Oct 24, 2008



Rabu,16 oktober 2008..suatu hari yang panas terik...

entah mengapa saya agak rajin untuk mengikuti trip fieldwork sahabat2 master geofizik di kuari kajang rock. fieldwork yang saya pergi ni lokasinya agak dekat dengan ukm, tapi perlu ada transport jg..at least motosikal. oleh kerana agak terlewat menempah kenderaan ukm, kami terpaksa ke kuari tersebut menggunakan motosikal...

mr Goh,student pHd geofizik menunggu kami di sana, jd saya n seorang sahabat geofizik (muslimat) naek 1 motor dan sahabat saya yang seorang lagi(muslimin) naek 1 motor yang lain.

inilah pengalaman pertama saya masuk ke dalam kawasan kuari dengan menaiki motosikal... hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana tercabarnya saya untuk 'control' motor saya tue... mmg jalan ke kuari agak teruk, kesan dr laluan lori2 yang keluar masuk ke kuari...abes la motor saya..kena mandikan cukup2 pasni..hehehe..



seperti biasa, walaupun jam baru menunjukkan pkl 9.30 pagi, akan tetapi udara di kawasan kuari i2 sangat2lah panas..membahang..serta cahaya matahari memancar membakar sel2 kulit..huhu.. terbayang di minda..sedangkan ini baru kepanasan di dunia yang digambarkan hanya sebesar lubang jarum dari api neraka Allah, inikan pula seksa kepanasan api neraka Allah di akhirat kelak..na'uzubillah..moga2 kita tidak termasuk dlm golongan penghuni neraka Allah..

ok, back 2 the story...seronok sebenarnya dpt gi fieldwork kat sini...dpt byk blaja benda br..cemane nk survey permukaan kekar n sesar, blaja isi form ketakselanjaran n etc... tq 2 my sahabat se'master' baizura n hariri n also 2 mr Goh.. banyak ilmu yang saya perolehi di sana.. ( ^ , ^ )



~life as a geologist sangat mencabar dan menyeronokkan... sbb kita mengkaji alam, lagi banyak kita kaji, lagi bertambah kagum dengan ciptaan2 Allah ini...SUBHANALLAH...setiap batuan menceritakan kisah2 yang tersendiri...kalu xpercaya, jom blaja geologi..fuh..cam falsafah je bunyi nye..hehehe....

Oct 23, 2008

ALLAH SWT's 24 Hr Customer Service Line (Toll Free)

Assalaamu'alaikum, Sahabat2. ..


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar
ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini.Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.

Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


(Dari tafsir Hanafi)


mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu.. mudah-mudahan jadi biasa, karena sudah biasa.

Amin....

25 Oktober 2008 ni..(majlis pertunangan adek)


tanggal 25 Oktober 2008 nie, adek saya (the one n only adek yg ade) akan bertunang.

memang mula2 tu, family saya terkejut juga..tp bila melihatkan kesungguhan dia dan keseriusan dia, mak ayah pun setuju. lagipun, nak jaga adek dari buat benda2 yg tak elok.. mereka dijangka melangsungkan pernikahan bulan 3 tahun depan..sebenarnye lagi cepat lagi bagus kan...( ^ , ^ ).. elak maksiat..

sebagai seorang kakak, cume mampu doakan agar adekku ini memperolehi kebahagiaan n semoga dia dapat membina Baitul Muslim yg sempurna..insyaAllah..
tapi saya sendiri kena banyak bersabar la lepas nie..sebab mcm2 soalan akan saya terima nnt.. antaranya,
mengapa adik yang langsung dulu?
kakaknya bila lagi?
sibuk dengan study ke?
takkan xde calon lagi?
n etc......

xpe2.. insyaAllah, saya telah pun menyediakan perisai2 'jawapan' untuk segala soalan yang akan ditanya kepada saya selepas ni.. moga Allah beri kekuatan..amin.. ( ^ - ^ )

Siapakah Kita?

• Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

• Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

• Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

• Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

• Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

• Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

• Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

• Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

• Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

• Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

• Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

• Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

• Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa mementingkan harta.

• Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

• Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

• Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

• Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

• Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

• Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

• Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

• Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

• Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal² kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

• Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

• Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Oct 20, 2008

7 soalan yg sering ditanya..


