Dec 24, 2008

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius


Y.B Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Thu | Dec 18, 08 | 9:54:57 am MYT

Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam.

"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.

Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah.

Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.

Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."

Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.

Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud: "Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)

Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."

Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.

Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.? Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.

Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.

Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.

Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)

Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.

Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.

Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.

Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.

Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.

Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s. Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.

Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat. _

Dec 22, 2008

Children Of Heaven…suatu pandangan

Saya telah berpeluang untuk menonton filem ini …


mungkin ada diantara sahabat-sahabat telah pun menonton filem ini. filem ini mengisahkan tentang dua orang saudara kandung Ali(abang) dan Zahra(adik) yang mana telah diuji oleh Allah swt dengan kehilangan kasut. Disebabkan peristiwa ini, banyak perkara yang telah berlaku kepada dua beradik yang comel ini…


plot ataupun jalan ceritanya sangat ringkas tetapi padat dengan mesej2 yang baik dan berguna kepada semua… saya bukanlah arif untuk memberikan kritikan ataupun komen yang kritikal tentang sesuatu filem yang dihasilkan, akan tetapi mungkin ini sekadar pandangan sisi seorang penonton yang amat jarang sekali menonton filem2 dari negara2 tanah arab.

Bagi saya, saya sangat suka menonton filem ini…betul.. sangat suka…sebabnya filem ini banyak menonjolkan sikap atau attitude yang baik dan tidak banyak krisis atau watak jahat yang melampau-lampau seperti filem-filem indonesia dan malaysia

(minta maaf, tetapi kebanyakkannya begitu, bukan apa, kadang-kadang watak jahat lebih banyak ditonjolkan..macam la kat dunia ni banyak sangat orang yang jahat dari orang yang baik..kalu watak yang baik pula, jadi baik sangat yang tidak bertempat dan jadi bodoh2 alang gitu..sorry to say but sometimes sampai tak logik dek akal,terlalu jumud sampai xkan la tak terfikir diri mereka sedang dizalimi oleh orang yang jahat tu..)

ok, tak nak elaborate panjang-panjang filem indonesia dan Malaysia nie..back to the ‘children of heaven’ tadi..filem ni jalan ceritanya ringkas dan mudah difahami oleh semua peringkat usia,tidak kira anak-anak kecil, remaja,dewasa dan yang sudah berusia. Kiranya semua boleh tengok filem ini.

Apa yang saya boleh ambil pengajaran dari kisah ini ialah, bagaimana bijak dan kasihnya seorang abang terhadap saudara kandungnya..cara Ali mendidik adiknya untuk bersikap sabar serta memahami keadaan keluarga mereka yang agak susah dan sikap bertanggungjawab yang tinggi dalam diri mereka…


walaupun keluarga Ali dan Zahra ini miskin akan tetapi mereka tidak mengeluh dengan nasib mereka sebaliknya keluarga ini sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan dan rezeki yang telah Allah beri pada mereka sekeluarga..boleh nampak bagaimana ayah dan ibu Ali & Zahra mendidik anak2 mereka supaya amanah dengan barang yang mereka dapat dari masjid dan banyak lagi. bagi saya, sahabat-sahabat tidak akan rugi menonton filem iran ini…bagi yang belum dan akan menonton filem ini, selamat menonton ya!!



Dec 19, 2008

Catatan perkongsian hasrat Duta EU dan MB Kelantan

ihsan dari harakatul yaumiyyah.net


Annual Bakri Haron
Thu | Dec 18, 08 | 11:17:22 am MYT


Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum dengan corak pentadbiran yang diamalkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz di negeri itu.


Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar yang terdiri daripada Duta serta wakil Kesatuan Eropah (EU) dalam satu kunjungan ke negeri Serambi Makkah, baru-baru ini.


Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania,Italy, Denmark dan Findland.


Berikut adalah sedutan dialog antara Marc Barety dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Kota Darul Naim seperti dicatatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Haron.


