Nov 28, 2008

PILIHLAH PEMIMPIN YG BAIK DARI KALANGAN KAMU..


"saya tidak memerintah kelantan, saya mentadbir kelantan. Bila disebut kelantan,bukan negerinya,tetapi rakyatnya. Tumpuan utama pentadbiran adalah QALBU (hati) manusia. kita mesti jaga qalbu manusia,kerana qalbu ini sengaja Allah s.w.t cipta untuk diisi dengan yang buruk dan baik. Dengan kita menjaga qalbu manusia, dengan secara automatik terjaga semua,ekonomi manusia,sosial manusia,budaya manusia dan aqidah manusia"


ini adalah ungkapan dari seorang tokoh yang sangat saya kagumi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. saya petik daripada majalah Qiadah keluaran pertama. Sungguh, sangat sukar untuk mencari insan dan sekaligus pemimpin negara yang sepertinya.

Perkara pertama yang saya lakukan sebaik sahaja majalah Qiadah sampai di meja pejabat saya adalah saya terus membuka bingkisan temubual blogger Ahirudin Attan dan wartawan Nuraina A.Samad dengan pemimpin negara yang saya kagumi ini,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. terima kasih kepada blogger kickdefella atas penghantaran majalah Qiadah ini kepada saya.

banyak perkara yang telah disentuh oleh Tuan Guru terutamanya dalam perkembangan negeri kelantan dalam temubual tersebut. disini saya akan kongsikan bersama2 dengan sahabat2 antara isi temubual tersebut.

"Islam datang ke dunia ini bukan bawa benda baru, Islam datang membetulkan perkara lama..",Hujah dari Tuan Guru. Kaedah PAS mentadbir negeri Kelantan sebenarnya bukan lagi misteri. slogan "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" tidak sekadar retorik semata-mata tetapi disalurkan kepada setiap jurusan kehidupan seharian. Setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan bertunggak pada 3 prinsip iaitu : UBUDIAH, MAS'ULIAH dan ITQAN.

selama 18 tahun mentadbir Kelantan, kerajaan negeri memberi fokus kepada program-program yang berkisarkan dari 3 prinsip tersebut iaitu program pentadbiran dan kewangan, program kemajuan Islam dan program pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

berdasarkan program2 inilah, perubahan iaitu proses pembersihan telah dijalankan di negeri cik siti wan kembang ini. Jangan disalahertikan pula, proses pembersihan yang dimaksudkan bukanlah mengusir mereka yang tidak menyokong kerajaan bercorak Islamik tetapi pembersihan secara fizikal bagi segala tuntutan spiritual seperti megasingkan akaun kewangan negeri Halal dan Haram, memindahkan Akaun kerajaan negeri ke perbankan Islam, penutupan premis perjudian, perberhentian pengeluaran lesen pusat perjudian dan hiburan serta pengharaman penyajian minuman keras di tempat awam.

apa yang menariknya, sebelum perlaksanaan dasar-dasar itu, Tuan Guru telah mengadakan siri rundingan dengan semua ketua-ketua agama Budha, Hindu dan Kristian di seluruh negeri Kelantan. Tuan Guru berdepan dengan mereka semua dan bertanyakan soal hukum mengikut ajaran masing-masing berhubung arak dan judi. semua yang hadir setuju bahawa mengikut ajaran masing-masing, ianya adalah haram.

tegas Tuan Guru dalam visinya,"Saya pegang Kelantan, muda-mudahan Kelantan menjadi mnegeri rujukan..."



itulah antara petikan temubual eksklusif dengan Menteri Besar Negeri Kelantan Darul Naim ini. bagi sahabat2 yang masih belum memiliki majalah Qiadah ini, bolehlah layari http://kickdefella.wordpress.com

semoga kita sama2 dapat mengambil pengetahuan dari bingkisan ini..insyaAllah...
hidup suburkan diri kita dengan baja Islami..hehehe (^,^)





Nov 27, 2008

SePuTeH KaOLin di BiDoR

Salam ikhlas Penyeri Ukhuwwah... (^,^)

sahabat2 yang dikasihi Allah swt, Alhamdulillah, saya baru sahaja kembali dari fieldwork di Ipoh,Bidor dan Tapah,Perak darul Ridzuan...

