama dikenali ibu. Melalui merekalah kita wujud di dunia. Oleh itu asas hidup kita ditegakkan di atas lima perkara, di mana Islam meletakkan asas bermula dengan dua kalimah syahadah.

Kita wajib mengenal Allah dan berusaha untuk mencapai keredhaan-Nya. Apabila kita kenal Allah, kita terasa hendak balas budi melalui ubudiyyah (perhambaan diri). Sebab itulah perkara pertama yang diperintahkan Allah ialah solat. Selepas itu baru timbul pengorbanan harta benda untuk membolehkan manusia berbaik sesama manusia. Dan puasa merupakan pengorbanan meninggalkan makan minum untuk buktikan penciptaan kita kepada Allah sebagaimana ibu sanggup berlapar untuk menjaga anaknya. Puasa adalah tanda kasih sayang kita kepada Allah.

Dan Haji pula merupakan lawatan kita ke rumah Allah. Kita diminta bertawaf mengelilingi Kaabah, mencari-cari keredaan Allah. Tawaf itu umpama berpusing-pusing apabila kita menziarahi rumah orang lain untuk menemui tuannya. Berpusing-pusing mengeliling Kaabah itu sebab semasa tawaf ada zikir-zikir yang perlu dibaca, sebagaimana kita sampai ke rumah kawan kita sebut nama anak dan ibu bapanya. Itulah fikrah manusia. Sebab itu Islam tidak perlu dipaksa-paksa, hanya perlukan kepada dakwah. Dan orang yang sudah faham Islam diwajib memperkenalkannya kepada orang ramai, sebab telah jelaslah petunjuk Islam daripada kesesatan kufur.

Wukuf (di Padang Arafah) tidak ada satu acara dalam falsafah hidup manusia yang meminta kita menetapkan masa khusus berhenti melakukan urusan dunia selain daripada Islam iaitu wukuf. Di mana kita tidak boleh melakukan sebarang gangguan termasuk mencabut rumput, menebang pokok atau membunuh binatang dengan berburu.

Ketika itu tindak-tanduk kita hanya khusus kepada Allah dengan melakukan amalan zikir, tasbih dan membaca al-Quran. Bagaimanapun bagi mereka yang tinggal jauh dari Makkah dikehendaki wukuf lima kali sehari semalam (solat).

Wukuf (solat) lima kali sehari mesti dikhususkan untuk Allah. Ini kerana manusia seluruh dunia hanya tahu sayang kepada harta benda, pangkat, kuasa dan sebagainya tetapi tidak sayang pula kepada Allah sebagai tuan yang memberi segala nikmat kepada manusia. Ini punca fikiran manusia menjadi celaru."

semoga kita sama2 dapat mengambil iktibar serta pengisian daripada sedikit tazkirah ringkas ini,insyaAllah..


Oct 26, 2009

Senjata eyamujahidah

Photobucket


Wahai Tuhan kami,
jangan Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami,
jangan Engkau bebankan kepada kami,
beban yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami,
Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami,
apa yang kami tidak terdaya memikulnya,
dan maafkanlah kesalahan kami,
serta ampunkanlah dosa kami,
dan berilah Rahmat kepada kami,
Engkaulah Penolong kami,
oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam,
hentikanlah segala macam pendustaan dan permusuhan,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada,
Angkatlah mereka dari permusuhan,peperangan dan kesusahan,
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala fitnah dan keburukan,
Janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
Sesungguhnya kami amat takut dengan azabMu kerana azabMu yang sebenar akan menyusul mereka yang munafik dan kufur,
Tetapkanlah hati dan jasad kami di dalam perjuangan Islam walau di mana kami berada,
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami berserah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan...

Amin Ya Rabbal 'Alamin...


Takbir!!!
ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!






"HiDuP MuLiA, MaTi SyaHid InSyaALLAH!!!"

A song for all my sisters out there!!