Marc Barety: Memulakan persoalan, Tuan Guru diminta supaya menjelaskan apa-apa pencapaian yang mungkin dapat dikongsikan sepanjang 18 tahun mentadbir kerajaan negeri.


Tuan Guru Nik Aziz: Terima kasih kembali kepada tuan-tuan yang sudi mengunjungi sebuah negeri yang memilih untuk berbeza dari parti yang memerintah Malaysia di peringkat Pusat. Sebenarnya, saya bukan sengaja memilih untuk berbeza semata-mata kerana ingin atau gemar untuk berbeza. Kami membuat pilihan ini untuk "mendidik atau lebih tepat mengajar" kepada seluruh rakyat bahawa Islam itu begini. Demokrasi itu begini.


Seawal-awalnya kita perlu faham bahawa bumi ini kepunyaan Allah. Dialah Tuhan kita dan Dialah Yang Maha Pencipta. Dia yang membuat semua ini. Jika manusia kata manusia tercipta lebih dahulu, lalu manusia mencipta alam, maka di mana pula manusia awal itu tinggal. Jika dia berada di atas tanah, siapa yang mencipta tanah? Jika dia kata dia berada di udara, maka siapa pula yang mencipta udara? Siapa yang mencipta oksigen untuk manusia itu bernafas?


Mustahil alam dan bumi ini terjadi dengan sendiri. Ini kerja Allah. Dari-Nya jua segala planet dan alam ini berasal. Oleh kerana itu, maka Allah sahajalah yang berhak menurunkan perintah dan larangan dalam sebuah sistem hukum, undang-undang dan peraturan.


Ia dimuatkan ke dalam al-Quran. Untuk melengkapkan ia menjadi sebuah manual ? bertindak sebagai pengatur yang bersifat ?how to use? ? maka Allah turunkan Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi inilah yang menterjemahkan segala peraturan yang disebut sunah - untuk diikuti dan dicontohi akhlaknya atau bagaimana untuk hidup sebagai seorang hamba yang menumpang muka bumi yang dimiliki oleh Allah ini.


Ertinya, saya atau kami seluruh rakyat Kelantan memilih Islam demi untuk membetulkan landasan hidup. Saya mentadbir negeri ini dari sejak 1990 atas nama Islam untuk mengembalikan perjalanan hidup manusia dari landasan yang salah yakni mengabdikan diri sesama makhluk melalui pelbagai isme ciptaan kepada mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Pencipta semata-mata. Disamping itu, kami datang untuk membetulkan dan memulihkan demokrasi yang telah dengan teruknya dikhianati.


Dengan agenda sebesar itu, kami mula bergerak perlahan-lahan. Mula-mula saya perintahkan semua simpanan wang kerajaan dipindahkan ke dalam Bank Islam. Ini dilakukan untuk mengelakkan kerajaan berlanggan dengan sistem ekonomi yang menindas yang dilandasi riba. Riba ini sebenarnya penghisap darah.


Sejurus selepas itu, saya didatangi oleh satu rombongan pengurus-pengurus bank yang merayu saya tidak berbuat demikian. Saya menjawab bahawa tidak ada apa yang salah mengenai saya tetapi yang salahnya ialah tuan-tuan dan dasar kapitalis yang menindas hasil amalan bank tuan-tuan. Mereka senyap.


Dari sinilah bermulanya era pengislaman bank-bank di Malaysia. Semakin banyak bank-bank yang mula membuka dua kaunter. Kini, sudah semakin banyak bank-bank yang beroperasi menggunakan instrumen kewangan Islam sepenuhnya. Lebih kurang dua bulan yang lepas misalnya, saya dijemput untuk merasmikan pembukaan Hong Leong Islamic Bank. Menjawab persoalan tuan; maka ini semua berupa pencapaian.


Satu lagi perkara ialah kita tidak berminat untuk membesar-besarkan faktor bangsa. Apa yang saya perbesarkan ialah perihal bersamanya kita semua ini kerana kita datang dari keturunan yang satu yakni Adam dan Hawa. Kita berada dalam sebuah keluarga yang besar, yang bertolak dari benih dan keturunan Adam yang sama.