Lega rasanya bila dapat mengambil sampel2 dari lombong2 lempung dan kaolin di sana...Maha Suci Allah, yang telah memberikan rezeki di bumi perak yang kaya dengan khazanah mineral lempung dan kaolin ini...

mungkin bagi sahabat2 yang berkecimpung dalam bidang geologi pasti akan mengetahui akan potensi serta nilai ekonomi yang dapat diperolehi daripada mineral2 lempung ini...untuk pengetahuan sahabat2, mineral lempung dan kaolin ini banyak digunakan dalam pembuatan seramik,porselin,kertas,filter dan banyak lagi..kalau dilihat daripada rupa asal kaolin ini, tak nampak pun macam ade nilai ekonomi,serius... tp itulah kuasa Allah, setiap sesuatu yang Allah cipta ada fungsi dan keistimewaannya...Subhanallah.. (^,^)

bila dah dapat sampel nie, kena la mulakan gerak kerja di makmal..insyaAllah, saya akan mula untuk membuat analisa dari segi physical properties nya terlebih dahulu...sahabat2 yang baik hati, tolonglah doakan saya berjaya menulis satu paper tentang physical properties bagi Bidor's kaolin ni ye...(^,^) insyaallah, akan cuba sedaya upaya untuk mengembangkan ilmu milik Allah ini ke Italy..doakan yer...

...mungkin jikalau ada sahabat2 yang tahu sedikit sebanyak tentang mineral kaolin ini, boleh lah berkongsi ilmu dan pengetahuan sahabat2 dengan saya..mudah2an dapat kita sama2 mengembangkan lagi ilmu tentang mineral kaolin ini...

disini tidak lupa untuk saya mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada Hj.Qori selaku penyelaras bahagian teknologi lempung,JMG Ipoh serta manager2 lombong2 yang saya singgah untuk mendapatkan data dan sampel..walaupun hanya 5 hari berada di perak, tapi rasa seronok untuk ke sana lagi...hehe..

mungkin setakat ini dahulu entri kali ini, insyaAllah, ada jodoh..(hehe) dan panjang umur,kita berjumpa di entri2 yang akan datang...

jangan segan silu untuk memberikan comment @ kritikan bagi menambahbaik blog ini dalam usaha dakwah yang sedikit ini..insyAllah..

salam Islamisasi untuk semua...

Nov 19, 2008

Di KeTika Ini...

Assalamu'alaikum wbt....

...buat sahabat2 yang sudi berkunjung di blog ini, berkemungkinan saya akan menjadi 'pasif' untuk seketika waktu...ini kerana saya akan ke lapangan untuk menguruskan kerja-kerja projek kajian penyelidik saya..biase la..jadi pembantu penyelidik nie..kena la gi fieldwork amik data dan sample..hehe...kali ini, saya ke negeri perak, melihat2 kuari dan lombong2 di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat ini.. (^,^)


sekiranya sahabat2 ade komen, kritikan ataupun cadangan untuk menambahbaik lagi blog saya yang tidak seberapa ini, bleh la send ke chatroom @ email terus ke : eyamuslim@yahoo.com.my

moga kalam2 yang terucap dari bibir2 kita adalah kalimah2 yang memberi manfaat kepada ummat..insyaAllah..

seperti sahabat saya spongebob di atas yg rushing tu, saya juga lebih kurang begitu di ketika ini..hehe..moga Allah permudahkan urusan saya dan urusan sahabat2 k... jumpa lagi di entri2 yang akan dtg..(xtau bile tue..wallahu 'alam)

Nov 18, 2008

TaZKiRaH Si IkAn BiRu

ikan biru: "adik..akak ade ilmu cket nak share ngan adik nie..nak tak?"

ikan merah: "yeke..wah,besh nyer..nak2.."

ikan biru: "dgr yer..."

radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi
citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum"
dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg
penuh "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi
wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita
berkata "Kirim salam assalamualaikum pada Anis ye"
contoh lerr ..
Bukannya : "Kirim salam kat Anis ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah
berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

Subject: "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Assalamu'alaikum

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui
tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah
kita ganti dengan perkataan " Salam " iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesamalah kita memberitahu member2 yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG2 SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum",
kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari
perkataan Assalamualaikum.
Semoga ada manfaatnya. (^,^)