OUTLANDISH LYRICS

"Aicha"

So sweet, so beautiful
Everyday like a queen on her throne
Don't nobody knows how she feels
Aicha, Lady one day it will be real

She moves, she moves like a breeze
I swear I can't get her out of my dreams
To have her shining right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes

Aicha Aicha - passing me by (there she goes again)
Aicha Aicha - my my my (is it really real)
Aicha Aicha - smile for me now
Aicha Aicha - in my life

She holds her child to her heart
Makes her feel like she is blessed from above
Falls asleep underneath her sweet tears
Her lullaby fades away with his fears

She needs somebody to lean on
Someone body, mind & soul
To take her hand, to take her world
And show her the time of her life, so true
Throw the pain away for good
No more contemplating boo

Lord knows the way she feels
Everyday in His name she begins
To have her shining right here by my side
I'd sacrifice all them tears in my eyes
Aicha Aicha - ecoute moa



Oct 24, 2009

Artikel : Adat kolot dijunjung,dosa anak bergelumang

Oleh

Muhammad Fakhruddin Ismail

http://din86.blogspot.com/

Artikel ini telah ditulis oleh penulis diblog pertama iaitu Addean's Web Blog pada bulan yang lalu. Dicadangkan untuk pembacaan.

Apabila bermulanya alam remaja, maka berlakulah keinginan untuk berpasangan dan meneruskan hubungan hingga ke alam perkahwinan. Perubahan masa dan zaman menyebabkan berlakunya adat-adat yang pelbagai. Apabila adat dilaksanakan , maka membawa kesan kepada masyarakat jumud dalam pemikiran. Dari adatlah, penyebab punca kesukaran dalam urusan perkahwinan.Adatlah ramai umat Islam terutamanya ibu bapa yang menjadikan masalah perkahwinan syari’ sebagai suatu hal yang sangat sukar dan payah, sehingga menyebabkan anak-anak mereka melakukan maksiat di dalam masyarakat. Maka bagi yang ingin berkahwin terpaksa berfikir berpuluh kali untuk melaksanakan perkahwinan. Mereka memerlukan berpuluh-puluh ribu ringgit hanya untuk perkahwinan saja itupun dengan hanya jalan hutang dan ditambah lagi hutang PTPTN dan bermacam-macam lagi hutang seolah-olah berhutanglah jalan penyelesaian terbaik. Akhirnya hidup hanya dengan maksiat bagi manusia yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, maka mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme.

Adakah ibu bapa tidak berasa bersalah dan membiarkan anak-anak mereka hidup diselubungi budaya maksiat seperti coupling" (berpacaran) dan "sex before marriage" (seks sebelum nikah) kerana dengan maksiatlah kemungkinan akan mendapat pasangan yang sama taraf dengan sikapnya?

Dan Firman Allah:

Wanita-wanita yang jahat adalah untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk wanita-wanita yang jahat; dan (sebaliknya) wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. [al-Nur 24:26] .

Ibu bapa perlu bertanggungjawab jika membiarkan mereka hidup sedemikian.

Rasulullah (SAW) bersabda:

“Cukup berdosa bagi jika dia mengabaikan mereka yang diwajibkan menanggung [Riwayat Abu Daud, 1692; di anggap hasan oleh Shaykh al-Albaani dalam Saheeh al-Jaami’, 4481].

Sepatutnya ibu bapa perlu membantu mereka daripada perkara tersebut. Patutkah mereka berhutang disebabkan ingin melaksanakan tuntutan syarak sedangkan perkara tersebut boleh dipermudahkan mengikut kemampuan mereka dalam hal perkahwinan supaya menepati roh syariat yang dituntut oleh agama.

Rasulullah bersabda:

“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah kamu, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” [Riwayat al-Bukhari].

Hanya perkahwinan sajalah yang membebaskan tanggungjawab ibu bapa dalam perkara tersabut.Jangan kita menjadikan konsep seolah-olah berzina lebih mudah daripada berkahwin. Jika masyarakat hari ini menyusahkan perkara yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi roh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Majlis Perkahwinan

Janganlah disebabkan mementingkan status nama keluarga majlis perkahwinan yang sepatutnya dilakukan sekadar kemampuan tetapi bertukar dengan berlebih-lebihan dan memaksakan diri. Jarang sekali mereka yang mengadakan pesta perkahwinan itu dengan sederhana sahaja. Di antaranya mereka berlebih-lebihan dalam perkara yang hanya berstatus harus (mubah) sahaja. Mereka perluas ruangnya dan sehingga berlebih-lebihan, melebihi cara yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain. Seharusnya umat Islam mempermudahkan amalan tradisi yang menyebabkan pesta-pesta perkahwinan mereka itu hanya penuh dengan nafsu makan, riya’ dan perbuatan- dan tidak bererti itu.Contohilah isteri dan anak-anak nabi SAW berkahwin , dengan suatu majlis yang tidak memberat-beratkan diri dan tidak berhutang.