Dengan ini, saya menyemai perasaan kasih sayang, perasaan kebersamaan dan adik beradik. Tidak timbullah dasar dan amalan menindas dan berkembangnya perasaan curiga, dengki mendengki yang menekan dan mendiskriminasi. Di sini, kita telah berjaya meruntuhkan tembok tebal yang memisahkan kita sesama kita sekian lama.


Sebaliknya, kita semai perasaan hormat menghormati, saling bantu-membantu, hidup tolong menolong dan berbantu simpati.

Inilah latarbelakang kepada timbulnya program-program seperti kifaalah, skim bantuan armalah, ladang rakyat dan pelbagai lagi program 'mesra rakyat' demi membantu kumpulan sasar yang terdiri dari golongan bawahan dan fakir miskin.


Ambillah contoh kifaalah sebagai misal. Bagi setiap kematian yang melibatkan rakyat kami yang berusia 60 tahun ke atas, bantuan sejumlah RM2,500 secara automatik diberikan. Istimewanya program ini ialah ia disumbangkan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, bahasa dan keturunan. Inilah contoh dan bukti dasar-dasar non-diskriminasi yang kami maksudkan.


Dalam masa yang sama, saya selalu membuat kenyataan bahawa untuk menjadi Menteri Besar Kelantan, ?orang itu? bagi saya tidak perlu seorang Melayu. Dia boleh jadi seorang berketurunan Cina atau India asalkan dia seorang yang warak, bertakwa dan alim. Semua faktor ini menjadi punca kepada cenderungnya pengundi bukan Islam memberi undi kepada calon Islam dari parti PAS dalam pilihan raya yang lalu.


Boleh Tuan Guru memberi satu liputan mengenai projek-projek pembangunan dalam sektor perumahan, perbandaran dan perhotelan dalam konteks industri pelancongan?


Kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini. Umpamanya dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi, minuman beralkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.


Untuk kegiatan judi pula, kami haramkan seratus peratus kerana ia aktiviti yang cukup tidak sihat. Orang bodohpun boleh menang manakala orang intelek pula boleh menjadi kalah dan papa kedana. Ia permainan yang tidak menggunakan akal dan membunuh ikhtiar. Bagi minumam arak dan alkohol, ini kita kawal. Kita kawal pemberian lesen premis kerana menghormati budaya hidup non-Islam.


Bagi projek perumahan, kita kenakan syarat minimum untuk pemaju membina rumah tiga bilik sekurang-kurangnya. Ini untuk mengasingkan tempat tidur ahli keluarga berasaskan perbezaan jantina antara ketua keluarga, anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan selaras dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w..


Besok akan berlangsung sebuah mesyuarat penting antara ketua-ketua negara EU untuk mencari langkah-langkah sesuai dalam menangani isu kemelesetan ekonomi dunia. Dalam konteks Kelantan, apakah ada terdapat sebarang langkah untuk menghadapi ancaman dari masalah ekonomi ini?


Pada saya, ekonomi tidak bermasalah tetapi manusia yang bermasalah dan sedang dengan sengaja menimbulkan masalah. Jika dikaji punca sebenar, ia boleh bermula dari pertemuan yang teramat sulit yang pernah diatur oleh enam orang banker di Jekyll?s Island.


Dipengerusikan oleh Senator Aldrich dan dihadiri oleh tokoh-tokoh bank yang mewakili Rockefeller, Morgan?s, Warburg?s dan Rothchild?s; mereka memutuskan untuk menubuhkan Federal Reserve System. Inilah punca awal kepada wujudnya wang Fiat yang dicetak tanpa diasaskan kepada sandaran emas.


Wang Fiat dicipta dan dicetak dari kegiatan memberi hutang (money is created from debt). Kemunculan sistem ekonomi kapitalis yang membawa elemen riba dan bunga ini adalah satu bentuk penindasan sebenarnya. Dengan pelbagai instrumen kewangan, ia menindas massa. Umpama lintah darat, riba memeras dan menghisap darah. Yang kaya melakukan monopoli untuk terus kaya dan semakin kaya manakala yang miskin pula akan terus dimiskinkan.