SANG MURABBI


filem 'Sang Murabbi'...sudah sekian lama saya mencari filem seperti ini..walaupun saya belum lagi berpeluang untuk menontonnya, akan tetapi saya merasakan filem ini sangat bagus dan mmpu memberikan imput2 yang berguna pada sesiapa sahaja yang menontonnya...bagi sesiapa yang dah tengok cite nie..sudi2kanlah share pengalaman dengan saya ye..(^,^) ni lirik lagu tema filem Sang Murabbi...jom kita hayati bersama..

video

Sang Murabbi Munsyid : Izzatul Islam
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

TERUS BERDOA,SEKALIPUN ZAHIRNYA SEPERTI TIDAK TERMAKBUL

Oleh: Dato' Dr. Haron Din

Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): "Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Firman Allah (mafhumnya): "Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Dalam as-Sunnah, terdapat banyak hadis-hadis fi'li (perbuatan) dan hadis-hadis qauli (percakapan) yang jelas baginda Rasulullah s.a.w., berdoa ke hadrat Allah SWT.

Berdoa sememangnya dituntut, itu tugas kita sebagai hamba Allah. Sama ada terima atau tidak, ianya adalah urusan Allah SWT.

Terserahlah kepada Allah dan memohonlah apa sahaja dengan penuh yakin bahawa Allah akan mengkabulkan doa kita. Nescaya Allah akan memenuhinya sama ada cepat atau lambat.

Nabi Allah Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah berdoa ke hadrat Allah agar hati-hati manusia tertarik untuk mengunjungi Makkah beramai-ramai, pada waktu Makkah masih menjadi sebuah lembah yang gersang.

Baginda berharap umat manusia datang beramai-ramai menunaikan haji dan membuat umrah, dan dipohonkan rezeki mereka melimpah ruah.

Doa itu dilafazkan ribuan tahun dahulu ketika baginda mendatangi Makkah bersama anak dan isterinya.

Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan doa baginda selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w., malah sehingga hari ini semakin jelas doa Nabi Ibrahim a.s., seolah-olah baru dimakbulkan.

Cuba bayangkan, doa Nabi Ibrahim yang disebut sebagai 'khalilullah' - kekasih Allah - sahabat setia Allah, berdoa ke hadrat Allah, ribuan tahun kemudiannya baru jelas dimakbulkan.

Apabila kita sering berdoa, jangan sesekali membuat kesimpulan bahawa doa kita tidak akan dimakbulkan.

Mungkin Allah telah makbulkan doa itu, mungkin dalam bentuk diberikan yang lebih baik daripada apa yang kita pinta.

Kadang-kadang doa kita dimakbulkan cepat, kadang-kadang lambat. Ertinya, apa yang dipohon, tidak semestinya diberi atau ditolak.

Ia adalah suatu ujian kepada kesabaran seseorang hamba. Sama ada Allah berikan sesuatu yang lebih baik, atau Allah berikan ganjaran sewajarnya pada hari akhirat kelak dalam bentuk pahala yang banyak.

Antara sebab-sebab nyata Allah tidak makbulkan doa, seperti yang difirmankan Allah dalam ayat 186, Surah al-Baqarah tadi, iaitu orang-orang yang keimanannya kepada Allah itu, masih berada pada tahap yang boleh dipersoalkan dan kemaksiatan yang dilakukan.

Ada hadis Nabi s.a.w. yang menyebut tentang doa yang tidak dimakbulkan, antaranya (mafhum): "Makan minumlah kamu dengan yang halal, nescaya doamu akan dimakbulkan."

Pada suatu ketika ada seorang yang keadaannya begitu terdesak, mengangkat tangan setinggi-tinggi yang boleh, dan berdoa ke hadrat Allah SWT, memohon kepada Allah, tatkala Nabi s.a.w. melihatnya, lalu baginda bermadah kepada para sahabat, mafhumnya: "Lihat orang itu, makan minumnya haram, pakai memakainya haram, bagaimana mungkin Allah menerima doanya."

Sememangnya semakin hampir seseorang hamba kepada Allah, semakin suci bersih jiwa dan amalannya, maka semakin mudah Allah memakbulkan doanya.