  1. Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya....tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
  2. Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan......tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
  3. Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat......tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
  4. Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
  5. Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .Tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
  6. Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
  7. Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Oct 17, 2008

KISAH-KISAH YANG MENGGEMBIRAKAN NABI SAW

KISAH-KISAH YANG MENGGEMBIRAKAN NABI SAW


Kisah Pertama

(Shahih Bukhari : 6164)

Seorang lelaki yang faqir datang kepada Nabi SAW mengadu tentang kesalahannya yang besar, iaitu berjimak dengan isterinya ketika siang hari di Bulan Ramadhan.

Lalu Baginda SAW bertanya kepadanya, adakah dia memiliki hamba untuk dibebaskan? Dia mengatakan bahawa dia tidak memilikinya.

Baginda SAW bertanya lagi, adakah dia mampu untuk berpuasa 2 bulan berturut-turut? Dia mengatakan bahawa dia tidak mampu untuk melakukan demikian.

(Ibnu Hajar al Asqolani menukilkan daripada Ibnu Daqiqil Aid di dalam Fathul Bari bahawa pemuda tersebut tidak mampu untuk menahan dirinya selama dua bulan untuk tidak menghampiri isterinya. Ini berdasarkan riwayat Ibnu Ishaq. Wallahua’lam)

Lalu Baginda SAW mengeluarkan seberkas Buah Tamar, lalu diberi kepada lelaki tersebut. Baginda SAW menyuruhnya supaya mensedekahkan kesemua Buah Tamar tersebut kepada penduduk disekitar Madinah.

Lelaki tersebut bertanya lagi “Hendak diberi kepada siapa?, Demi Allah, tiada seorang pun yang tinggal di persekitaran Madinah, lebih faqir daripada kami”

Apabila mendengar kata-kata lelaki tersebut Nabi SAW tersenyum sehingga menampakkan giginya. Lalu Baginda menyuruhnya supaya memberi ahli keluarganya sendiri untuk makan buah tersebut.


Pengajaran daripada kisah

> Diharamkan berjimak dengan isteri ketika siang hari di Bulan Ramadhan

> Sesiapa yang melakukannya dikenakan kifarah, iaitu :

- Membebaskan hamba atau

- Berpuasa selama dua bulan atau

- Memberi makan 60 orang miskin

(berdasarkan tertib mengikut pandangan Jumhur)

> Berlembut dengan manusia yang ingin memperbetulkan kesalahan

> Islam itu mudah dan jalan penyelesaian


Kisah Kedua

(Abu Daud : 3768)

Nabi SAW diberi kelebihan, mampu untuk melihat makhluk yang tidak dapat dilihat oleh sahabat-sahabat lain. Contohnya syaitan.

Satu ketika Nabi SAW sedang duduk dan dalam masa yang sama terdapat seorang lelaki yang sedang makan. Lelaki tersebut terlupa untuk membaca bismillah, sehinggalah makanan yang dimakannya tinggal sesuap sahaja lagi.

Ketika suapan terakhir itu hendak dimasukkan ke mulutnya, lelaki tersebut teringat bahawa dia masih belum membacakan bismillah. Lalu dia pun menyebut,

بسم الله أوله وآخره

Sejurus selepas dia membacanya, Nabi SAW tertawa sedikit lalu Baginda SAW menyatakan bahawa ketika lelaki tersebut sedang makan, syaitan juga turut makan bersamanya.

Tetapi setelah dia membacakan ayat tersebut, syaitan yang makan bersamanya muntah keluar segala yang dimakannya tadi bersama lelaki tersebut. Perkara ini membuatkan Baginda tertawa kecil melihat rupa syaitan apabila muntah.


Pengajaran daripada kisah

> Mulakan makan anda dengan membaca doa

> Sekiranya terlupa, maka bacalah ayat yang dinyatakan tersebut

> Ingatlah Allah di setiap ketika dan waktu, insya Allah akan terpelihara daripada syaitan


Kisah Ketiga

(Ibnu Majah : 3219)

Suwaibit dan Nu’aiman adalah dua orang sahabat Baginda SAW yang kerap membuatkan Baginda SAW tertawa dengan kelakuan mereka yang melucukan dan menggembirakan hati.

Kedua-dua sahabat ini di antara tentera Perang Badar dan peristiwa lucu ini berlaku setahun sebelum kewafatan Baginda SAW.

Satu ketika kedua-dua sahabat ini pergi mengikuti Saidina Abu Bakar as Siddiq berniaga di Busra. Ketika itu, Nu’aiman membawa bekalan makanan. Lalu Suwaibit menyuruh Nu’aiman memberikan bekalan tersebut kepadanya untuk dimakan.