Dia akan terus menerus ditindas untuk akhirnya menjadi papa kedana. Sebenarnya, jika tidaklah kerana ketamakan dan kerakusan, segala kesenangan yang disediakan oleh Allah SWT ini memang mencukupi. Ia cukup untuk kegunaan semua. Masalah yang ada adalah penyakit tamak. Kapitalis yang mengaut, membolot dan membuli. Krisis kewangan dunia ini berpunca dari sini.


Sedangkan dalam agama Islam, Allah melarang duit membuat duit. Mana boleh kita duduk diam-diam, tiba-tiba duit datang berterusan. Itu namanya riba. Sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah, kenderaan dan komputer, mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini. Ini satu contoh kecil bagaimana kami boleh menjawab soalan tuan tadi.


Dalam Islam, ayat al-Quran yang paling panjang ialah ayat-ayat yang menghuraikan isu ekonomi. Ini membuktikan bahawa agama Islam ini lengkap. Ia satu sistem yang mampu diamalkan. Bahkan ia adalah formula mutlak yang terbaik; penyelesaian dan jawapan kepada segala perkara.


Saya mahu tanya satu soalan politik tempatan. Saya perhatikan PAS, DAP dan KeADILan mempunyai perbezaan dasar parti yang cukup ketara. Tidakkah ini sebuah kesukaran untuk berlakunya persefahaman yang kordial?


Menyentuh tentang masalah hubungan dengan DAP misalnya. Saya lihat, itu mungkin dulu. Kini, saya tidak fikir demikian. Tidak lagi. Dulu misalnya, mereka agak cenderung melihat kami ini ada membawa pengaruh Taliban. Kini saya lihat sudah ada perubahan sikap. Mereka lebih banyak cuba memahami.


Dalam banyak contoh yang ditunjukkan, saya dapat lihat mereka semakin terbuka hasil dari bertambahnya kefahaman. KeADILan pun sama. Paksi perjuangan mereka adalah keadilan. Ini cukup selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi teras perjuangan PAS.


Tiada erti Islam itu jika tiada keadilan.


Jadi sekali lagi, kita menjangkakan kita tiada masalah.



Oleh K.H. Rahmat Abdullah pada Deklarasi Parti Keadilan

Lapangan Masjid Agung Al-Azhar Jakarta, 09 Agustus 1998, yang
diiringi oleh titisan air mata hadirin.


Ya ALLAH, berikan taqwa kepada jiwa-jiwa kami dan sucikan dia.
Engkaulah sebaik-baik yang, mensucikannya.
Engkau pencipta dan pelindungnya

Ya ALLAH, perbaiki hubungan antara kami
Rukunkan antara hati kami
Tunjuki kami jalan keselamatan
Selamatkan kami dari kegelapan kepada terang
Jadikan kumpulan kami jama'ah orang muda yang menghormati orang tua
Dan jama'ah orang tua yang menyayangi orang muda
Jangan Engkau tanamkan di hati kami kesombongan dan kekasaran
terhadap sesama hamba beriman
Bersihkan hati kami dari benih-benih perpecahan, pengkhianatan dan kedengkian

Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
Hajat kami kepada-Mu amatlah banyak
Engkau Maha Tahu dan melihatnya

Ya ALLAH, kami takut kepada-Mu
Selamatkan kami dari semua yang tak takut kepada-Mu
Jaga kami dengan Mata-Mu yang tiada tidur
Lindungi kami dengan perlindungan-Mu yang tak tertembus
Kasihi kami dengan kudrat kuasa-Mu atas kami
Jangan binasakan kami, karena Engkaulah harapan kami
Musuh-musuh kami dan semua yang ingin mencelakai kami
Tak akan sampai kepada kami, langsung atau dengan perantara
Tiada kemampuan pada mereka untuk menyampaikan bencana kepada
kami