Seperti yang disebut dalam sebuah hadis qudsi, mafhumnya: "Apabila hambu-Ku mendampingi daku, dengan amalan-amalan yang banyak, khususnya amalan-amalan sunat, maka Aku menyukainya, maka apabila Aku menyukainya, akan-Ku tunaikan doanya (hajat)."

Walau hampir dan akrabnya seseorang insan kepada Allah SWT, tidaklah menjadi syarat utama untuk Allah memakbulkan doanya.

Ini kerana, hanya Allah sahaja yang mengetahui kemaslahatan hamba-hamba-Nya. Allah amat mengetahui apa yang hendak diberi dan apa yang tidak perlu diberikan.

Harus kita sedari bahawa dalam kehidupan kita, selain daripada Allah memberi apa yang kita minta, banyak juga kebaikan, rezeki dan sebagainya Allah berikan kepada kita walaupun tidak kita diminta.

Amat sedikit yang tidak diberi, itu pun ada kemaslahatannya.

Mengenai soalan saudara, pernahkah doa Rasulullah sendiri ditolak Allah, jawapannya, ya. Memang doa Nabi s.a.w. pernah ditolak. Kadangkala doa baginda pun ditolak.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w., pada zaman awal kebangkitan baginda sebagai Rasul, menghadapi banyak tekanan daripada kaum Quraisy dan anggota keluarganya tidak mahu memeluk Islam.

Malah baginda pernah disakiti sehingga berdoa ke hadrat Allah (mafhumnya): "Ya Allah! Berilah petunjuk kepada kaumku, mereka ini tidak mengetahui."

Doa Nabi ini tidak ditunaikan sepenuhnya. Bukan orang lain, kalangan anggota keluarga, bapa saudaranya, seperti Abu Lahab meskipun didakwah bertubi-tubi, namun mereka lebih bertegas mempertahankan kekufuran mereka.

Malah sampai kepada peringkat menantu Nabi s.a.w sendiri, ada yang tidak beriman, atau lambat beriman.

Apa yang nyata, kaum kerabat Nabi, yang didoa dan diusahakan untuk mereka beriman, akhirnya mati dalam keadaan kufur.

Dalam Kitab Sahih Muslim, hadis 2889 disebut (mafhumnya): "Suatu hari Rasulullah s.a.w. singgah di masjid Bani Muawiyah, ditunaikan solat sunat dua rakaat bersama sahabat, selepasnya baginda berdoa panjang dengan doa yang panjang. Selepas berdoa baginda berpaling ke arah sahabat dan bersabda, "Saya berdoa kepada Allah, tiga perkara, Allah tunaikan dua sahaja dan menolak yang satu lagi. Saya memohon agar umat Muhammad tidak dibinasakan dengan kelaparan, Allah tunaikan. Saya memohon agar jangan mereka dibinasakan dengan banjir yang menenggelamkan mereka, Allah tunaikan. Namun apabila saya berdoa agar jangan mereka bergaduh dan berperang sesama sendiri, Allah tidak tunaikan."

Bagaimanapun kebanyakan doa-doa Nabi s.a.w. dimakbulkan Allah SWT. Doa yang tidak dimakbulkan itu memang ada kemaslahatannya.

Oleh itu berdoalah ke hadrat Allah SWT, kerana ia adalah ibadah. Ibadah dilakukan bukan semata-mata untuk keperluan keduniaan.

Jika kita ikhlas beribadah, insya-Allah Allah akan memberikan ganjaran yang sebaiknya di hari kemudian.

Solat, puasa, zakat, haji, berjihad dan ibadah-ibadah, kita lakukan kerana berhajatkan keredaan Allah atau pahala yang dijanjikan kepada kita pada hari akhirat. Wallahua'lam..

Nov 6, 2008

HOW TO ENHANCE YOUR IQ, EQ, AND SQ FROM ISLAMIC PERSPECTIVE


1. Menyedari

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 9 :
Maksudnya : “(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).”