Allah s.w.t berfirman:

Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri taladan yang baik” [Al-Ahzab:21].

Maka perintahkanlah anak-anak kita melaksanakan sekadar keperluan saja seperti mana Nabi SAW dan sahabat melakukannya

.Dari Anas berkata:Nabi SAW singgah disatu tempat diantara Khaibar dan Madinah selama 3 hari bersama Syafiah. Lalu aku mengundang orang-orang muslim menghadiri walimah baginda, tanpa ada hidangan roti dan daging, lalu baginda memerintah mengelar kulit, lalu ada yang meletakkan kurma, keju dan samin [Bukhari dan Muslim].Dalam ertikata lain, buatlah apa-apa saja makanan yang halal asalkan ada walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan.

Mahar

Dalam persoalan mahar dan hantaran adalah hak isteri dalam menentukan maharnya bukan si bapa. Dalam masyarakat kita, hantaran adalah paling tinggi daripada mahar. Sewajarnya hantaran dimasukkan terus kedalam mahar sebagai contoh RM2000 ke atas( berdasarkan tahap pendidikan) dan secara tidak langsung menjadi hak mutlak isteri yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun. Malah suami dan isteri boleh memanfaatkan mahar tersebut bersama-sama. Kebanyakan kes apabila hantaran suami yang beribu ringgit tidak dijadikan mahar maka si bapalah yang akan mengambil dan duit tersebut digunakan untuk membeli lembu dan dijadikan kenduri kahwin dan mahar hanya beratus ringgit saja diberi kepada isteri. Ini tidak wajar berlaku. Mahar pula diberikan pada isteri berdasarkan kemampuan lelaki tersebut supaya menepati syara’. Ini berdasarkan pada sabda Rasulullah SAW:

Dari Aisyah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Nikah yang paling besar barokahnya itu adalah yang murah maharnya.” (HR Ahmad 6/145) .Dalam hadis yang lain

Rasulullah bersabda :

“Sebaik-baik Mahar adalah yang paling mudah (mengikut kemampuan)” [Hadith Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi]. Nabi juga pernah bersabda kepada seseorang yang ingin berkahwin, katanya :-

“Carilah sesuatu walaupun jika sebentuk cincin besi” [Hadith Muttafaq 'Alaih]

Dari hadith diatas, kemuliaan seseorang wanita bukanlah terletak kepada mahar yang mahal dan yang membebankan, seolah-olah disana mereka berbangga dengannya (seperti menjual anak perempuan mereka). [al-Fiqh al-Manhaji, 2/82].Jika kita menetapkan mahar yang berlebihan diluar kemampuan suami ,sesungguhnya ia sudah menyalahi ajaran syara’ .

Anjuran untuk memperkecilkan bilangan mahar ini merupakan kemudahan sehingga para pemuda boleh segera menikahi tanpa harus tertunda karena masalah harta. Setelah mahar diberikan kepada isteri, maka mahar menjadi hak mutlak isteri sepenuhnya. Akan tetapi, suami dan isteri boleh memanfaatkan mahar tersebut bersama-sama.

Allah berfirman :

Berikanlah kepada para wanita (yang kalian nikahi) mahar (mas kawin)-nya sebagai pemberian yang disertai dengan kerelaan. Kemudian, jika mereka memberikan sebagiannya kepada kalian dengan senang hati, kalian boleh memakannya (sebagai makanan) yang sedap dan bermanfaat. (QS an-Nisâ’ [4]: 4).

Ijab dan Qabul

Dalam artikel Dr Asri Zainul Abidin ( Bekas Mufti Perlis) bertajuk “Apabila Zina Lebih Mudah Kahwin” ada menyebut permasalahan ijab. Beliau mengatakan apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut “saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.

Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:

“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Sebab dan Cadangan

Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah laku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.

Ibu bapa perlu ingat anak-anak mereka bukanlah anak-anak kecil lagi.Tidak perlulah membuat keputusan melulu jika mereka ingin berkahwin. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.