"ALLAH sebaik baik pemelihara dan Ia paling kasih dari segala
kasih"

Ya ALLAH, kami hamba-hamba-Mu, anak-anak hamba-Mu
Ubun-ubun kami dalam genggaman Tangan-Mu
Berlaku pasti atas kami hukum-Mu
Adil pasti atas kami keputusan-Mu

Ya ALLAH, kami memohon kepada-Mu
Dengan semua nama yang jadi milik-Mu
Yang dengan nama itu Engkau namai diri-Mu
Atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu
Atau Engkau ajarkan kepada seorang hamba-Mu
Atau Engkau simpan dalam rahasia Maha Tahu-Mu akan segala ghaib
Kami memohon-Mu agar Engkau menjadikan Al Qur'an yang agung
Sebagai musim bunga hati kami
Cahaya hati kami
Pelipur sedih dan duka kami
Pencerah mata kami

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Nuh dari taufan yang
menenggelamkan dunia

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Ibrahim dari api kobaran yang
marak menyala

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Musa dari kejahatan Fir'aun dan
laut yang mengancam nyawa

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Isa dari Salib dan pembunuhan
oleh kafir durjana

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Muhammad alaihimusshalatu
wassalam dari kafir Quraisy durjana, Yahudi pendusta, munafik
khianat, pasukan sekutu Ahzab angkara murka

Ya ALLAH, yang menyelamatkan Yunus dari gelap lautan, malam,
dan perut ikan

Ya ALLAH, yang mendengar rintihan hamba lemah teraniaya
Yang menyambut si pendosa apabila kembali dengan taubatnya
Yang mengijabah hamba dalam bahaya dan melenyapkan prahara

Ya ALLAH, begitu pekat gelap keangkuhan, kerakusan dan dosa
Begitu dahsyat badai kedzaliman dan kebencian menenggelamkan
dunia
Pengap kehidupan ini oleh kesombongan si durhaka yang membuat-
Mu murka
Sementara kami lemah dan hina, berdosa dan tak berdaya

Ya ALLAH, jangan kiranya Engkau cegahkan kami dari kebaikan
yang ada pada-Mu karena kejahatan pada diri kami

Ya ALLAH, ampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosa kami
Dan rahmah kasih sayang-Mu lebih kami harapkan daripada amal
usaha kami sendiri

Ya ALLAH, jadikan kami kebanggaan hamba dan nabi-Mu
Muhammad SAW di padang mahsyar nanti
Saat para rakyat kecewa dengan para pemimpin penipu yang
memimpin dengan kejahilan dan hawa nafsu
Saat para pemimpin cuci tangan dan berlari dari tanggung jawab
Berikan kami pemimpin berhati lembut bagai Nabi yang menangis
dalam sujud malamnya tak henti menyebut kami, ummati ummati,
ummatku ummatku
Pemimpin bagai para khalifah yang rela mengorbankan semua
kekayaan demi perjuangan
Yang rela berlapar-lapar agar rakyatnya sejahtera
Yang lebih takut bahaya maksiat daripada lenyapnya pangkat dan
kekayaan

Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu Engkau kirimkan kepada kami
da'i penyeru iman
Kepada nenek moyang kami penyembah berhala
Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da'wah
Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran
Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini
Kepada generasi berikut kami
Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai
kesinambungan DAKWAH ini
Dengan sikap malas dan enggan berda'wah
Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa

Dec 17, 2008

BusH Di'KASUT' kan...padan muke dia

video

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.

Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.

Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
hheheheh...hahahaha.....

padan dengan muka bush...

gedeBUSH kene baling ngan kasut....

berani sungguh si pembaling kasut tue kan....


Takbir!!

ALLAHUAKBAR!!!

Dec 15, 2008

SEINDAH WANITA SOLEHAH

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang

yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
 
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,

maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
 
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,

maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah.
 
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu

setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya

yang sakit, maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
 
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,

darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah
dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)

lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
 
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,

maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
 
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,

puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
 
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
 
 
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,

siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".
 