2. Menyerahkan Diri , surah Yunus ayat 72

Maksudnya : “"Oleh itu, jika kamu berpaling membelakangkan peringatanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku, kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu (mengenai ajaran ugama Allah yang aku sampaikan itu); balasanku hanyalah dari Allah semata-mata (sama ada kamu beriman ataupun kamu ingkar); dan aku pula diperintahkan supaya menjadi dari orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

3. Mendengar, firmanNya dalam surah Al-A’raf ayat 179:

Maksudnya : “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. ”


4. Membaca, surah Fatir ayat 29:

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; ”

5. Memerhati , al-Baqarah ayat 50 :

Maksudnya : “Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. ”

6. Mempelajari, surah al-Nur ayat 41 :

Maksudnya : “Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadinya) akan cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan..”

7. Memikirkan, surah al-Nahl ayat 11

Maksudnya : “Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. ”

8. Menggunakan Aqal, Surah Yaasin ayat 68

Maksudnya : “Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?”


9. Memahami, al-An’am ayat 65:

Maksudnya : “Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.”

10. Mengimani , al-Taubah ayat 99:

Maksudnya : “Dan sebahagian dari orang-orang A'raab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

11. Menghambakan Diri , al-Anbiya` ayat 19:

Maksudnya : “Dan (ingatlah) segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih.”

12. Berbuat Kebaikan, al-Maidah ayat 69

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. ”

13. Bersabar, al-Thur ayat 48:

Maksudnya : “Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemuliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun. ”

14. Bersyukur, al-Syura ayat 33

Maksudnya : “Jika Ia kehendaki, Ia menghentikan tiupan angin, maka tinggalah kapal-kapal itu terapung-apung di muka lautan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya) bagi tiap-tiap seorang (mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur. ”

15. Berzikir secara istiqamah, al-Hadid ayat 16 :

Maksudnya : “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. ”

16. Mengambil Pelajaran, al-Ra’d ayat 19:

Maksudnya : “Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”


17. Menyucikan, surah al-Nazi’at ayat 18:

Maksudnya : “"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)? ”

18. Meyakini, surah al-Maidah ayat 50

Maksudnya : “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.”

19. Berjihad, surah al-Anfal ayat 74.

Maksudnya : “Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.”

20. Membuat keputusn berpandu Hukum Allah, surah al-Nur ayat 80:

Maksudnya : “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. ”

21. Memelihara Diri, surah al-Tahrim ayat 6:

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. ”

22. Bertawakkal surah al-Zumar ayat 38:

Maksudnya : “Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".”

23. Bertaqwa Kepada Allah, surah Ali Imran ayat 130

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. ”

24. Kembali Kepada Allah, dalam surah Sad ayat 34:

Maksudnya : “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami): - ”

25. Takut Kepada Allah, dalam surah Hud ayat 102-103 :

Maksudnya : “Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya. Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk.”

edited from : tazkirah ustaz zahazan mohamed

GURAU SENDA & TAWA RASULULLAH SAW


Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.


Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta itu juga anak unta?"


Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?". "Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.


Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,


"Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".


Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

JADUAL KULIAH PENGISIAN


NOVEMBER 2008 @ ZULKAEDAH 1429H

Nov

Hari

Masa

Ustaz / Penceramah

Kitab / Tajuk

Tempat

Zulkaedah/Zulhijjah

1

Sabtu

Subuh

Ust Abd Ghani Abd Rahman

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

3

9.15 pagi

Ustazah Faezah Hashim

Kuliah Muslimat

Surau Jenaris, Kajang

Maghrib

Ust Rashidy Jamil

Ceramah Agama

Surau An-Nur

2

Ahad

Subuh

Ust Hashim Hanapiah

Tafsir Al-Quran

Surau An-Nur

4

Subuh

Ir Dr Mohd Fuad

Al-Quran

Surau Al-Ikhlas

9.30 pagi

Ust Hasrizal Jamil

Kuliah Muslimat

Surau An-Nur

Maghrib

YB Dr Shafie Abu Bakar

Aqidah Ahli Sunnah & Jamaah

Surau Al-Ikhlas

Maghrib

Dr Fauzi Muhammad

Hadis Akhir Zaman

Surau An-Nur

3

Isnin

Maghrib

Ust Ahmad AsriLubis

Rebut Pahala Dlm Masa Singkat

Surau An-Nur

5

Maghrib

Lt Kol Ust Mohd Anas

Tafsir Harfiah

Surau Al-Ikhlas

4

Selasa

Maghrib

Ust Shauqi Othman

Sabilul Muhtadin

Surau An-Nur

6

Maghrib

Ust Ibrahim Muhamad

Cermin Budiman

Surau Jenaris

Isya’