Nu’aiman memberitahunya bahawa dia akan mengeluarkan bekalan tersebut apabila Saidina Abu Bakar sampai kepada mereka.

Ketika itu, berlalu segerombolan manusia berhampiran mereka. Suwaibit mengambil kesempatan dengan bertanya kepada mereka, “adakah kamu hendak membeli hamba (Nu’aiman) daripadaku?”

Lalu kumpulan tersebut bersetuju untuk membeli hamba daripada Suwaibit, dan dia telah berpesan bahawa hambanya akan berkata “saya merdeka (bukan hamba)”. Oleh itu, apabila dia berkata demikian, tinggalkan dan biarkan dia.

Lalu mereka membeli hamba Suwaibit itu dengan seekor unta muda. Suwaibit pun mengalungkan tali unta tersebut ke leher Nu’aiman (hamba). Lalu mereka pergi dengan membawa Nu’aiman dengan tali unta tersebut.

Nu’aiman segera berkata kepada mereka, bahawa dia bukanlah hamba, dan ini hanyalah gurau senda Suwaibit semata-mata. Lalu mereka melepas Nu’aiman kerana hamba tersebut telah berkata “aku merdeka”. Setelah itu, dia segera menemui Suwaibit dan menceritakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar.

Lalu Saidina Abu Bakar menyuruh Suwaibit mengembalikan semula unta muda tersebut kepada segerombolan manusia tersebut. Apabila cerita ini disampaikan kepada Nabi SAW, baginda tertawa kerana kelucuannya.


Pengajaran daripada Kisah

> Persahabatan Suwaibit dan Nu’aiman sangat rapat sehinggakan dia tidak memarahinya kerana memper”kena”kannya.

> Jual beli hamba sudah tidak berlaku pada hari ini. Wallaua’lam.



Kisah Empat

(Tarikh al Islam, Imam az Zahabi)

Satu ketika, seorang sahabat bernama Safinah (di dalam Bahasa Melayu bermaksud “kapal”) berjalan dengan Nabi SAW.

Lalu mereka terlihat segerombolan manusia yang memikul barang yang banyak, lalu Baginda SAW bersama-sama Safinah pergi membantu bersama-sama mengangkat barang tersebut.

Baginda berkata kepadanya,

“Angkutlah barang tersebut, kamu adalah kapal (safinah)”

Safinah menjawab, kalau kamu (Nabi SAW) mampu menggendong seumpama kemampuan seekor unta, dua, tiga sehinggalah tujuh, maka tidak lagi aku merasa berat.


Pengajaran daripada Kisah

> Maksud “safinah” ialah kapal, iaitu pengangkutan yang mampu membawa banyak barang.

> Persahabatan Nabi SAW dengan sahabatnya sangat akrab. Mereka saling bergurau senda dan berlawak.

Kisah Kelima

(Syarh as Sunnah, al Baghwi : 3607)

Nabi SAW mempunyai seorang sahabat yang bernama Abu al Warad yang bermaksud Bapa Bunga di dalam Bahasa Melayu.

Satu ketika Nabi SAW melihat Abu al Warad dan setelah itu Baginda SAW terlihat pula seorang lelaki yang kemerah-merahan warna kulitnya.

Lalu Baginda SAW bertanya kepada lelaki tersebut, adakah lelaki yang kulit kemerah-merahan tersebut ialah Abu al Warad? Sedangkan Baginda SAW tahu bahawa Abu al Warad berada di sebelahnya.

Bukankah warna bunga itu merah?


Pengajaran daripada kisah

> Nabi SAW juga manusia seperti manusia-manusia yang lain.

> Sifat kemanusiaan yang ada pada Nabi SAW membuatkan umatnya sentiasa merasa cinta kepada Baginda SAW.


Penutup



جسد تمكن حب أحمد فيه # تالله إن الأرض لا تبليه

أو كيف يبليه التراب # وحبه في قلبه ومديحه في فيه

Jasad yang terdapat padanya cinta terhadap Nabi SAW,

Demi Allah, sesungguhnya bumi tidak akan memamah dagingnya,

Bagaimanakah tanah boleh memamahnya,

Sedangkan cinta kepada Baginda berada di hatinya dan pujian bermain di mulutnya....