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,

maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara,
malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar 

baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga sembahyang dan puasanya.
 
15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya

akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
 
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal

bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
 
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan

atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
 
19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan

sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.



WaLiMah SaNa SiNi

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)


Alhamdulillah...selesai sudah majlis pernikahan sahabat saya, Wan Nur Huda dengan pasangannya Mohd Hatta. majlis resepsi mereka telah diadakan di dewan Pusat Konvensyen Sg Siput, Perak pada 14 Dis 2008.. Akhirnya bernikah sudah sahabatku yang sorang ini...Huda, kita doakan Huda dan Hatta beroleh kebahagiaan Duniawi n Ukhrawi,insyaAllah...dan semoga menjadi Isteri dan Ummi yang Solehah.. (^,^)

Kepada sahabat2 saya yg lain yg tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis Huda dan Hatta nie, saya ada letakkan beberapa gambar..tp xbanyak la, sekadar untuk melepaskan kerinduan kalian pada huda..hehe



Huda n Hatta atas pelamin

















Huda n Hatta atas pelamin 2














Saya dan Shilajeni..kami atas kerusi jerk..hehe













sebahagian sahabat2 geologist yang hadir..

Dec 12, 2008

MUS'AB BIN UMAIR..Syuhada' Uhud


Kali ini saya ingin berkongsi dengan sahabat2 kisah seorang pejuang Islam dan juga Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Mus'ab Bin Umair..saya membaca kisah beliau ini di dalam buku yang bertajuk Ar-Rijalun Khaula Rasulullah SAW dan juga mencari maklumat tambahan dari blog2 sahabat2 saya..semoga kita sama2 dapat mengambil contoh ruh@semangat Mus'ab ini dalam menegakkan Islam di bumi Allah ini,insyaAllah...selamat membaca!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mus’ab bin Umair adalah sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum dia memeluk agama Islam, dia sangat dikenali sebagai insan yang lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Sebenarnya Mus'ab adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam.

Ibunya sendiri adalah orang yang paling kuat menentang Mus'ab. Ibunya telah mengurung dan menyeksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Walaupun Allah menguji Mus'ab dengan ibunya,Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinan dan pegangannya terhadap Islam. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Mus’ab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan?

Apakah jawapan anda?

Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu?

Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan?

Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya daku tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Apa lagi, lemahlah si ibu mendengar jawapan si anak. Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah.

Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu daku melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah.

Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah )

1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah)

2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: "Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul."

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al-Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu."(daun azka)

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan.

Mus’ab bin Umair lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat. Sama2 kita pandang diri masing2, adakah kita sudah cukup kuat untuk melakukan pengorbanan seperti Mus'ab dan Para Sahabat2 Rasulullah SAW yang lain untuk mempertahankan Islam atau memilih untuk terus berada dalam zon keselesaan dunia yang sementara ini..Wallahu'Alam..


PuiSi UntuK IsTeRi


Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri utk kahwin lain.


Isteriku,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa
akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...



*** Balasan Puisi sang isteri***




Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan... .

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...

AKAN TETAPIIIIIIII....
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!

please lah...

(Renungan bersama...kemampuan kita menjadi pengukur hidup kita.
Sekadar berkongsi cerita, mungkin lucu. tapi ada yang tersirat
disebalik yang tersirat. bukan sahaja untuk hal poligami, tapi untuk
hal yang lain juga)


kiriman daripada : snfat_85@yahoo.com

Dec 11, 2008

LaNdSliDe..AmBil PeNgaJaRan Wahai Manusia..