Konsep Negara Islam

Ust Hakim

Surau Al-Ikhlas

5

Rabu

Maghrib

Dr Azizan Ahmad

Ceramah Agama

Surau An-Nur

7

Maghrib

Ust Ismail Sulaiman

Tauhid

Surau Jenaris

Maghrib

Ust Mohd Syafawi

Qisasul Quran

Surau Al-Ikhlas

6

Khamis

Maghrib

Dato’ Dr Haron Din

Feqah Mazhab Imam Shafie

Darussyifaq

8

Maghrib

Ust Abdullah Awang

Yasin & Permata Ilmu Tauhid

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Sapidin Amran

Tafsir

Surau Jenaris

7

Jumaat

12.59 tghari

Dr Azhar Ya’akob

Khutbah Jumaat

Surau An-Nur

9

Maghrib

Ust Yusaine Yahya

Al-Arba’un Al-Munirah fi Bayan Syamil Al-Syarifah

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Ibrahim

Tauhid/Feqah

Surau An-Nur

8

Sabtu

Subuh

Ust Hashim Hanapiah

Tafsir Al-Quran

Surau An-Nur

10

Maghrib

Ust Mohd Anuar Ariff

Tanbihul Ghafilin

Surau Jenaris

Maghrib

Ust Abd Rahman Awang Soh

Bahrul Mazi

Surau An-Nur

9

Ahad

Subuh

Ust Khairul Ikhwan

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

11

Subuh

Ir Dr Mohd Fuad

Al-Quran

Surau Al-Ikhlas

9.30 pagi

Ust Dzulkarnain Hamzah

Kuliah Muslimat

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Ibrahim Muhamad

Sabilal Muhtadin

Surau Jenaris

Maghrib

Ust Mohd Hasnil

Ceramah Agama

Surau An-Nur

Maghrib

YB Dr Shafie Abu Bakar

Aqidah Ahli Sunnah & Jamaah

Surau Al-Ikhlas

Isya’

Ust Zaharum

Kelas Al-Quran

Surau Jenaris

10

Isnin

Maghrib

Jemaah Tabligh

Tazkirah

Surau An-Nur

12

Maghrib

Lt Kol Ust Mohd Anas

Tafsir Harfiah

Surau Al-Ikhlas

11

Selasa

Maghrib

YB Ust Taib Azamuddin

Fiqh Keutamaan

Surau An-Nur

13

Isya’

Konsep Negara Islam

Ust Hakim

Surau Al-Ikhlas

12

Rabu

Maghrib

Ust Mohd Farid Ravi Abdullah

Ceramah Agama

Surau An-Nur

14

Maghrib

Ust Mohd Syafawi

Qisasul Quran

Surau Al-Ikhlas

13

Khamis

Maghrib

Ust Zahazan Mohamed

Ceramah Agama

Surau An-Nur

15

14

Jumaat

Maghrib

Ust Zamzuri Ya’akob

Sejarah Al-Quran

Surau An-Nur

16

Maghrib

Ust Salehuddin Nasir

Halal Haram

Surau Jenaris

Maghrib

YB Zulkifli Nordin

Ceramah Isu-Isu Semasa

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Ibrahim

Tauhid/Feqah

Surau Al-Ikhlas

15

Sabtu

Subuh

Ust Farhan Kamal Hisham

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

17

9.15 pagi

Ustazah Rodhiah

Kuliah Muslimat

Surau Jenaris

Maghrib

Ust Abd Rahman Awang Soh

Bahrul Mazi

Surau An-Nur

16

Ahad

Subuh

Ust Hashim Hanapiah

Tafsir Al-Quran

Surau An-Nur

18

Subuh

Ir Dr Mohd Fuad

Al-Quran

Surau Al-Ikhlas

9.30 pagi

Ust Zulkifli Ahmad

Kuliah Muslimat

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Khairil Khuzairi Omar

Tasawwur Islam

Surau Jenaris

Maghrib

Dr Fauzi Muhammad

Hadis Akhir Zaman

Surau An-Nur

Maghrib

YB Dr Shafie Abu Bakar

Aqidah Ahli Sunnah & Jamaah

Surau Al-Ikhlas

17

Isnin

Maghrib

Ust Abdullah Md Isa

Ceramah Agama

Surau An-Nur

19

Maghrib

Lt Kol Ust Mohd Anas

Tafsir Harfiah

Surau Al-Ikhlas

18

Selasa

Maghrib

Ust Kamal Shaari

Ceramah Agama

Surau An-Nur

20

Isya’

Konsep Negara Islam

Ust Hakim

Surau Al-Ikhlas

19

Rabu

Maghrib

Ust Salehuddin Nasir

Fiqh Al-Sirah

Surau An-Nur

21

Maghrib

Ust Mohd Syafawi

Qisasul Quran

Surau Al-Ikhlas

20

Khamis

Maghrib

Dato’ Dr Haron Din

Feqah Mazhab Imam Shafie

Darussyifaq

22

Maghrib

Ust Abdullah Awang

Yasin & Permata Ilmu Tauhid

Surau An-Nur

21

Jumaat

1.03 tghari

Ust Syed Nazli Syed Ahmad

Khutbah Jumaat

Surau An-Nur

23

Maghrib

Ust Mohd Kahiruddin Aman Razali

AL-Azkar

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Khairul Edzuan Al-Yamani

Ceramah Agama

Surau Jenaris

Maghrib

Ust Ibrahim

Tauhid/Feqah

Surau Al-Ikhlas

22

Sabtu

Subuh

Ust Halim Din

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

24

Maghrib

Ust Abd Rahman Awang Soh

Ayat-Ayat Suruhan

Surau An-Nur

23

Ahad

Subuh

Dr Abdullah Yasin

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

25

Subuh

Ir Dr Mohd Fuad

Al-Quran

Surau Al-Ikhlas

9.30 pagi

Dato’ Ismail Kamus

Kuliah Muslimat

Surau An-Nur

Maghrib

Ust Zaharum Redwan

Asas Fardhu ’Ain

Surau Jenaris

Maghrib

Ust A. Rahim Rifa’i

La Tahzan

Surau An-Nur

Maghrib

YB Dr Shafie Abu Bakar

Aqidah Ahli Sunnah & Jamaah

Surau Al-Ikhlas

24

Isnin

Maghrib

Ust Hadi Ahmad Talha

Fiqh Ad-Daulah

Surau An-Nur

26

Maghrib

Lt Kol Ust Mohd Anas

Tafsir Harfiah

Surau Al-Ikhlas

25

Selasa

Maghrib

Dr Badrul Amin Baharon

Ceramah Agama

Surau An-Nur

27

Maghrib

Ust Muhammad Abdullah

Bulughul Maram

Surau Jenaris

Isya’

Konsep Negara Islam

Ust Hakim

Surau Al-Ikhlas

26

Rabu

Maghrib

Ust Johari Abd Wahab

Ceramah Agama

Surau An-Nur

28

Maghrib

Ust Mohd Syafawi

Qisasul Quran

Surau Al-Ikhlas

27

Khamis

Maghrib

Ust Ahmad Dasuki Abd Rani

Ceramah Agama

Surau An-Nur

29

28

Jumaat

1.03 tghari

Ust Johari Abd Wahab

Khutbah Jumaat

Surau An-Nur

30

Maghrib

Ust Ibrahim

Tauhid/Feqah

Surau Al-Ikhlas

Maghrib

Ust Ibrahim Muhammad

Sabilal lMuhtadin

Surau Jenaris

29

Sabtu

Subuh

Ust Radzi Mohd Rejab

Kuliah Subuh

Surau An-Nur

1 Zulhijjah

30

Ahad

Subuh

Ust Hashim Hanapiah

Tafsir Al-Quran

Surau An-Nur

2

Subuh

Ir Dr Mohd Fuad

Al-Quran

Surau Al-Ikhlas

Maghrib

Ust Zulkifli Ahmad

Ceramah Agama

Surau An-Nur

Maghrib

YB Dr Shafie Abu Bakar

Aqidah Ahli Sunnah & Jamaah

Surau Al-Ikhlas