Kebanyakan ibu bapa yang risau kemungkinan mengenai prestasi pembelajaran anak-anak yang bakal merudum selepas perkahwinan. Mungkin juga ada di antara ibu bapa yang begitu skeptik dan merasakan bahawa anak-anak mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran selepas perkahwinan. Sesuatu yang biasa juga bagi ibu bapa yang mengandaikan seribu satu andaian liar. Bagi yang mempunyai anak-anak perempuan, maka mereka akan terfikirkan, Bagaimanakah nanti anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan melayan suami, Mereka juga terfikir, bagaimana pulakah jika anak mereka mengandung?, melahirkan anak? .

Seperti mana yang dicadangkan oleh ustaz Mazlee Malik tentang “nikah khitbah”. Beliau mengatakan “Hayat para pelajar di IPT tidak patut disia-siakan. Waktu yang mereka habiskan untuk berpacaran dan juga melayan lamunan, akan lebih terjaga jika mereka telah bernikah. Segalanya akan menjadi halal, dan masa tidak akan terbuang sia-sia. Segalanya mendapat keberkatan, dan tiada kerungsingan dan juga ketidak tentuan perasaan. Jika persoalan natijah selepas pernikahan yang menjadi persoalannya, maka solusi "nikah khitbah" telah dicadangkan. Mudah sahaja, selama hayat mereka di IPT, mereka tidak perlu mengandung, tidak perlu melahirkan anak, tidak perlu untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang khusus, dan tidak perlu menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka hidup sebagai suami isteri di dalam segala keterbatasan yang ada, yang penting hubungan tersebut halal dan mereka tidak melakukan maksiat.”[Petikan ini diambil dari artikel Ustaz Mazlee Malik pensyarah UIA].

Janji Allah

Sebagian para pemuda ada yang merasa resah dan bimbang untuk bernikah. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan tetap. Dan anehnya apabila sudah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang. Sebahagian mereka merasa ragu dengan gaji yang didapatinya. Mereka merasakan gaji mereka tidak mencukupi untuk menampung apabila berkeluarga. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah Maha Adil, bila tanggungjawab para suami bertambah dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di masyarakat, banyak mereka yang miskin dan tidak punyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberikannya rezeki yang berlimpah dan mencukupi untuk keperluan keluarga?.

Allah berfirman:

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32) dan

Rasulullah SAW bersabda:

Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, yaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Ini adalah janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah niscaya akan diperkenankan-Nya dan orang yang menikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah SAW dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

Selain itu kita perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia dan perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Di antaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga melakukan apa yang diharamkan Allah, dan lain-lain. Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum memberi salam. Namun, ramai yang tidak melakukannya. Padahal di situ antara waktu mustajabnya doa.

Sabda Nabi SAW:

“Paling dekat hamba dengan Tuhannya ialah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud.”[ Riwayat Muslim]

Nabi SAW memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:

“ Berdoalah, pasti mustajab; mintalah, pasti akan diberikan.” [Riwayat an-Nasai, sanadnya sahih] Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda:

“ Berdoalah kamu kepada Allah SWT dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa” [ Riwayat at-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani].

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus dipegang oleh setiap umat islam.

Jadi, kenapa anda ragu dengan janji Allah?

Muhammad Fakhruddin Ismail

Oct 20, 2009

A Warn



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang.
4.Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.Anak derhaka terhadap ibunya,
6.Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7.Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9.Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10.Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13.Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".



H.R Termizi

SAHABAT2 SEKALIAN, APA YG BERLAKU TIKA INI AMAT MENEPATI HADITH YANG RASULULLAH SAMPAIKAN. PERKARA 1 & 2, 9 & 10, DAN LAIN2 SUNGGUH TELAH BERLAKU. ADAKAH KITA HANYA PERLU MELIHAT DAN MEMBIARKAN IANYA BERLAKU? MEMBIARKAN PEMIMPIN ZALIM LAGI RAKUS MENGANIYAI RAKYAT? MOGA KASIH SAYANG ALLAH BERSAMA KITA.


Adakah kita ingin berlakunya bala dari Allah? Jika kita tidak mahu ianya berlaku, berhati-hatilah dgn 15 perkara tersebut. Sekadar mengingatkan : Perkara 1 & 2, Perkara 9 & 10, Perkara 11 & 13. Semuanya berlaku dan sedang berlaku.


Source: pemudakawasansegamat



Oct 19, 2009

Doa Rabitah..


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Sep 30, 2009

Kad kuning tanda amaran



Assalamu'alaikum wbrt..

Saya suka untuk memulakan tulisan saya kali ini dengan memetik beberapa ayat Allah swt. Ayat berkenaan tentang mengapa manusia itu perlu diberi teguran...

Mengapa manusia perlu ditegur ?


Kerana manusia itu sifatnya lemah, mudah tergesa-gesa dan serba kekurangan.
وخلق الإنسان ضعيفا
"Dan manusia dijadikan bersifat lemah"
(Surah an Nisa : ayat 28
)

"Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa".
(surah al Isra': 11)

Dan Allah juga menyuruh kita selalu untuk nasihat menasihati :

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr: 1-3)

Apa yang hendak saya ceritakan pada entri kali ini ialah berkenaan dengan menjaga batasan pergaulan...semoga saya dan anda mendapat manfaat dari penulisan ini..


Bertunang bukanlah tiket untuk pergaulan bebas.

Anda setuju dengan saya?

terpulanglah pada persepsi masing2, tetapi saya menegaskan bahawa pendirian saya ialah, istilah merisik/cop/bertunang dan sebagainya TIDAK MEMBERIKAN GREEN LIGHT atau LAMPU HIJAU untuk seseorang itu bergaul bebas dengan pasangannya.

Jadi, tiadalah ungkapan:

"boleh i pegang tangan u, kita kan sudah bertunang.."

atau

"bila u nak jumpa i, i ni kan tunang u.. jom kita keluar jalan2 nak?"

Apa yang kita semua perlu fahami disini ialah, tempoh bertunang ialah tempoh utk berkenalan bagi kedua-dua pihak mengikut batas-batas yg diajar oleh Islam, bukannya tempoh untuk melekat macam belangkas 24jam sehari.. Jika ada keperluan untuk berjumpa, bukanlah keluar berdua-duaan seperti pasangan yang telah berkahwin, bawalah bersama muhrim atau teman2 yang boleh menjamin supaya tidak berlakunya sesuatu yang ditegah oleh Islam..ini kalau dah keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, duduk berapat-rapatan, syaitan yang menjadi peneman pun bersorak gembira...'yahoo!! aku dah berjaya membawa anak2 adam ini ke lembah kemurkaan Allah'

so, siapa yang rugi??

Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti hubungan bukan muhrim.

Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang telah bertunang agar tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya sudah boleh dilakukan seperti pasangan berkahwin.

Ikatan pertunangan hanyalah satu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang.

Ibu bapa yang membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan anaknya.

Oleh itu, perkahwinan wajar disegerakan. Atau ayat mudahnya, jangan bertunang lama-lama jika sudah jatuh WAJIB untuk anda berkahwin. Lebih awal berkahwin, lebih cepat merasai dan mendapat apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan.

Di sini juga saya suka untuk memberitahu sahabat2 semua terutamanya sahabat2 dari kaum hawa agar jagalah maruah diri kita. lihatlah betapa Allah dan RasulNya memberitahu kepada kita tentang kelebihan2 dan kemuliaan2 seorang wanita:

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Firman Allah swt yg bermaksud:

'Wanita diciptakan sebagai penenang dan penyejuk hati. Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya'.
[Ar Ruum : 21]


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya :
'Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah'. [HR Muslim].

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang maksudnya…
'Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu'. [Al-Bukhary dan Muslim].

Allah telah berfirman yang bermaksud:

'Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki maupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun'. [An-Nisaa : 124]


WANITA YG MULIA DLM PANDANGAN ALLAH.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.


Mari kita renungkan kembali betapa Allah dan RasulNya sangat mengasihi dan meninggikan darjat seorang wanita. Oleh itu peliharalah ia dengan baik dan sungguh pun anda telah bertunang/di'cop' atau sebagainya, selagi mana anda belum menjadi yang halal, PELIHARALAH DIRI DAN MARUAH ANDA.

"Buat apa kita mencari dan berbuat yang haram ketika mana yang halal itu sudah hampir dengan kita.."

(^,^) fikir2kan dan selamat bermujahadah!!!