Bismillahirrahmanirrahim...

sahabat2 sekalian mesti dah terdengar dan mengetahui tentang kejadian tanah runtuh @ landslide(dlm bhs omputih) yang berlaku di hulu kelang dan yg terbaru di bukit antarabangsa yg telah mengorbankan nyawa.. mesti ramai diantara kita yg sebenarnya tidak ambil tahu @ tahu tp buat2 tak tahu tentang risiko jika kita duduk di kawasan2 lereng2 bukit lebih2 lagi di kawasan yg sememangnya menjadi kawasan tadahan air seperti di bukit antarabangsa ini.

tidak dinafikan, ada juga yang memang tidak tahu langsung tentang betapa berisikonya duduk di kawasan tadahan air itu. namun, seharusnya pihak2 yg sepatutnya tahu dan dah blaja pun ttg sume ni patut amanah dan bertindak mengikut ilmu dan garis panduan yg Allah dh bagi..ni tak, semata2 nak kaut untung n asal duit masuk dlm poket sendiri, keselamatan dan benda2 penting mcm nie wat taktau jer..apa punye orang da..


Jadi memang tidak dinafikan tangan-tangan manusia jugalah yang melakukan kerosakkan di muka bumi ini..jadi bedoalah agar bukan kita yang termasuk dalam golongan manusia yang melakukan kerosakkan tersebut.. di sini saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya pelajari sepanjang berada dalam bidang geologi ni..harap saya dan sahabat2 dapat take note dan menjadi org yang ada ilmu agar jika berlaku lagi kejadian seumpama ini di tempat kita, kita akan lebih bersedia insyaAllah..
kita selaku khalifah di Bumi Allah ini..fahamilah 'kalam2 alam' ini kerana apabila sekali ia mula berbicara, takut2 sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi.. Wallahu 'Alam..


KAWASAN BERISIKO
Kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh.
Cerun atau saliran air.
Potongan atau tambakan.
Lereng bukit yang sedang dibangunkan.

SEBELUM KEJADIAN

Tanda - Tanda Tanah Runtuh
Pancuran atau resapan di kawasan tanah.
Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
Tanah berganjak.
Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
Kerosakan paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
Jajaran barisan pagar berubah.
Jalan mendap
Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Persediaan
Dapatkan maklumat tentang kawasan runtuh.
Tanam tumbuhan tutup bumi pada cerun.
Bina tembok penahan atau buat saliran air

SEMASA KEJADIAN

Hubungi segera pihak berkuasa.
Beri amaran kepada keluarga dan jiran anda.
Berpindah segera apabila keadaan menjadi bahaya atau apabila diarahkan pihak berkuasa.

Di dalam rumah
Duduk diam di dalam bangunan.
Berlindung di bawah meja, kerusi atau perabot yang kukuh.

Di luar rumah
Jauhi laluan dan kawasan tanah runtuh.
Lari ke arah tanah tinggi yang jauh dari bahaya.
Jika ternampak aliran air, tanah, batu dan tumbuhan segera berlindung di sebalik rimbunan pokok.
Jika tiada pilihan segeralah peluk tubuh anda, membongkok seperti bola, lindungi kepala, duduk dan bersedia menghadapi sebarang keadaan.

SELEPAS KEJADIAN

Jauhi kawasan runtuhan.
Periksa keadaan keluarga dan jiran anda, beri rawatan pertolongan cemas jika ada yang tercedera atau sakit.
Beri bantuan kepada jiran dan golongan kurang upaya.
Dengar pengumuman radio.
Awas banjir boleh berlaku selepas tanah runtuh.
Periksa tapak rumah dan tanah dipersekitaran anda.
Laporkan sebarang kerosakan kemudahan awam.
Dapatkan nasihat pakar untuk membangunkan semula rumah atau bangunan di tapak yang sama.

Dec 3, 2008

MARI BELAJAR SEJARAH



SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “si Penakhluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera."

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 ? 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Misi Menawan Konstantinople

Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.

Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan altileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi. Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.

Keajaiban Tentera Othmaniyyah

Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini. Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.

Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

Serangan Besar-besaran Mujahidin

Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

Usaha Damai Terakhir

Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

Konstantinopel Menjadi Islanbul

Setelah ditaklukan nama Konstatinopel diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang. Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Utstmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Konstantinopel menjadi Islambol (Islam keseluruhannya) .

Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat?